BAB 7

Romance Completed 7554

“ Apa! Kakak belum buat keputusan lagi? Lamanya. Apa kata Kakak berjumpa dengan dia empat mata? Barulah Kakak rasa yakin untuk buat keputusan”, cadang Huzalina. ‘Hmm, betul juga kata Huza ini, getus hati Khadeeja.

Keesokkan harinya, Khadeeja dengan berat hati, menghubungi Pak Ngah. Khadeeja menyatakan niatnya untuk bertemu dengan Ammar, si pelamar untuk berkenalan dengan lebih lanjut sebelum membuat keputusan jitu.

Pak Ngah menyambut niat Khadeeja dengan rasa gembira. Pak Ngah bagaikan terasa-rasa ‘nasi minyak’ anak buahnya ini. Pak Ngah berjanji akan menghubungi Khadeeja apabila mendapat kepastian tarikh dan tempat temujanji dari Ammar.

“ Kamu tak akan menyesal kahwin dengan budak Ammar ni, Deeja

“, pujuk Pak Ngah. Kata-kata Pak Ngah menyebabkan Khadeeja terkedu. ‘Alamak! Pak Ngah salah anggap ini, kita hanya hendak bertemu sahaja, bukannya bersetuju hendak berkahwin’ getus Khadeeja dalam hati.

Akhirnya, Khadeeja dan Ammar bersetuju bertemu bersama dengan pengiring. Pak Ngah dan Mak Ngah Zakiah menemani Khadeeja di Sunway Putra Shopping Malls berdekatan dengan Putra World Trade Centre.

Pak Ngah faham akan Khadeeja, takut tapi mahu. Pak Ngah dan Mak Ngah Zakiah mengambil tempat duduk di medan selera berselang tiga meja dari meja Khadeeja dan Ammar.

Mereka ingin memberi peluang kepada Khadeeja dan Ammar berbual bebas tanpa di dengari oleh orang tua.

Dengan agak segan, Khadeeja menyapa Ammar dan menghulurkan senyuman malu. Ammar meminta izin untuk memesan makanan tengahari untuk mereka berdua. Sedang mereka menikmati hidangan yang ringkas, Ammar cuba mencipta perbualan dengan Khadeeja.

Dalam resah, Khadeeja cuba mengumpul keberanian untuk bertanya kepada Ammar, mengapa melamarnya tanpa terlebih dahulu mengenali satu sama lain dan mengapa tidak mencari gadis yang lebih muda dan seusia dengan diri Ammar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience