BAB 1

Family Completed 2104

Matanya jauh memandang di sekeliling asrama yang dihuninya itu. Meskipun dalam kelam malam, dia yakin yang dia terlihat kelibat kembarnya melambai-lambai kepadanya di bawah pokok yang rending itu setiap kali keluarganya datang melawatnya. Masih segar gelagat dia dan sahabatnya bermain bola keranjang di gelanggang hadapannya setiap petang.

Namun semuanya bakal menjadi memori manis yang mungkin perit untuk dikenang, asrama ini, rakan-rakannya, dan telatah Elfiera. Dia mengeluh. Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk.

“Sayang Viera, ko jangan sedih macam nie. ko buat aku sedih je.” Rungut Fatin.

“Eh, tak da la. Sebenarnya dah lama aku nak balik sana. Nak sekolah sama dengan Fiera. Tapi Fiera tak bagi.” Luah Elviera perlahan. “katanya, biar dia jadi anak manja mama dengan papa.” Sambung Elviera sambil ketawa. Dia mengesat pipinya yang tiba-tiba basah. Fatin memeluk bahu sahabatnya.

“Viera nak balik sana la. Tak nak la duduk sini. Bosan. Viera nak satu sekolah dengan Fiera. Bosanla kalau Fiera tak da.” Rungut Elviera ketika dia menghubungi kembarnya.

“Ala.. Viera nie. dua tahun je kan? Sabar je la. Fiera pun kalau boleh nak sekolah dengan Viera. Tapi Viera tau kan? Fiera sakit. Tak mungkin la dapat sekolah situ.” Pujuk Elfiera. Elviera sedar. Dengan penyakit yang dihidapi kembarnya sejak lahir itu, banyak membataskan pergerakannya. Dan kerana penyakit jantung berlubang itu juga la, dia tidak dibenarkan berada jauh dari kedua ibu bapanya.

“Tapi Viera nak dengan Fiera.” Rengek Elviera manja.

“Viera ingat lagi tak impian kita. Dulu kita sama-sama nak masuk sekolah asrama. Tapi Viera pun tau kan? Kesihatan Fiera tak izinkan Fiera tunaikan impian kita tu. Viera jela harapan Fiera.” Ujar Fiera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience