BAB 1

Romance Completed 7554

Berkali-kali dia membaca mesej kiriman pakciknya lewat pesanan SMS dan setiap kali itu jugalah dia dihimpit resah. Man taknya Pak Ngahnya itu seakan-akan mendesaknya untuk membuat keputusan.

Ia soal masa depannya yang sudah lama dia tak fikirkan, sekali ia datang terus kalut hidup jadinya.

Dia mana fikirkan soal jodoh, sudah lama ia tidak menjadi agenda dan matlamat hidupnya, tiba-tiba sahaja dia harus membuat keputusan. Mahu saja dia ketawa, tapi serius benar bunyi mesej itu.

Ahad itu, Khadeeja telah dijemput oleh Pak Ngah ke rumahnya. Katanya ada perkara mustahak untuk dibincangkan. Bukan main gembira dan teruja Pak Ngahnya saat melihat Khadeeja tiba di rumah mereka.

“Hari ini kamu memang langkah kanan Deeja, jemput masuk,” sapa orang tua itu dengan senyuman meleret hingga ke telinga.

Di ruang makan kelihatan Mak Ngah Zakiah sedang menghidangkan hidangan makan malam. Boleh tahan lebar juga senyuman Mak Ngah Zakiah menyambut kedatangan Khadeeja yang seperti biasa keseorangan, dah boleh lawan lebarnya senyuman suami Mak Ngah

Selesai menjamu hidangan berupa Laksa Utara dan Nasi kukus ayam berempah, Pak Ngah mempelawa Khadeeja ke ruang tamu berborak sambil menghirup teh panas dan kuih lapis yang sudah terhidang.

“Okaylah tanpa berbasa-basi, begini,Deeja. Tempoh hari ada orang melihat Deeja di kampung”, Pak Ngah memulakan perbualan dengan Khadeeja bersama senyuman yang masih tak lekang dari bibirnya.

Khadeeja memandang wajah Pak Ngah tanpa berkelip mata. Drama Mak Cun yang bersiaran di TV dibiarkan saja terpasang tidak ditonton. Kini perhatian Khadeeja tertumpu kepada Pak Ngahnya.

“ Berkenan orang itu kepada kamu. Dia ada tanya yang Deeja ni, ada orang yang punya atau kosong lagi”, sambung Pak Ngah setelah diam seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience