BAB 3

Romance Completed 7554

Matanya pandang terus ke langit sambil menyedut udara dengan helaan yang panjang. Kemudian Khadeeja melepaskan semua udara yang berada di paru-paru keluar dengan helaan yang panjang juga.

Masalah yang membelenggu sejak singgah ke rumah Pak Ngah datang menyerbu di fikirannya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Pak Ngahnya perihal lelaki yang berkenan dengannya.

“Orangnya berpelajaran tinggi, tinggal di Bangsar dan memiliki syarikat yang besar. Senang kamu”, tekan Pak Ngah. Hish! Menakutkan aku, getus Khadeeja sambil mengusap-usap pipinya bagaikan ada kotoran di situ. Tiba-tiba ada tangan yang menutup matanya.

“Termenung jauh nampak? Terkenangkan siapa tu?” teka Finaz, teman serumahnya sambil ketawa-ketawa yang mengada-ada. Khadeeja meleraikan tangan Finaz sambil menghulurkan senyuman kepada Finaz.

“Tak buat apa, Finaz, Saja duduk berehat kat sini tak ada benda nak dibuat,” seloroh Khadeeja seraya menarik kerusi menjemput Finaz duduk di sisinya.

“Yeke tak ada buat apa, ke tengah fikirkan si pelamar misteri itukkah” usik Finaz yang telah tahu mengenai lamaran itu setelah berkali-kali memujuk Khadeeja bercerita padanya selepas menyedarinperubahan sikap Khadeeja yang banyak mendiamkan diri.

Sedang Khadeeja menyesuluri Jalan Tun Razak untuk menuju ke pejabatnya. Matanya melihat papan ruang niaga yang besar terseragam indah di tepi jalan. Tertera gambar Zain Saidin dan Rozita Che Wan, pasangan selebriti yang popular itu, sedang memegang produk kecantikan yang terkenal sambil tersenyum lebar.

Pasangan itu tampak intim bergambar berpeluk bahu. Terdetik hati Khadeeja, hisy! Nanti aku jadi seperti mereka. Pasangan beza umur!.

Pasti punya masalah seperti mereka. Bukan Khadeeja tidak tahu, dalam majalah hiburan ada gossip tentang, suami itu, Zain yang mengeluh mahu anak lagi tetapi isterinya yang lanjut usia enggan hamil lagi atas faktor usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience