bab 8

Romance Series 14712

"Weh Haziq, kau masatu nak cari Cheng sebab apa eh?" Soal Fattah di ruang tamu itu.

Haziq yang bermain telefon itu memandang Fattah, dan memandang semula ke arah telefonnya "Sebab adik aku,"

"Ha,aku baru ingat,so kau tak nak bunuh dia ke?"

"Orang tua tu tak muncul sangat, susah aku nak buat kerja,"ujarnya malas.

"Kau berpakat la dengan qaseh tu,aku nak tahu jugak dia kuat macam mana,"kata Fattah.

"Malas aku,"

"Kau ni semua benda malas,apaje yang rajin hah,"geram Fattah melihat bossnya itu.

Haziq hanya diam.malas mahu bergaduh.

*******

Nek ti yang baharu sahaja menuju ke ruang tamu terdengar bunyi deringan telefon"Maira! Ada orang telefon kamu ni,"

Qaseh yang menyapu daun kering itu terus meletakkan penyapu di tepi pintu dan mengambil telefonnya.butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum,ya siapa ni?"

"Oh i...ya ya, kenapa call ya?"

"Dekat mana? Bila?"

"Okay jumpa kat sana bye assalamualaikum," terus Qaseh meletak telefonnya di atas meja.

Nekti melihat muka cuak qaseh itu,"kenapa ? Siapa call maira?"

Qaseh senyum"takda apa la nek, kawan maira je tadi tu,"

"Ouh okay, nek masuk bila dulu ya," terus nekti menuju ke biliknya.

Qaseh pula duduk di ruang tamu itu. Haziq? Telefonnya? Tujuannya?

*****

Qaseh mencari cari kelibat Haziq di Mall itu.Akhirnya, dia jumpa Haziq di sebuah western, terus dia menuju ke arah Haziq, kerusi yang berada di hadapan Haziq itu ditarik dan melabuhkan punggung. "Hai, sorry lambat,"

Haziq yang ralit bermain telefon itu tersentak.dia hanya berdehem bagi menghilangkan rasa kekokknya itu.

Dia meletakkan telefonnya di atas meja."kau tahu apa tujuan dia?"

"Hah? Tujuan apa?" Balas Qaseh polos. Belum sempat Haziq menyambung, pelayan datang ke arah mereka dan memgambil pesanan.

Selepas sahaja kelibat pelayan itu hilang, haziq menyambung."Pasal Cheng, kau kenal dia sejak bila?"

Qaseh menarik nafas dalam dalam, dan hembus perlahan." Sejak kecil lagi,"

"Ouh, kau tengah buru dia?" Soalnya lagi.

"Tak, sebab dia tengah sorok lagi,so bersedia je la,"kata qaseh, beberapa saat kemudian, pelayan disitu menghantar dua jus orange.

"Nak cari?" Haziq memandang Qaseh. Kemudian dia memghirup jus tersebut.

"Buat apa nak cari? Biar dia datang dulu, baru kita serang," kata Qaseh, Haziq pula terdiam.

"Kenapa awak yang beria nak cari cheng?" Qaseh pula ingin tahu.

"Ada sebab la,"

"Yela sebab nya apa?" Aduh susah bercakap dengan haziq ni.

"Cheng, dia bunuh adik aku depan sekolah masetu, tapi budak budak semua dah balik, adik aku masetu tengah tunggu daddy aku ambik dia, tapi dah terlambat," sayu sahaja luahan Haziq itu.

"Maaf,"

"Takpa,"itu sahaja Haziq membalas.

******

Qaseh berdiri di luar, mengambil angin malam.tenang, tiada gangguan di kawasan kampung ini. Tiba tiba, dia terdengar suara seperti sedang berbisik.
Dia memandang ke arah kanan, tiada, dan ke arah kiri juga tiada.

Dia kembali memandang ke hadapan, terkejutnya apabila ada dua orang berpakaian hitam mengepung dirinya. Dan lelaki tersebut terus melekapkan kain yang dipenuhi kloroform ke mulut Qaseh, perlahan lahan matanya ditutup.

******

"Asal aku call dia tak dapat ni?" Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir daiyan, dia mendail nombor Qaseh sebanyak lima kali, tetapi tiada respond.

"Sabar la, cuba kau call Fattah? Kot la qaseh ada dengan dia?" Alvin memberi cadangan.

"Apa kaitan? Qaseh tak suka rapat dengan orang la," keluh Daiyan, dia mengambil tempat duduk di sebelah Alvin.

"Cuba kan aku cakap?" Tegas nada Alvin. Daiyan hanya akur. Dia mendail nombor fattah.

******

Fattah yang leka menonton televisyen itu tersentak mendengar deringan telefonnya, terus dia mengangkat."hello, nak apa call aku?"

"Hah takde kenapa?"

