BAB 8

Romance Completed 7554

“Saya ni, sebelum menyatakan niat nak melamar, saya terlebih dulu menyiasat latar belakang Cik Khadeeja ni”, pengakuan Ammar. Khadeeja terpegun dengan jawapan Ammar. Khadeeja bertanya lanjut.

“Tahu tak umur saya berapa?”, tanya Khadeeja dengan yakin. Ammar mengangguk dan tersenyum mesra. Khadeeja mengeluh seraya berkata” Nanti di masa depan, pasti akan ada masalah bila kita di satukan”. Ammar menyatakan dengan tegas yang itu bukan satu masalah bagi dirinya.

Berkali-kali Ammar menyatakan yang dia amat yakin dengan janji Allah dengan pasangan berkahwin.

Jawapan dan kenyataan Ammar membuatkan Khadeeja terkesima dan tersedar hingga menuntutnya untuk berfikir menggunakan otaknya dengan betul kali ini.

Sebelum meminta diri untuk beredar, Ammar sempat bertanyakan perihal jawapan kepada pinangannya daripada Khadeeja namun Khadeeja meminta agar dia diberikan masa dan membenarnkannya menunaikan solat istikharah yang dikiranya mungkin untuk yang terkahir bagi meleraikan segala kekusutan dan mencari ketenangan demi sebuah jawapan yang terbaik bagi kedua belah pihak.

Terpamer riak kecewa di wajah Ammar namun tetap saja dia menghormati keputusan Khadeeja. Dia faham kegusaran yang membelenggu Khadeeja. Khadeeja pasti belum berhenti dari memikirkan factor perbezaan usia di antara mereka berdua yang pasti menyuntik rasa curiga dalam dirinya.

“Wahai Tuhan yang maha pengasih dan penyanyang! Ya Tuhanku, sesunggguhnya Engkau maha mendengar dan Maha mengetahu segala yang berlaku di langit dan di bumi hatta yang tersimpan di dalam hati setiap manusia. Apakah maksud di sebalik mimpi yang kau hadiahkan padaku sebentar tadi?” bisik hati Khadeeja sebaik sahaja dia terjaga dari mimpi yang membuat bulu tengkuknya meremang. Untuk seketika Khadeeja meracau-racau sambil diselangi dengan istighfar berulang kali, dek terdengar suara Khadeeja,

Finaz yang kebetulan lalu di luar bilik Khadeeja selepas menonton TV mengetuk daun pintu bilik Khadeeja berulang kali.

“Kak Deeja buka pintu ni, akak okay ke tu? Kak buka, Finaz risaulah!” ujar Finaz. Tak lama kemudian Khadeeja menguak pintu itu lantas memeluk Finaz bersama esakan tangisnya. Finaz kaget risau jika Khadeeja diserang sakit.

“Kak kenapa kak? Akak cuba cerita dengan Finas,” pujuk Finaz.

“Akak dah dapat jawapannya Finaz, SubhanaAllah Maha Suci Allah, akak akan terima pinangan Ammar.” Jawab Khadeeja dengan linangan airmata kesyukuran dan disambut dengan pelukan erat dan gembira dari Finaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience