BAB 2

Family Completed 2104

Yela yela.” Elviera akhirnya mengalah. Terbayang-bayang senyuman lebar yang terukir dibibir comel Elfiera setiap kali dia mengalah dalam perdebatan mereka.

Elviera memandang jauh kehadapan. Memandang keadaan sekeliling asrama yang dihuninya itu. Walaupun dalam kegelapan malam, dia seakan akan terlihat kelibat kembarnya, Elfiera melambai-lambai dibawah setiap kali keluarganya datang melawat dirinya disitu. Terbayang-bayang gelagat dia dan sahabatnya bermain bola keranjang di gelanggang hadapannya setiap petang. Sebentar lagi, semuanya hanya akan tinggal kenangan, asrama ini, rakan-rakannya, dan telatah Elfiera. Dia mengeluh. Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk.

“Viera, ko jangan sedih macam nie. ko buat aku sedih je.” Rungut Fatin.

“Eh, tak da la. Sebenarnya dah lama aku nak balik sana. Nak sekolah sama dengan Fiera. Tapi Fiera tak bagi.” Luah Elviera perlahan. “katanya, biar dia jadi anak manja mama dengan papa.” Sambung Elviera sambil ketawa. Dia mengesat pipinya yang tiba-tiba basah. Fatin memeluk bahu sahabatnya.

“Viera nak balik sana la. Tak nak la duduk sini. Bosan. Viera nak satu sekolah dengan Fiera. Bosanla kalau Fiera tak da.” Rungut Elviera ketika dia menghubungi kembarnya.

“Ala.. Viera nie. dua tahun je kan? Sabar je la. Fiera pun kalau boleh nak sekolah dengan Viera. Tapi Viera tau kan? Fiera sakit. Tak mungkin la dapat sekolah situ.” Pujuk Elfiera. Elviera sedar. Dengan penyakit yang dihidapi kembarnya sejak lahir itu, banyak membataskan pergerakannya. Dan kerana penyakit jantung berlubang itu juga la, dia tidak dibenarkan berada jauh dari kedua ibu bapanya.

“Tapi Viera nak dengan Fiera.” Rengek Elviera manja.

“Viera ingat lagi tak impian kita. Dulu kita sama-sama nak masuk sekolah asrama. Tapi Viera pun tau kan? Kesihatan Fiera tak izinkan Fiera tunaikan impian kita tu. Viera jela harapan Fiera.” Ujar Fiera.

“Yela yela.” Elviera akhirnya mengalah. Terbayang-bayang senyuman lebar yang terukir dibibir comel Elfiera setiap kali dia mengalah dalam perdebatan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience