BAB 4

Romance Completed 4261

“Jangan buat dia? Hei! Jantan ni dah kata aku ni tak guna. Dia patut diajar.”

Aku menggeleng. Aku mendekati mereka berdua. Cuba untuk meleraikan pergelutan dan malangnya aku terjatuh ke atas jalan raya. Kedengaran lori memberikan hon. Aku berpaling. Qasyif dan Mikael turut berpaling.

Aku kaku di situ. Qasyif lari ke arahku. Tubuhku ditolaknya. Aku menutup mata. Jantungku berdegup kencang. Untuk beberapa ketika aku menutup mata sehingga kedengaran jeritan orang ramai. Mataku terbuka. Qasyif sedang terbaring di atas jalan raya. Darah mula mengalir dari rongga badannya. Mikael masih berdiri kaku.

Dengan perasaan yang berkecamuk, aku mendekati Qasyif. Bibirnya melakar senyuman. Pandanganku sedikit kabur kerana air mataku bergenang.

“Qasyif, kau tak boleh pergi. Jangan tinggalkan aku,” rintihku pilu.

“Aku pergi… dulu Mi..Mi..Ssha, Mika..Mikael akan mencintai dan menjaga..jaga kau.” Serentak itu matanya tertutup rapat, airmataku berlinangan bersama esak hiba yang ku tahan.

Aku terjaga dari tidur. Peluk merenik di dahiku meskipun kipas berputar laju. Selimutku dialihkan lalu aku bangun dari pembaringanku. Jam pada dinding bilik aku kerling. Baru 3 pagi. Aku memandu langkah ke bilik air. Ada hikmahnya aku terjaga malam. Boleh aku mengerjakan solat tahajud.

“Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah. Aku tahu setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga sahabatku bahagia di sana. Kau pinjamkan dia kepada kami lalu Kau ambil dia kembali setelah sampai waktunya.

Aku redha dengan takdir-Mu. Aku tahu takdir-Mu adalah takdir yang terindah dalam hidup ini. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.” Aku menyapu wajahku usai berdoa.

Selesai menanggalkan telekung, aku mendekati jendela. Membuang pandang ke arah jalan raya yang sepi. Kesejukan mula sampai ke tulang hitam. Kenangan lalu masih membelenggu fikiranku meskipun sudah dua tahun semuanya berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience