BAB 12

Romance Completed 4261

Aku tahu aku terlambat. Lelaki itu sudah pergi. Tapi aku pasti dia tahu. Tahu aku cintakan dia!

Sudu disuakan kepadaku. Aku menggeleng. Aku perlukan Mikael di kala ini dan bukannya nasi. Ibu dan mama mengeluh lemah. Wajahku pucat tidak bermaya. Setiap hari aku hanya duduk di dalam bilik.

“Misha, jangan macam ni. Kesian anak dalam kandungan Misha. Jangan seksa diri, sayang.” Aku masih kaku.

Rambutku yang panjang melepasi bahu dibiarkan terurai. Foto Mikael aku tenung lama. Titisan hangat mula tumpah. Sungguh aku rindukan Mikael. Sepatutnya aku sedar segalanya. Kata-katanya ketika kami bersama sudah cukup menggambarkan dia ingin pergi. Tapi kenapa aku masih tidak sedar?

Ibu dan mama mendekatiku. Air mataku dikesat. Aku ingin Mikael di sampingku.

“Misha, percayalah. Ini yang terbaik untuk kita.”

“Macam mana Mikael boleh mati?” soalku tanpa mempedulikan nasihat mama.

“Mikael hidap brain cancer. Masa dia kahwin dengan Misha, dia sudah sampai stage yang keempat. Mikael suruh mama pinangkan Misha untuk dia. Dia cakap itu adalah permintaan terakhir dia. Dia nak hidup bahagia dengan Misha.

Mama tahu Mikael kuat. Mama tahu Misha pun kuat. Hari tu, kawan Mikael telefon. Dia cakap Mikael pengsan kat tempat kerja. Mama tahu sudah tiba saatnya dia pergi. Mama bersyukur Allah pinjamkan Mikael untuk mama.”

Bibirnya menggariskan senyuman kelat. Perutku yang memboyot aku usap penuh kasih sayang. Anak ini akan lahir ke dunia beberapa bulan lagi. Sayangnya Mikael tiada. Dia tidak berpeluang langsung untuk menatap anak ini.

“Dia cakap, dia akan mencintai Misha hingga detik cinta terakhir. Memang benar! Memang dia cintakan Misha hingga detik cinta terakhir. Misha rindukan dia. Anak ni tak ada papa,” luahku.

Ibu menepuk bahuku. Mengalirkan kekuatan untukku.

Kalau Mikael masih ada pasti dia teruja menunggu kelahiran anak ini. Kenapa harus aku mengeluh? Ainnur Misha, ini yang terbaik untukmu.

“Takdir Allah adalah takdir yang begitu indah. Jangan risau. Di sebalik kepedihan ini, ada manisnya. Percayalah cakap ibu.”

Aku mengangguk. Aku relakan kepergian dia. Semoga dia bahagia di sana.

Mikael Nazmiyang sedang dibuai mimpi aku pandang lama. Bibirku tidak lekang dari tersenyum manis. Sungguh wajah ini persis suamiku. Anak ini baru berusia setahun. Bermakna sudah setahun Mikael pergi meninggalkan kami.

“Nazmi, mommy rindukan daddy,” rintihku pilu.

Kolam mataku sudah bergenang dengan air mata. Hari ini adalah hari lahir anakku Mikael Nazmi dan suamiku. Setiap kali melihat, aku bagaikan melihat suamiku.

Umurku pula sudah menginjak 27 tahun. Kalau Mikael masih ada, umurnya pasti 32 tahun. Ah! Relakan saja dia pergi. Itu yang terbaik untuk kami.

“Semoga mommy tabah menghadapi hidup ini. Mommy takkan pernah lupakan daddy. Mommy akan mencintai dia hingga detik cinta terakhir sepertimana daddy cintakan mommy hingga detik cinta terakhir.”

Ya Allah aku menerima segala tulisan takdir mu ini dengan penuh redha kerana aku tahu Engkau takkan menguji hambamu di luar kemampuannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience