BAB 6

Romance Completed 7554

“Waalasikumsalam, barangkali encik sudah tersalah hantar mesej.’ Balas Khadeeja lalu dikirimkan kepada penghantar misteri itu. Khadeeja terus merenung skrin telefon bimbitnya dengan harapan dapat balasan dari pesanan yang dikirimkannya.

Khadeeja mengeluh dan merasakan penantiannya sia-sia. Khadeeja kembali ke ruang tamu dengan telefon bimbit di tangan.

Beberapa minit kemudian, skrin telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sesuatu di telefonnya. Khadeeja melakukan prosedur membuka telefon dan terus ke apliksi SMS.Pesanan balasan dari nombor asing!.

Khadeeja berasa teruja untuk membacanya.

‘Assalammualaikum, saya Ammar dan saya tidak salah hantar mesej kepada Khadeeja Binti Kahar. Hai, tengah buat apa tu?’ Begitulah balasan dari nombor asing yang menyatakan namanya Ammar.

Alangkah terkejutnya Khadeeja, pemilik nombor asing itu tahu nama penuhnya!. Dek kerana kaget bercampur sedikit rasa teruja (tipulah kalau tak teruja kan?), Khadeeja telah menghantar beberapa pesanan dengan pelbagai pertanyaan.

Akhirnya tahulah Khadeeja, Pak Ngahnya telah memberi nombornya kepada Ammar ini. Khadeeja menghelakan nafasnya dengan perlahan dan teratur untuk menenangkan dirinya.

Oh Tuhanku, apa harus aku lakukan. Oleh kerana terlalu lama menunggu dari aku, si dia hadir untuk menagih jawapan.

Pagi ini, Khadeeja berasa lesu untuk ke pejabat,semalam dia tidur lambat kerana asyik memikirkan Ammar dan pinangan itu.

Telefonnya berbunyi nyaring minta disambungkan talian. Kedengaran suara merdu adik Huzalina.

Adik bongsunya itu tiada urusan penting, hanya sekadar mendapatkan maklumat perkembangan cerita lamaran dari si dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience