BAB 5

Romance Completed 7554

Khadeeja tekun meneliti dokumen di meja pejabatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi pesanan masuk di telefon bimbitnya. Lantas, Khadeeja mencapai telefonnya yang elok bersidai di tepi komputernya.

Ada pesanan SMS! Dari siapa ini? Hati Khadeeja tertanya-tanya. Dengan pantas jarinya menekan butang SMS.Pesanan dari nombor tidak dikenalinya tertera di skrin telefon.

Kepala yang tidak gatal, digaru Khadeeja. Pelik!. Ah salah nombor mungkin.Teka hati Khadeeja. Untuk mengurangkan getaran pertanyaan di hati, Khadeeja membuka pesan asing itu.

Pesanan itu berbunyi ‘ Assalammuaikum, bidadari syurga. Apa khabar?’ Aish! Siapa pula ini? Tahu pula salah menghantar pesanan kepada orang perempuan.

Desakan hati Khadeeja sambil terus membelek-belek telefon comelnya. Pesanan asing dan telefon bimbit di ketepikan seketika apabila rakan sekerjanya datang kepadanya dengan fail ditangan.

Fana mahu mendapatkan penjelasan yang terperinci dari Khadeeja mengenai satu projek yang penting.

Khadeeja terus melayan Fana hingga dia terlupakan mesej yang diterimanya.

Ketika Khadeeja sedang berehat di ruang tamu,sambil melayan siaran berita jam 8 malam,Khadeeja teringat akan pesanan asing siang tadi.

Pantas, Khadeeja bingkas berdiri dan berjalan masuk ke bilik tidurnya untuk mengambil telefon bimbiynya.

Di skrin telefon bimbitnya sudah tertera dua notifikasi pesanan yang belum dibaca. Khadeeja berasa teruja dan pantas saja jarinya meluncur membuka SMS dan segera dibacanya..

Dua pesanan itu datangnya dari nombor yang tidak berdaftar dan ianya datang dari nombor yang sama seperti siang tadi. Khadeeja semakin pelik. Hish, tidak akanlah salah hantar sampai tiga kali.

Khadeeja memberanikan diri untuk membalas pesanan-pesanan asing itu hanya untuk mendapatkan kepastian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience