BAB 12

Family Completed 2104

Dia duduk bersendirian didalam kelas. Tiba- tiba dia ditegur oleh Hafiz. Lelaki yang tidak terurus ketika dia mula-mula mengenalinya. Namun hari ini penampilannya berbeza. Kemas.

“Awak Elviera kan? Kembar Elfiera.” Soal hafiz ramah.

Elviera memandang lelaki dihadapannya. “Awak jangan takut. Dulu saya memang tak boleh terima kehilangan Fiera. Sampai saya jadi tak terurus. Macam mula-mula awak nampak saya dulu. Tapi Izham banyak bantu saya. Kalau tak da dia, mesti sampai sekarang saya tak boleh terima kenyataan nie.” terang Hafiz panjang lebar. “saya tau awak bencikan lelaki. Tapi saya tak tahu apa sebabnya. Elfiera tak nak cerita. Tapi saya janji dengan dia, saya akan bahagiakan dia selagi saya masih ada.” “masa mula-mula dapat tau Fiera sakit, saya tak boleh terima. Tapi saya kuatkan hati supaya dia pun mampu untuk bertahan. Saya cuba buatkan dia bahagia dan buktikan pada awak yang tak semua lelaki nie jahat.” Sambungnya lagi. “Eh! Awak jangan nangis!” pujuk Hafiz apabila terlihat mutiara jernih mengalir dipipi gebu milik Elviera. Elviera menggeleng.

“Awak nak tau kenapa saya bencikan lelaki? Saya nyaris nyaris diperkosa bekas teman lelaki saya dulu. Tapi saya sempat lari dan bertemu seorang lelaki. Mula mula saya ingat dia akan bantu saya. Tapi saya silap tafsir hatinya. Dia pun sama. Masa tengah bergelut untuk lepaskan diri itu la, muncul ‘dia’. Lelaki itu la yang bantu saya lepaskan diri. ‘Dia’ bawa saya pulang kerumah. Tapi sayang. Saya tak sempat ucapkan terima kasih kat ‘dia’.” Ujar Elviera sayu. Hafiz terkejut.

“Awak. Saya rasa, orang yang tolong awak tu Izham.” Jawab Hafiz yakin setelah lama membisu. Elviera terkejut.

“Izham? Tak mungkin la.”

“Izham pernah cerita, dia ada tolong orang nak kena rogol.” ” masa mula- mula nampak Fiera pun, dia terus tegur. Macam da kenal lama. Tapi Fiera nafikan hal tu dan kata bukan dia mangsanya. Izham berusaha menyakinkannya, dan mereka ada menyimpan satu rahsia tentang tu.” Elviera cuba mengingati wajah lelaki yang pernah menolongnya dulu. ‘benar, lelaki itu persis Izham. Mungkinkah dia?’

“Erm, Viera. Saya balik kelas dulu tau? Nanti Izham cari pulak.” Ujar Hafiz lalu melangkah keluar dari kelas tersebut meninggalkan Elviera yang kelihatan cuba memikirkan sesuatu.

Ketika dia melangkah oulang, dia terlihat Izham. Izham hanya memandangnya sekilas sebelum berlalu. ‘Adakah aku memang terlalu kejam terhadap lelaki? Aku membenci lelaki hanya kerana kesalahan seorang lelaki’ detik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience