BAB 13

Family Completed 2104

“Sayang. Kenapa papa tengok Viera lain macam je dua tiga hari nie? Viera sakit ke?” soal Encik Shamsul sambil melabuhkan punggungnya diatas katil Elviera. Elviera menggeleng.

“pa.. Viera salah ke kalau Viera bencikan lelaki hanya kerana Eddy?” soal Elviera sambil memandang papanya. Encik Shamsul diam sebelum berkata.

“Salah. Sebab tak semua lelaki macam Eddy. Papa, Uncle Akif, Uncle Shahril dengan Uncle Syam pun sama macam Eddy la ye?” soal papanya kembali. Elviera menggeleng. “jadi, Viera tak boleh cakap semua lelaki jahat macam Eddy selagi Viera tak kenal hati budi diorang. Betul tak sayang?” elviera mengangguk.

“macam Hafiz?” soal Elviera. Encik Hafiz tersentak.

“Hafiz?”

“ye….. Hafiz.” Encik Shansul mengangguk. “Jadi Viera tak boleh bencikan lelaki hanya kerana Eddy? Eddy yang jahat kan pa?” soal Elviera persis anak kecil.

“Pandai pun anak papa!” ujar Encik Shamsul lalu memeluk anak tunggalnya itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience