BAB 7

Romance Completed 4261

Aku memeluk tubuh. Sungguh aku tidak bencikan insan bernama Nurul Misha tapi aku tiada daya untuk menarik balik kata-kataku. Aku dibayangi masa lalu itu.

“Jangan berjanji, Mikael Norman. Takut janji itu dimungkiri.”

“Janji itu takkan dimungkiri. Abang cintakan Misha. Percayalah. Jangan bencikan abang. Hidup abang tidak lama.”

Aku mengerutkan dahi lalu ketawa. Sumbang saja bunyinya. “Hidup abang tidak lama? Kenapa? Abang nak mati ke?”

Sekarang, aku derhaka. Ainnur Misha ! Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Ah! Persetankan semua itu.

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati termasuk abang dan Misha...” Jawapannya membuatkan aku semakin keliru. Dia meninggalkan aku sendiri. Entah ke mana kerana aku sendiri tidak pasti.

Lenaku terganggu apabila terdengar suara seseorang sedang menyanyi. Kelihatan Mikael sedang membuang pandang ke luar jendela. Riak wajahnya begitu keruh. Sepertinya dia ada masalah besar. Aku pula tidak mengambil tahu halnya.

Dia terus dan terus menyanyi. Dahiku berkerut. Aku tahu lagu ini!

Bagaikan permata di celahan kaca Kedipnya sukar untuk dibezakan Kepada-Mu Tuhan ku pasrah harapan Moga tak tersalah pilihan

Nur Kasih Mu mendamai di kalbu Jernih setulus tadahan doaku Rahmati daku dan permintaanku Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syurga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan ketepaksaan Bukan jua kerana keduniaan Mekar hidup disiram Nur Kasih

Ya Allah… Kurniakanlah kami Isteri dan zuriat yang soleh Sebagai penyejuk mata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience