BAB 11

Family Completed 2104

“Elviera sayang, mari makan.” Panggil Puan Emelda.

“Viera tak lapar.” Jawabnya kasar.

“Sayang.. kenapa nie?” soal Puan Emelda. Elviera menggeleng. Dia menarik selimut dan berpura pura tidur. Puan Emelda mengerti. Itu tandanya Elviera tidak mahu diganggu. Kata kata Izham sebentar tadi benar benar menganggunya. Air matanya mengalir. “Tak mungkin!!” jeritnya sendirian. Dia berlari ke bilik Elfiera. Menangis semahunya di atas katil Elfiera. Dia memandang potret Elfiera yang terletak diatas meja solek. Segera dia mendapatkannya.

“Fiera tak mungkin tipu Viera kan?” soalnya sendirian. Dan tanpa disedari, potret itu tiba tiba terjatuh. Ketika dia membongkok untuk mengambilnya, dia terlihat sesuatu. Segera dia mencapai sebuah buku yang tersorok dibawah meja solek.

Eeii.. Fiera tak suka la dengan Hafiz tu. Tak habis-habis ganggu Fiera. Tapi.. Dia sweet la. Lagi-lagi bila dia senyum. Eii.. Fiera suka hafiz ke? kalau Viera tau mesti dia marah..~

28 Februari.

Tadi Hafiz nak Fiera jadi awek dia. Dan tanpa Fiera sedar, laju je mulut nie cakap Fiera setuju. Fiera kena rahsiakan tentang nie dari Viera. Viera kan tak suka lelaki? Tapi, fiera yakin. Hafiz tak macam abang Eddy. Dan hafiz juga tak kan buat Fiera macam apa yang abang Eddy buat kat Viera dulu. Abang Eddy memang jahat. Fiera pun bencikan dia. Entah kenapa, hati Fiera yakin yang Hafiz baik. Kalau satu hari nanti Viera terbaca diari nie, Viera kena tau. Hati kita sama. Naluri kita pun sama. Kalau Fiera rasa hafiz tu baik, mesti Viera pun rasa macam tu..~

3 Mac.

Elviera melempar diari itu kedinding. “Tak.. semua lelaki sama! Jahat! Aku benci lelaki.!!” Jeritnya.

“Viera tak boleh cakap macam tu. Tak semua lelaki jahat. Kalau semua jahat, maknanya papa pun jahat la? Kalau Viera cakap semua lelaki jahat kecuali papa, macam mana dengan Uncle Syam, Uncle Akif, Uncle Shahril? Diorang pun jahat la?” suara Elfiera menegurnya terniang-niang dicuping telinganya,

“mungkin betul cakap Fiera. Tak semua lelaki macam Eddy.” Detik hatinya. Namun dia cuba untuk menafikan kenyataan itu sekeras-kerasnya.

**********

“Hai awak! Morning…” tegur Izham ketika Elviera melewati kelasnya. Namun Elviera hanya memandangnya lewat ekor mata tanpa sebarang bicara. “awak sihat?” ujar Izham sambil mengekorinya. “Awak sarapan apa pagi tadi?” “Tidur lena tak semalam?” “Awak..”

“Awak boleh diam tak? Saya tak suka awak. Saya benci lelaki!” Bentak Elviera kuat apabila Izham terus menerus menyoalnya. Izham terkejut dengan tindakan Elviera.

“Awak tak boleh hukum saya kerana kesalahan yang dia lakukan. Kerana saya bukan dia.” Ujar Izham perlahan antara dengar atau tidak. Elviera berpaling menghadap Izham yang tunduk. Dia mengetap bibir lantas berlari meninggalkan Izham.

‘Awak tak boleh hukum saya kerana kesalahan yang dia lakukan. Kerana saya bukan dia.’

Ayat yang terbit dari bibir Izham ibarat pita rakaman yang berputar-putar ligat di mindanya. Kerana dia. Ya kerana dia. Dialah penyebab segala-galanya. Kalau tak kerana peristiwa dia hampir diperkosa bekas teman lelakinya, Eddy dua tahun yang lalu, tak mungkin semua ini terjadi. Tak mungkin dia akan membenci lelaki dan melarang Elfiera daripada memiliki teman lelaki. Dia tak sanggup andai Elfiera akan melalui perkara yang sama dengannya. ‘Namun benarkah, aku terus menyeksa lelaki yang tidak bersalah. Seharusnya yang harus disalahkan adalah Eddy. Bukan lelaki-lelaki ini. Adakah aku sudah terlalu lewat untuk menyedarinya?’ detik hatinya sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience