"Goodmorning qaseh," sapa Luqman dari jauh, Qaseh hanya baru sahaja menyusun makanan terus mendongak memandang Luqman, senyuman diberikan "goodmorning,"
Luqman mengambil tempat, dia menyising lengan bajunya."wah sedapnya, nasi minyak ayam gulai, kan?"
Qaseh senyum mengangguk."sekejap ya saya panggil Haziq," terus Qaseh menuju ke tingkat atas, sebenarnya dia tidak berapa selesa jika berdua begitu.
Pintu yang tidak ditutup rapat itu menjadi sasarannya. Dia membuka pintu itu dan terus menutup semula. Dia memandang ke arah ruang pakaian, susuk tubuh Haziq juga kelihatan sedang membutangkan satu persatu kemeja biru gelapnya hingga ke atas.
Qaseh melangkah menuju ke Haziq, dia menepis lembut tangan Haziq yang sedang membutang bajunya, kini Qaseh mengganti.Haziq terkejut.
"Thanks,"
Qaseh senyum, usai sahaja dia membutangkan baju Haziq, dia menepuk dada Haziq dengan perlahan,
"Macam mana boleh terfikir nak naik atas ni?" Soal Haziq.
Qaseh mengetap bibir."ada Luqman kat bawah, saya tak selesa,tu terus saya naik atas tu, dah la jom turun saya buatkan nasi minyak," Qaseh menarik tangan Haziq, Haziq hanya mengikut.
Sampai sahaja di tingkat bawah, sudah ada Fattah, Syahir tidak lupa juga Luqman. Haziq menuju ke arah mereka, dan memgambil tempat di hadapan Haziq. Qaseh pula berada di sebelahnya.
******
"Qaseh, okay kan duduk rumah seorang?" Soal Haziq. Sudahnya rumah ini besar.
Qaseh menggaru keningnya yang tidak gatal itu."urm, saya ikut awak boleh?"
Haziq memandang wajah Qaseh tanpa riak."jom, pergi siap, aku tunggu dalam kereta," terus Haziq pergi meninggalkan Qaseh. Qaseh tanpa membuang masa menuju ke tingkat atas untuk menukar pakaian.
"Bro, aku gerak dulu, jangan lama sangat ada meeting lepasni," ujar Fattah. Terus dia pergi meninggalkan rumah mewah itu.
"Cau,bro," terus Syahir dan Luqman pergi. Harini sahaja Syahir menaiki ducati. Luqman pula sudah menjadi kebiasaan.
Haziq melangkah menuju ke kereta.baru sahaja ingin membuka pintu, dia sudah ternampak Qaseh yang sedang menyarung kasut dan menuju ke arahnya.
"Uiseh, sekejap nya kau siap, power apa kau pakai?" Soalnya pelik, ke dia borak dengan Fattah tadi lama?
"Ish awak ni kalau saya siap lambat awak membebel, ni saya siap awal membebel," kata Qaseh mencebik.
Dia masuk sahaja ke dalam kereta, seatbelt dipakai. Terus kereta mereka meluncur ke jalan raya.
*****
"Argh bosannya," keluh Qaseh, sudah dua jam dia duduk di atas sofa, dia hanya memandang Haziq yang sibuk membuat kerja di dalam fail itu.
Haziq menjeling ke arah Qaseh sekilas, tadi bukan main nak ikut, sekarang bila dah ikut, bosan pula.
"Kalau bosan, pergi tidur sana," ujar Haziq.
Qaseh memcebik, dah la dia sudah tidak bekerja. Badannya juga sudah lama tidak di warm up. Dia menggoyangkan kakinya ke kanan dan kiri.Kemudian, kakinya melangkah menuju ke arah kerusi yang berada di hadapan meja Haziq. Dia melabuhkan punggungnya disitu. Pen yang berada di dalam kertas itu di mainkan.
Tok! Tok!
Pintu diketuk, selepas sahaja mendapat kebenaran daripada Haziq, jejaka itu terus masuk ke dalam dan menganbil temoat duduk di sofa.
Haziq memandang wajah lelaki itu sekilas,"kau nak apa?"
Syahir menjeling,"aku nak pergi meeting dengan kau, Fattah dengan Luqman pergi breakfast sekejap, nanti dia pergi la tu,"
Haziq mengangguk.
"Tak nak main tembak tembak ke harini qaseh?" Soal Syahir kepada Qaseh.
Terus qaseh mengangkat muka , pennya yang dimain pun sudah diletakkan ke tempatnya kembali."mana?"
Syahir menunjukkan pintu bilik yang berada di sebelah meja Haziq itu.
Qaseh menuju ke arah itu."sini?" Terus dia membuka pintu tersebut. haziq hanya diam tidak berkata, kerjanya perlu disiapkan segera.
Terus matanya terbuntang luas,kakinya melangkah menuju ke arah meja yang dipenuhi segala pistol. Haziq hanya menjadi pemerhati dari luar bilik itu. Syahir pula sudah keluar menuju ke pantri.
"Banyaknya, buat apa simpan kat sini?" Soal Qaseh, ini officenya bukan markas ataupun di rumah.
Haziq hanya memgangkat bahu"saja,"
Qaseh menjeling,"saya main ya," terus dia mengambil salah satu pistol kegemarannya dan diacukan pada patung yang berbentuk manusia itu.
"Kejap," Terus Haziq menahan Qaseh,Terus qaseh menurunkan pistolnya.Dia melihat Haziq yang mengambil kerusi dan melabuhkan punggung di sebelah Qaseh."okay start,"
Qaseh menayangkan senyuman sinis."tak pernah tengok lagi kan saya tembak macam mana?" Haziq hanya menggeleng.
"Tengok ni," picu ditarik.
BANG!
Dengan satu tembakan, peluru itu sudah pun masuk ke kakinya.
Haziq mengerutkan wajahnya.
"Dah kenapa kena tembak kaki? Tembak la kepala,"
Qaseh menggeleng, "Saya tembak kaki sebab, bila saya tembak kaki dia, dia akan jatuh melutut terus, saya taknak musuh saya mati lagi, Lepastu Hal lain FaridĀ dengan Daiyan urus," terus Qaseh meletakkan pistoonya kembali di atas meja.
"La, sekali tembak je?" Soal Haziq dingin.
Qaseh mengangguk," saya tak nak membunuh,nak membunuh pun ikut mood,"
Haziq mengangguk faham. Perempuan, pun ada mood nak membunuh.
Haziq kemudian berdiri menuju ke arah pintu, dia menoleh ke arah qaseh sekilas," aku nak pergi meeting ni, jaga diri, jangan keluar , sekejap lagi aku balik,"
Terus qaseh mengambil tempat duduk di hujung bilik itu, dia mengelap mukanya yang penuh peluh, baru sekejap menembak, dah berpeluh.
Kemudian mata yang terpandang ke arah sebuah lagi bilik. Dengan kakinya yang penat, dia menuju ke arah bilik tersebut, tombol itu dipulas.... Eh tak berkunci.
Sebaik sahaja pintu itu dibuka, terus ternganga Qaseh dibuatnya, sebuah katil king besar, bilik air juga turut ada, wardrobe pun ada? Dapur mini juga turut ada. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Sama sahaja seperti bilik mereka di rumah hanya tiada dapur mini sahaja.
Terus dia merebahkan badannya ke atas katil yang empuk. Kasut yang dipakainya juga sudah hilang entah ke mana. Matanya juga dilelapkan,penat.
********
"Sorry aku lupa yang aku ada simpan kau," sinis Farid berkata.
Lelaki yang pernah mengkhianati kumpulan red devil ini hanya mendiamkan diri, memang salahnya,jadi tiba masanya untuk dia menerima hukuman.
Farid mengambil tempat duduk di hadapan Amsyar, ya Amsyar namanya.
"Kenapa kau khianat kita orang?"
Lelaki itu hanya berdiam diri.
Faris menarik nafas geram."aku tanya lagi sekali, kenapa kau khianat kita orang?"
Amsyar mengangkat muka memandang Farid yang emmandang tajam k arahnya. Amsyar mengeluh seketika.
"Panjang ceri....-" belum sempat Amsyar menghabiskan kata-katanya, sudah dipotong.
"Pendekkam ajelah!"
Amsyar menarik mafas dalam dalam dan hembus."aku, aku baru tahu yang aku ada bapak, and bapak aku cheng, so aku kan tahu yang korang jadi mafia nak bantu qaseh bunuh cheng, tapi aku rasa tak perlu nak bu...-" dan lagi sekali. Terhenti.
"Kau nak bunuh qaseh petang tu sebab kau rasa nanti qaseh bunuh bapak kau? Siapa? Ha cheng tak guna tu?" Soal Farid geram.
"Ya,"
"Kau tahu tak apa yang terjadi dekat cheng? Kau tau tak cheng buat apa dekat Bapak qaseh?!"bentak Farid, dia menarik rambut Amsyar dengan kuat.
"Iah, lepas la sakitlah bodoh," ujar Amsyar.
Farid melepaskan genggaman, dia berpusing menuju ke pintu keluar,"aku menyesal kenal kau Am,"
Share this novel