"Sekejap" Fattah menjarakkan telefonnya dan mencuit lengan Haziq.

Haziq yang menaip sesuatu pada laptop itu mengangkat kening.

"Kau ada keluar dengan Qaseh harini?"soal Fattah terus.

Haziq menggangguk,"kenapa?" Soalnya tanpa memandang Fattah.

"Dia balik terus kan lepastu?"soalnya lagi. Dan sekali lagi Haziq mengangguk.

"Okay," terus Fattah mendekatkan semula telefon ke telinganya " dia kata terus balik, kenapa?"

"Hah? Oh nanti aku try detect,"

"Okay,"

Terus fattah mematikan telefonnya, dia terus mengeluarkan laptopnya dan duduk bersila di bawah. Tangannya lincah menaip sesuatu pada laptop tersebut.

"hah! Get it!" Terjerit kecil dia.dia menatap lama, titik merah itu bergerak.

Haziq melihat pada skrin laptop Fattah, "kau detect siapa ni?"

"Qaseh,"

Berkerut dahi Haziq mendengarnya."qaseh? Kenapa?"

"Entah, kau tengok tu dia atas jalan raya," tunjuk Fattah kepada Haziq.

"Kau tengok kereta apa dia pakai," ujar Haziq. Fattah mengangguk.

"Wira, eh jap wira? Qaseh naik myvi kan?" Fattah pula hairan.

"Dia kena culik la bodoh!" Haziq mengetuk kepala Fattah menggunakan tetikus yang berada di tangannya.

"Hah?! Jom!" Terus Fattah bangun, pistol juga diselitkan ke belakang, terus dia menuju ke pintu utama. Dia berhenti memandang Haziq."kau? Taknak ikut?"

"Sekejap, aku tak ingat mana aku letak pistol aku," terus Haziq mencari keberadaan pistol nya itu."okey dah jumpa, jom,"

*****

"Laju gila, dia bawak," Fattah mengejar kereta yang ada dihadapannya itu.

"Drive elok, jangan bagi dia hilang, aku nak call alvin," terus Haziq mendail nombor Alvin.

"Hello,kau datang sini sekarang,qaseh kena tangkap, cepat!" Terus Haziq mematikan panggilan.

Fattah yang disebelahnya memandang dengan pelik,"aik, sekejap je? Location tak bagi?

"Dia hacker, macam kau,"

Fattah mengangguk dan kembali memandang ke hadapan. Dengan kelajuan maksimum,dia mengejar kereta yang berada di hadapannya.

PIN!PIN!

haziq membuka tingkap."yow, Aku pergi tembak, tayar dia eh,"cadang alvin yang berada di sebelah kereta Fattah.

"Weh, qaseh?" Soal fattah.

"Jap, pandai pandai la aku selesaikan, nanti kau datang settlekan budak tu,"terus Alvin memecut meninggalkan Fattah dan Haziq.

"Siap kau," Alvin mengeluarkan pistol dan mendekati kereta itu dengan perlahan dan..

BANG!

Dia menembak tayar kereta itu, dan kereta itu terus hilang kawalan lalu terlanggar penghadang jalan raya itu.
Alvin berhenti, dan beberapa saat kemudian kereta Fattah juga tiba.

"Thanks Haziq sebab bagitahu aku," kata Alvin kepada Haziq yang baru sahaja keliar daripada kereta.

Haziq hanya mengganguk, dia menuju ke arah driver kereta wira itu, dilihatnya, kedua dua lelaki yang menculik Qaseh itu  telah pun mati."Fattah, kau bunuh dua dua ni bagi mati betul betul," kata Haziq, Fattah tanpa bantahan terus menembak kedua dua lelaki itu.

"Aku balik dulu eh? Qaseh ni, kau orang bawak dia pergi rumah nenek dia," kata Alvin sebelum beredar dari situ.

Fattah hanya mengangguk,"aku tunggu dalam kereta ziq," fattah pula menuju ke arah kereta.

Haziq pula membuka pintu belakang, kelihatan qaseh hanya baring, tangannya diikat, mulutnya ditutup.

Jatuh kasihan Haziq melihat Qaseh dengan keadaan seperti itu, terus dia mencempung badan qaseh dan dibawa masuk ke dalam kereta Fattah, dia membaringkan Qaseh dengan perlahan, tangan yang diikat tadi dibuka, mulutnya juga dibuka.
Selesai itu,dia menuju ke depan.

Pintu ditutup,"dah jom, kau tahu ke mana rumah nenek dia?" Soal Haziq.

"Pernah ada sekali aku ambik nenek dia masetu," haziq hanya mengangguk, dia penat, mengantuk. "Nanti dah sampai, kejutkan aku ya, aku mengantuk ni,"

"Okay,"

-----------
Next
---------- 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience