BAB 14

Family Completed 2104

Elviera meninjau-ninjau kelas 5 Akaun bagi mencari kelibat Izham. Namun hampa. Izham tiada disitu. Hafiz juga tiada. Ketika dia berpaling, tiba- tiba dia terlanggar sesuatu. Elviera mendongak. Izham! Izham hanya memandangnya. Tiada lagi soalan-soalan yang muncul dari bibirnya. Elviera hanya mampu memandang apabila Izham berlalu masuk ke kelas.

“Awak.. Saya minta maaf pasal hari tu.” Ujar Elviera perlahan. Izham berhenti. Namun tiada reaksi. “Awak.. Saya betul betul minta maaf. Awak betul. Saya tak boleh benci awak sebab awak bukan dia..” ulang Elviera. Dia menundukkan wajahnya.

“Apa awak cakap. Saya kurang dengar.” Usik Izham seraya menrapatkan telinganya ke muka Elviera. Dia tersengih. Namun Elviera hanya membisu. Izham menjarakkan kedudukannya. Cuba berlagak serius. Elviera mati kutu. ‘nape dengan mamat nie?’

“Saya minta maaf!” ujar Elviera lalu berlari ke kelasnya. Izham terkejut.pantas dia mendapatkan Elviera.

“Eh.. Awak nie.. Merajuk pulak. Saja gurau jela. Saya tak ambil hati pun.” Ujar Izham sambil tersenyum. “Saya paham masalah awak.” Elviera memandangnya sambil tersenyum.

Ketika rehat, sekali lagi Elviera dikunjungi Hafiz. ‘Erm, aku tunggu Izham. Tapi Hafiz yang datang. Tak pe la. Boleh borak borak.’ Bisiknya sendirian. Izham memandang sekuntum bunga yang dalam pegangannya. Hatinya berlagu riang ketika melewati kelas bagi menuju kekelas Elviera.

“Mesti Viera suka bunga nie. Walaupun aku petik curi curi kata Taman sekolah tadi.” Katanya girang. Langkahnya terhenti setibanya dia dipintu belakang kelas 5 Sains 1. Dia dapat mendengar dengan jelas segala butir bicara Elviera dan…. Hafiz!

“Saya sukakan awak. Saya sayangkan awak. Saya nak jadikan awak teman wanita saya. Selamanya…. El….Viera..” Hafiz bersuara setelah suasana sepi diantara mereka. Elviera tergamam.

“Hafiz memang sayang gila dengan Fiera. Bagi dia, Fiera tu la nyawa dia. Sebab tu, bila dia kehilangan Fiera, dia macam orang gila. Dan, saya nampak dia gembira lepas jumpa awak. Mungkin awak ingatkan dia pada Fiera.” Kata-kata Izham terlintas difikirannya.

‘Tak mungkin. Hafiz sukakan Fiera. Bukan aku. Dia nampak Fiera sekarang nie. bukan aku.’

Serta merta bunga yang dalam pegangan Izham terlepas dan jatuh kelantai. ‘Mungkin ini yang terbaik. Elviera dan Hafiz. Lagipun sejak Viera muncul, Hafiz Nampak gerbira.’ Bisik Izham sendirian. Segera dia berlalu dari situ.

“Izham.” Jerit Elviera apabila dia terlihat kelibat Izham dilobi sekolah. Izham hanya berpaling sebelum berlalu pergi. Elviera hanya memandang gelagat Izham. Dia pelik.

Elviera memerhati keadaan sekeliling. Mencari kelibat Izham. Tiba- tiba matanya tertumpu pada satu susuk tubuh seseorang yang sedang berbual dengan seorang perempuan. Elviera segera menghampirinya. Berdiri dibelakang perempuan tersebut, betul betul menghadap Izham. Izham terkejut melihat wajah marah Elviera. Elviera berlari pergi dari kantin tersebut. Izham cuba untuk mengejar namun langkahnya terhenti apabila terlihat kelibat Hafiz mendapatkan Elviera yang sedang menangis.

“Izham minta maaf sayang. Mungkin Hafiz layak untuk bahagiakan awak.” Ujarnya sendirian. Dia berlalu pergi.

“Kenapa awak jauhkan diri daripada saya?” Bentak Elviera. Puas dia menghalang laluan Izham bagi membolehkannya berbicara dengan lelaki ini. Namun Izham masih lagi begitu. Tiada butir bicara yang keluar dari bibirnya. Masih lagi membisu. Tiada reaksi. Elviera semakin hilang sabar. “Awak kecewakan saya. Awak buatkan saya bencikan lelaki sekali lagi gara-gara sikap awak!” marah Elviera lalu berlalu. Tiba-tiba pergelangan tangannya disentap.

“Saya cuma nak tengok awak bahagia. Dan kalau Hafiz boleh bahagiakan awak, saya rela lepaskan awak. Saya terima segalanya, walaupun saya akui, saya teramat sayangkan awak.” Seusai berkata kata, Izham melangkah meninggalkan Elviera yang terpinga-pinga.

“Hafiz?” Elviera pelik. “Bila masa pulak aku dengan hafiz nie? bukan aku da tolak dia dulu ke? Aku pun ada cakap yang aku nak kawan je dengan dia. Sebab aku suka kat Izham. Tapi kenapa Izham cakap macam tu?” ujarnya sendirian.

**********

Izham melangkah malas ke wakaf. “Hafiz cakap nak jumpa aku. Tapi kenapa ada Viera sekali? Diorang nak apa sebenarnya nie?” Detik hatinya apabila terlihat kelibat Elviera dan hafiz diwakaf.

“Okey, korang berdua da sampai.memandangkan Cuma korang berdua je kawan baik Hafiz kat sini, Hafiz nak bagitau satu perkara.”

“cakap jela.” Ujar Izham malas.

“Erm.. Sebenarnya Hafiz nak pergi Sydney.” Ujar Hafiz perlahan. Izham dan Elviera terkejut. Hafiz tersenyum. “Hafiz nak ikut mama pergi sana. Mungkin lebih dari lima tahun. Lagipun hafiz rasa, hafiz perlu tinggalkan sini. Walaupun berat, Hafiz harus tinggalkan Elfiera. Dan anggap semua tu hanya satu sejarah antara kami.” Tambahnya sayu. “Kalau rajin datang la KLIA esok. Flight pukul 8 malam.” Hafiz tersenyum sebelum menghampiri Izham. Dia memasukkan sesuatu kedalam poket seluar Izham sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.

Izham membelek pendrive yang diberi Izham semalam. “Ada apa dalam nie ye? Ah.. pasang la.”

Terdapat dua fail didalamnya. Fail bertulis ‘kisah kita’ itu menarik perhatiannya. Didalamnya tersimpan kemas gambar gambar mereka berdua dan satu video yang dibuat khas menceritakan persahabatan mereka. Dia tersenyum mengenangkan peristiwa yang pernah mereka lalui. Dia membuka fail kedua. Satu video tidak bertajuk dibukanya. “hafiz nie memang gila buat video. Xda kerja agaknya.” Katanya sambil ketawa.

“Assalamualaikum Izham. Aku nak cakap banyak perkara dengan kau. Elviera tu baik. Rugi kalau kau sia-siakan dia. Nampak juga macam dia betul-betul sukakan kau. Aku pun sukakan dia. Tapi betul cakap dia. Aku sukakan dia bukan sebab dia. Tapi kerana dia mirip Fiera. Aku nampak Fiera dalam diri dia Am. Dia betul-betul ingatkan aku pada Fiera dan buatkan aku terus semangat untuk hidup. Tapi aku harus terima kenyataan. Dia bukan Elfiera. Gadis yang aku cintai. Dia Elviera. Gadis yang kau suka. Aku tau kau minat dia. Dia pun sama. Dia cerita semua kat aku Am. Pasal kau. Dan aku buat keputusan,bukan kau yang harus lepaskan dia, tapi aku. Aku yang harus lepaskan dia sebab dia bukan Elfiera. Aku Cuma cintakan Elfiera. Tiada lain. Tolong Am. Jangan kecewakan dia. Kalau kau kecewakan dia, aku takkan lepaskan kau Am. Kerana ia sama macam kau lukakan hati Elfiera. Aku takkan biarkan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience