BAB 9

Family Completed 2104

“Hafiz!” jerit lelaki tersebut cuba meleraikan pegangan tangan lelaki yang dipanggil ‘Hafiz’ itu. Dia memandang dua lelaki dihadapannya. Bersilih ganti. Seorang Nampak kemas manakala ‘Hafiz’ ini agak tidak terurus. Lama dirinya ditatap oleh dua orang lelaki yang pelik dihadapannya. Dia melambaikan tangannya dihadapan lelaki ‘kemas’ tersebut.

“Awak nak tolong saya atau tak nie? saya..” belum sempat Elviera menghabiskan katanya, muncul Encik Shamsul mendapatkannya.

“kenapa sayang?” soal Encik Shamsul hairan. Elviera menunjukkan lengannya yang dipegang erat oleh dua orang lelaki yang tiba-tiba kaku setelah melihat dirinya. Macam Nampak hantu. Encik Shamsul cuba meleraikan pegangan tersebut dan menarik tangan Elviera supaya membontotinya. Namun, Elviera tetap tidak mengalihkan pandangnya daripada memandang lelaki aneh tersebut.

‘Elfiera? Apa hubungan diorang dengan Fiera?’ soal hatinya pelik.

“Elviera, awak tak rehat?” tegur seorang rakan sekelasnya, Dina. Elviera hanya menggeleng. Sambil menunjukkan bekal makanan dihadapannya.

“Saya sempat bawa bekal tadi. Awak nak?” pelawa Elviera ramah. Dina menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience