BAB 15

Family Completed 2104

Izham melihat jam ditangannya. 5.30 petang. Segera dia keluar untuk menemui Hafiz di lapangan terbang. Izham memandang sekeliling lapangan itu. Mencari bayang Hafiz. Tiba-tiba matanya terlihat dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Elviera dan Hafiz. Dia berlari menghampiri mereka. Elviera hanya memandang Hafiz yang sedang membetulkan bagasinya. Wajahnya sayu. Kerana dia akan kehilangan seorang kawan yang rapat dengannya. Dia akan bersendirian lagi. Tanpa hafiz, tanpa Izham.

“Hafiz!” panggil Izham setibanya dia disebelah Elviera. Segera hafiz mendongak. Elviera memandang lelaki yang tiba tiba muncul disebelahnya. “Aku mintak maaf Hafiz. Aku marahkan kau tanpa sebab.” Ujar Izham. Hafiz menepuk belakang sahabat baiknya.

“Tak la. Kau tak salah. Aku yang salah.” Hafiz bersuara perlahan. Serta merta air mata Izham mengalir.

“Hey dude! Jangan nangis la. Malu Viera tengok.” Pujuk Hafiz sambil ketawa.

“Viera, Izham nie jenis sensitif sikit. Manja. Tengok tu. Nangis. Tapi Hafiz minta tolong sangat dengan Viera, tolong jaga dia baik baik. Nanti hafiz balik sini balik.” Ujar Hafiz sambil memandang Elviera. Elviera mengangguk sambil mengesat air matanya.

“Ha! Diorang da panggil tu. Hafiz pergi dula ya? Bye. Take care! “ujar Hafiz sebelum berlalu pergi. “Ingat Am, apa yang aku pesan!” laungnya lagi. Sempat lagi dia melambai sebelum memasuki balai berlepas. Izham memeluk bahu Elviera. Dalam hatinya, dia berjanji, dia tidak akan sesekali mengingkari amanat Hafiz padanya.

‘Terima kasih Hafiz. Kau memang kawan dunia akhirat. Aku sayang kau.’

Dunia ini hanya sebuah persinggahan untuk kita semua, jalani dengan penuh kasih sayang meski kita dihempas dengan pelbagai dugaan dan kebencian yang semakin menggila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience