BAB 1

Romance Completed 4261

“Ibu, Misha tak boleh!” ujarku lirih separuh merintih mengharap belas dari mereka.

“Pleaselah Misha, kami merayu pada Misha.”

Aku ingkar, keputusanku muktamad, aku tidak mahu berganjak dari keputusan ku ini.. Mustahil untuk aku bersama si dia meskipun rasa cinta itu sudah lama bertamu di hati. Terlalu sukar dan berat untuk aku menerima dirinya.

Ibu membuang pandang ke arah langit malam. Aku tahu ibu sedih dengan kata-kataku. Percayalah tidak terniat langsung di hatiku untuk melukakan hati ibu namun aku tidak mampu bersama Mikael Norman. Sedari dulu aku sedar bahawa aku ini bukan pilihannya.

“Ibu, mustahil untuk Misha bersama Mikael. Dia tak cintakan Misha.”

“Sayang, Mikael cintakan Misha. Kalau dia tak cintakan Misha, dia takkan pinang Misha. Percayalah cakap ibu,” tutur ibu lembut.

“Misha, papa tak paksa Misha. Misha fikirlah sebaik yang mungkin. Buat solat istikharah. Ini bukan kahwin paksa kerana takkan sama sekali kami memaksa Misha. Kami cuma inginkan yang terbaik untuk Misha. Kami yakin Misha akan bahagia dengan Mikael.”

Papa cuba berunding denganku. Aku menunduk mataku tertancap pada lantai sahaja. Memang ini bukan kahwin paksa. Kerana keputusan adalah di tanganku. Tapi mampukah aku terima Mikael Norman di saat hatinya bukan untukku? Dan aku terikat dengan masa lalu yang begitu menyakitkan itu.

Kalaulah semua itu tidak terjadi pasti aku akan menerima Mikael dengan hati yang terbuka. Kalaulah Qasyif masih ada. Ah! Semua ini sudah berlaku dan aku haruslah menerima segalanya. Ainnur Misha, jangan salahkan Mikael !

“ Adik tak boleh terima Mikael sebab Qasyif ke?” tebak Kak Long. Darahku tersirap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience