"Assalamualaikum," qaseh Humaira memberi salam sebaik sahaja doa berdiri di hadapan pontu,dia melihat jam pada tangannya,sudah ingin maghrib.
"sekejap! sekejap!" terkocoh kocoh orang dalam menuju ke pintu luar rumah.
"Waalaikumussalam, ya allah cucu nenek dah balik!" laung Nek Timah, terus dia memeluk tubuh ramping Qaseh itu. Qaseh membalas pelukan Nek Ti dengan erat.
"maira, rindukan nenek... rindu masakan nenek,maira rindu kisah kisah nenek, dah dua tahun maira tinggalkan nenek," kata humaira di dalam pelukan Nek ti.
Nek ti mengeluarkan air mata rindu. dia telah menjaga seorang gadis yang bernama Qaseh Humaira ini selama lapan belas tahun semenjak kematian kedua orang tuanya semasa umurnya 5 tahun.
"tok sah la sedih, jom masuk, angkat beg kamu bawak masuk," kata nek ti. Maira mengangguk dan terus mengangkat beg besarnya ke dalam rumah papan besar itu.
dia menuju ke ruang tamu bersama nek ti. dia memanggil nek ti untuk duduk sekali dengannya. nek ti hanya mengikut sahaja.
"nek ti, maira ada goodnews!" kata maira teruja. bersinar matanya ingin menceritakan sesuatu kepada Nenek kesayangannya itu.
"apa niu? nek dak tahu la apa bahasa orang inggeris ni," kata nek ti. Qaseh yang mendengar itu terus tergelak kuat.
spoil aja nenek.
Kemudian baru dia berhenti gelak"sorry nek, goodnews tu berita baik!, nenek nak tahu apa berita baik tu?" soal maira teruja. tangannya mengusap lembut tangan kedut nek ti.
"mestila nenek nak tahu!" balas Nek ti.
"hihi nenek, lepasni maira dah tak tinggalkan nenek lagi! maira dah tak kerja dekat luar sana!" kata Qaseh kuat. terus dia memeluk Nek ti.
"alhamdullilah, nanti kamu kerja di sini pula kan," kata nek ti, dia juga turut bangga dengan cucunya itu. qaseh mengangguk gembira.
"jadi, lepasni kamu nak buat apa? berlatih seni pula?" soal nek ti lagi.
qaseh yang mendengar itu terus meleraikan pelukan mereka. dia tersengih."haah la nek, orang orang maira semua nak jumpa maira. nek ti toksah risau la ya?" kata Qaseh. dia ingin duduk di sini kerana ingin menjaga neneknya supaya musuhnya tidak menganggu nek ti ini.
Nek ti hanya tersenyum, dia juga yang mempelawa qaseh untuk belajar seni mempertahankan diri, semenjak kematian kedua orang tua qaseh, qaseh bertekad untuk mencari lelaki yang membunuh abahnya itu dengan kejam.
"ha nenek! baruni ada orang kacau kacau nenek dak? nenek okay masa maira takda rumah?" dia hampir terlupa tentang keselamatan nek ti. qaseh juga ada mengupah seorang untuk menjaga nek ti, tanpa pengetahuan nek ti.
"aih, nek okay ja, okay la pergi mandi, busuk busuk cucu nenek ni, nenek takda cucu busuk," kata nek ti sambil berjalan menuju ke dapur. qaseh tertawa kecil. haihla nenek, hanya nenek je maira ada sekarang ni.
****
"weh, boss on the way! boss wasap aku tadi, cepat cepat kemas! aku taknak dia datang je terus mengamuk tak tentu pasal ,"kata Farid, farid merupakan anak buah kepada Qaseh. Dia merupakan assasin di dalam kumpulan red devil
"kau yang buat sepah, nak ajak orang lain kemas, kau la kemas aku nak buat air," kata Daiyan pula, dia juga merupakan orang kanan Qaseh. handal bermain pistol, tak juga sniper.
"alaa, ha kau! daripada main pubg tu, better tolong aku kemas ni!"keluh Farid,tangannya mencekak pinggang memandang kawasan yang bersepah itu, kemudian memandang lelaki yang syok bermain game itu.
"ewah ewah, malas aku," kata Alvin selamba. Alvin pula merupakan seorang hacker. dia sendiri yang buat sepah, nak ajak orang kemas, huh!. dia terus menyambung bermain pubg, sikit je lagi nak dapat chicken dinner ni.
"assalamuala...-"
"YA ALLAH ya tuhanku, bersepah nya! kau buat apa ni Farid! dah besar pun buat sepah lagi ni kenapa?"terkejut qaseh apabila dia melihat di ruang tamunya bersepah . di belakangnya juga ada seorang pengawal peribadi.
"eh boss! rindunya kat boss!" lain yang qaseh tanya, lain yang keluar dari mulut farid. qaseh hanya duduk di sofa itu . dia memakai mask hitam, tudung hitam, serta baju hitam supaya musuh tidak mengecam mereka. kerana kebanyakan musuh mereka tidak mengetahui bahawa qaseh merupakan ketua red devil kerana qaseh jarang berada di malaysia.
"hai boss, selamat kembali ke Malaysia, nah air favourite boss," daiyan yang keluar dari dapur itu terus menuju ke arah qaseh . Dia meletakkan cawan itu di atas meja. sempat dia berpelukan dengan qaseh.
"uih, makin flawless naw kau daiyan" puji Qaseh.
"eleh, cakap orang, dia tu dah la flawless pastu putih melepak," puji Daiyan pula.
"WOI farid kau kemas sekarang! AKU kira sampai tiga kalau kau tak kemas sekarang, memang sekejap lagi bersepai kepala kau!" laung suara Alvin apabila tiba di ruang tamu. Dia masih lagi tidak perasan akan kehadiran Qaseh.
"Weh rilek, aku nak buat la ni!" kata farid, cepat cepat dia mengemas.
"heh kalau aku tau dia takut kena ugut ni memang aku dah buat dari tadi dah vin,"daiyan yang hanya melihat dari tadi bersuara. Qaseh pula hanya menggeleng.
alvin terkejut. "eh qas! rindunya kat kau dah dua tahun eh kau tinggalkan kitaorang," terus alvin mengambil tempat duduk di hadapan qaseh, farid pula sedang mengemas barangnya. sempat dia menjeling ke arah Alvin. alvin membalas jelingan tersebut.
"semenjak aku takda kat malaysia ni, ada orang cari aku?" soal qaseh.
"takda, tapi kitaorang selalu je lepak dengan budak black tu je," kata alvin, air yang panas itu ditiup dan dihirup perlahan.
"eh, boss diorang mana?" qaseh hairan. senang senang aje anak buah black devil ni melepak.
"boss diorang sibuk kerja, lagipun diorang kata musuh semua sembunyi lagi,"kata Farid selepas sahaja dia mengemas, terus dia mengambil tempat duduk di sebelah alvin.
"hah kau! dah siap kemas?" soal alvin sinis.
"senyap la aku nak rilek tak senang, ada mata kan tengok la sendiri," Kata Farid terus dia menyandar, matanya ditutup rapat. Penat.
"aku datang sini nak tengok korang, bukan nak dengar korang bergaduh, by the way, tempat kerja aku, daiyan okay kan?" sudah dua tahun dia meninggalkan kedainya itu.
qaseh juga mempunyai kerjanya yang tersendiri. dia tidak pernah memakan atau menggunakan duit haram. ketika qaseh di luar negara pun, daiyan yang mengambil alih sementara waktu.
"dah qas, kau pergi la kerja pulak, penat dah aku ganti, badan aku ni pun dah lama tak warm up," terus daiyan meregangkan otot lehernya.
"amboi amboi, ha yel...- "
"weh qas, semalam la kan, aku ada nampak orang main intip markas ni, aku tak sure diorang siapa, but kalau kau nak dia, aku boleh panggilkan dia," kata Alvin sinis. masih dia ingat akan kejadian semalam .
"hah seriousla? mana yang lain? tak nampak ke diorang intip? lepastu pengawal kat depan tu, mana? soal qaseh bertalu talu. Careless la.
"satu satu la qas oi," celah farid yang hanya dari tadi diam membisu.
"pengawal masetu tengah main game dengan yang lain, aku, daiyan dengan farid ni pergi cuci mata tengok sniper kat bawah," kata Alvin.
"bawak la diorang sini, aku nak tengok siapa anjing tu," kata qas, tangannya membuka mask yang menutupi hidung dan mulut itu.
"aku nak nasihatkan kau, walau macam mana pun mafia kau ni qas, jangan membunuh okay?" nasihat daiyan kepada qaseh. ya qaseh tidak pernah membunuh, paling teruk pun hanya menikam musuh tetapi tidak mati. pelikkan?
"haah, bab bunuh ni kau bagi aku dengan alvin je," kata farid. sempat dia menyisip air itu.
"iyalah kau, dah semua pergi warm up, aku pun nak try jugak ni, dah lama aku tinggal," kata qaseh.Daiyan, farid dan alvin hanya memgangguk dan terus menuju di mana tempat rahsia mereka.
*******
tok! tok!
"Masuk!" laung suara dari dalam.
pintu itu terus dikuak dan jejaka handsome terus masuk ke dalam bilik tersebut. pintu di kunci, jejaka itu terus duduk di sofa itu.
"bila masa kau sampai malaysia?" Haziq yang yang leka membuat kerja terus tersentak, dia memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. Haziq merupakan seorang mafia yang digeruni di seluruh dunia.
"baru ja 2 jam lepas tadi, aku singgah rumah parent aku, lepastu aku datang sini terus, sebab aku nak lapor sikit ni," kata Luqman. dia merupakan orang kanan haziq. Luqman pula merupakan headhunter.
"lapor apa ni?" soal Haziq. matanya beralih memandang Luqman. Pen yang dipegang tadi diletakkan. kini dia mula fokus apa yang ingin diberitahu oleh luqman.
"musuh kita yang stay dekat france tu, ada kat sini, plan kita?" soal luqman terus. musuh mereka yang telah lama berdiam mula berbunyi semula. kumpulan black devil perlu mengambil langkah berjaga jaga.
"panggil semua orang kita, jumpa malam ni kat tempat biasa".
--------------
Next
---------------
Share this novel