BAB 8

Romance Completed 4261

Kurniakan daku serikandi Penyejuk di mata penawar di hati Di dunia dialah penyeri Di syuga menanti… dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi Kasihnya bukan keterpaksaan Bukan jua kerana dunia Mekar hidup ini disirami Nur Kasih

Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan Seandai dirinya tercipta untukku Relaku menjadi miliknya…

Tanpa sedar bibirku mengoyak senyuman. Tidak pernah aku tahu lelaki ini pandai menyanyi. Hatiku terbuai seketika.

“Dah puas perhatikan abang?”

“Huh?”

Malunya! Rupanya lelaki itu aku tahu aku perhatikan dia. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Berdiri di sebelah dia.

“Kalaulah Misha boleh undurkan masa.”

“Kenapa nak undurkan masa?”

Aku tersenyum lalu menghela nafas panjang.

Lelaki itu turut tersenyum. Hatiku meruntun pilu melihat wajahnya pucat. Ikutkan hati, ingin aku membelai wajah itu. Menjaga makan dan minumnya namun ego membatas segala-galanya. Ainnur Misha, Qasyif mati kerana takdir!

“Misha nak undurkan masa supaya Misha yang mati waktu itu. Bukannya Qasyif.”

Tubuhku dibawa menghadapnya. Anak matanya menerobos ke dalam anak mataku. Hatiku rasa tenang.

“Sayang, dengar cakap abang. Qasyif mati kerana sudah tiba waktunya. Misha tak boleh terus begini. Jangan siksa diri sendiri. Kalau Qasyif masih ada, mesti dia tak suka. Abang tahu semua ini berlaku sebab silap abang.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience