BAB 10

Romance Completed 4261

Terus aku teringat kata-kata Qasyif.

“Abang, maafkan Misha.”

Tanganku ditariknya. Dia memalingkan tubuh. Menghadapku.

Bahuku disapanya lalu dia membawa kepalaku ke dadanya. Rasa selamat di sampingnya. Rasa selamat yang tidak pernah hadir selama ini. Sedang aku selesa begini, terasa titisan hangat jatuh di bahuku. Aku mendongakkan wajah.

Air mata lelaki ini telah tumpah. Hatiku digasak rasa sayu. Betapa berdosanya aku selama ini. Berdosa kerana tidak mempedulikan suami. Kalau papa dan ibu tahu, pasti mereka sangat kecewa.

Jariku mengesat air matanya.

“Jangan menangis demi Misha. Misha tak suka.”

“Kenapa tiba-tiba?”

Aku menjongketkan kening. Tidak faham kata-katanya.

“Kenapa tiba-tiba saja minta maaf?”

“Kerana rasa khilaf itu lahir tiba-tiba. Macam cintalah. Tiba-tiba jatuh cinta.”

Bibirnya melekap pada dahiku. Rasa sebak bertandang di hati. Bagaikan aku tidak mahu masa ini berlalu pergi.

“Abang sayangkan Misha.”

Aku membeku. Ingin membalas kata-kata cintanya tapi lidahku kelu.

“Abang bahagia dan abang rela pergi...” Kata-katanya tidak dapat menerobos gegendang telingaku.

Jam pada dinding ruang tamu aku kerling. Sudah pukul 8 malam dan Mikael masih belum pulang. Akauntan itu selalunya akan pulang tepat pada masanya dan yang merisaukan aku adalah dia langsung tidak menelefonku. Aku berasa tidak sedap hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience