BAB 6

Romance Completed 4261

“Terima kasih kerana terima abang.”

“Tak perlu ucapkan terima kasih. Misha terima abang kerana terpaksa,” tipuku.

Wajah lelaki itu terus berubah. Berdosakah aku? Ah! Aku tidak mampu mempercayai kata-katanya. Bagiku, Mikael adalah punca Qasyif mati. Aku masih menyalahkan dia atas apa yang terjadi meskipun keluarga Qasyif menerima suratan itu dengan hati yang terbuka.

Mereka tidak berada di tempat aku! Mereka tidak tahu apa yang aku rasa.

“Misha marahkan abang?” ajunya. Pipiku dielus lembut.

“Memang! Memang Misha marahkan abang. Sebab abang Qasyif mati! Semuanya sebab abang!”

Lelaki itu terdiam. Semakin lama semakin erat genggamannya. Hujan yang menimpa bumi membuatkan orang di dalam rumah Mikael tidak sedar akan jeritanku yang semakin menggila. Aku terlalu terluka.

Andai dapat aku undurkan kembali masa lalu, pasti aku akan memilih untuk mati. Menghalang Qasyif daripada menyelamatkan aku.

“Misha harus terima takdir. Qasyif mati kerana masanya sudah tiba.”

Aku menggeleng. Air mataku laju menuruni lekuk pipi.

“Kalaupun dia mati kerana takdir, Misha tetap bencikan abang. Abang curang!”

“Sayang, dengar sini. Abang mengaku itu silap abang. Tapi sekarang abang dah berubah. Abang akan mencintai Misha hingga nafas abang yang terakhir iaitu ketika detik cinta terakhir.”

Bibirku melemparkan senyuman sinis. Perlahan-lahan aku merungkaikan genggamannya. Aku bingkas bangun dan berdiri jauh darinya. Lelaki itu turut melangkah bersamaku dan berdiri di belakangku. Langsir yang sedikit terselak menampakkan hujan yang masih tidak henti-henti mencurah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience