BAB 5

Romance Completed 4261

Mimpi tadi benar-benar menyesakkan dada. Peristiwa itu bagaikan berlaku semalam. Dan aku masih menyalahkan Mikael atas kematian sahabat baikku. Sahabat yang aku kenal sejak tadika. Kalau Qasyif masih ada, pasti aku tidak akan selemah ini.

Pinangan Mikael benar-benar mengejutkan aku. Aku dan dia tidak jadi bertunang. Semuanya kerana kecurangan yang dia lakukan dan kematian Qasyif. Dan kini dia kembali dengan hajat untuk bersamaku. Aku masih cintakan dia tapi aku keliru.

“Bolehkah aku percaya kata-kata Qasyif ? Bolehkan Mikael bahagiakan aku?”

Papa dan ibu memandangku. Mungkin menagih jawapan dariku setelah sudah seminggu mereka mengemukakan peminangan Mikael kepadaku. Kak Long dan Abang Ngah sudah pulang ke rumah sendiri.

“Macam mana?” soal papa.

“Misha terima peminangan Mikael.”

Sudah tiga malam berturut-turut aku mengerjakan solat istikharah dan dia hadir dalam mimpiku. Semoga pilihanku ini tepat.

“Alhamdullilah! Kena beritahu Mikael. Safi, tolong ambilkan telefon.”

Aku memandang kosong pinggan yang berisi nasi goreng. Rasanya aku tiada selera untuk menjamah makanan. Papa dan ibu terlalu gembira rasanya. Ya! Ibu bapa mana yang tidak gembira apabila hajat mereka ditunaikan.

Ini bukan kahwin paksa kerana aku yang rela. Tapi adakah Mikael merasakan perkahwinan yang tercipta nanti adalah atas dasar paksa?

Ainnur Misha, drop the subject!

Mikael Norman mendekatiku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Tanganku dicapainya. Anak matanya memandang dalam anak mataku. Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Sehelai rambutku yang terjuntai dikuakkan ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience