BAB 2

Romance Completed 7554

“ Kalau Deeja tak ada boyfriend lagi, bolehlah pemuda tu masuk meminang.”kata Pak Ngah lagi.

Khadeeja terdiam membisu dengan kata-kata Pak Ngah.

“Aneh! Ada lagi orang berkenan dekat aku yang dah andartu ni, usia bukan lago 30an tapi dah masuk angka 4 siri dah,” bisik kata hati Khadeeja.

Dia merasa perkhabaran itu bagai satu perubahan yang besar dalam hidup Khadeeja. Selama ini mana ada orang pernah sudi memandangnya menjeling pun tidak. Dia bukanlah memiliki pakej ideal, seorang wnaita kenit dan rupa polos naif serta tidak punya taste fesyen yang terkini.

Cuma wanita biasa saja. Bukanlah bermaksud dia tidak bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Illahi kepadanya, cuma dia sedar siapa dirinya.

Khaleed, adik lelakinya ada menelefonnya. Bukan main ceria lagi suara adiknya.

“Kakak ! Syukur Ya Allah. Khaleed dah dengar cerita Pak Ngah. Syukur Long. Bila nak langsung majlisnya?” tanya Khaleed dengan nada suara yang berlagu.

“Apalah Khaleed ni, Kakak belum terima lagi, macam mana nak adakan kenduri?!” jawap Khadeeja sambil tangannya membetul-betulkan kelepik tudungnya.

Khadeeja menerima panggilan Khaleed ketika sedang berjalan menuju ke pejabatnya setelah keluar makan tengahari.

“Terimalah Akak!. Ada juga orang jaga Kakak. Risau tau Khaleed pikir Kakak hidup sorang-sorang di KL tu” gesa Khaleed yang tinggal di Kuantan bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Khadeeja faham akan Khaleed yang risaukan dirinya. Bukan sahaja Khaleed, Hafis dan Huzalina pun risaukan dirinya yang belum berkeluarga lagi. Susah senang tanggung berseorangan sejak arwah ayahnya dijemput Illahi.

Kesepian malam yang aman damai itu dinikmati dengan penuh tenang. Khadeeja termenung di balkoni rumah sewanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience