BAB 4

Romance Completed 7554

Oh! Takutnya aku, nanti jatuh melawan suami. Jauhnya Khadeeja berfikir sehingga tidak sedar, dia sudah pun sampai di pejabatnya yang tersergam indah.

Panggilan telefon datangnya dari Pak Ngah meresahkan jiwa Khadeeja. Pak Ngahnya menggesanya menerima lamaran pemuda itu. Aduh! Peningnya. Aku tidak boleh membuat keputusan lagi.

Kepada siapa lagi harus aku rujuk? Ayah ibu telah tiada. Khadeeja sedang menimba-nimba lagi permintaan Pak Ngah untuk menerima pinangan tersebut.

“ Deeja minta tempuh lagi, Pak Ngah”, pinta Khadeeja kepada Pak Ngah lewat perbualan telefon.

“Cepat sikit Deeja, orang tengah berminat ni. Sampai bila nak hidup membujang?” tanya Pak Ngah lagi. Buat entah ke berapa kalinya Pak Ngah mengutara soalan itu.

“ Khadeeja belum buat solat Ishtiharah lagi”, nyata Khadeeja kepada Pak Ngah.

Dia menatap bilik tidurnya yang sudah menjadi tempatnya berhibernasi, berimaginasi dan mengisi kesunyian ditatapnya dengan padangan sayu. Khadeeja telah selesai mengerjakan solat Ishtiharah pada lewat jam 3 pagi.

Matanya segar kesan dari mengambil air wuduk. Khadeeja duduk termenung di birai katilnya, menekur lantai bilik. Seandainya setelah melakukan solat malam, masih belum ketemui jawapannya, bagaimana?

Ya Allah, permudahkanlah urusanku!. Jiwa Khadeeja berkeluh lagi. Hendak di tolak sahaja, bimbang akan datang tiada lagi yang datang melamar.

Hendak diterima tanpa berfikir telus, bimbang diri menghadapi pelbagai masalah. Khadeeja berada dalam keadaan serba salah.

Seleranya semakin merosot lantaran terlalu memikirkan desakan Pak Ngah dan adik-adiknya yang ingin melihat dirinya bahagia memiliki keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience