"Mana diorang tak sampai sampai lagi ni?" Rungut Alvin, air yang dipesannya juga dah nak habis.
"Tulah, berjam dah aku tunggu sini," Farid mengibas ngibas kolar bajunya. Rayband yang dipakainya juga ditanggalkan.
"Korang ni, baru je 10 minit, relaksla," Daiyan menjulingkan matanya ke atas. Putera lilin betul.
"Hah tu, sampai pun, tengok muka diorang macam tak pernah buat salah je," Farid mencuit lengan Alvin,mereka memandang sekumpulan lelaki yang menuju ke arahnya.
Salah seorang daripada mereka menyapa "wassup bro, lama tunggu? Sorry boss aku ni ha, lambat sangat," kata Fattah terus dia mengambil tempat duduk, Haziq yang disebelahnya hanya menjeling.
"Sorry eh," kata Luqman pula.Syahir juga turut sama. Masing masing sudah duduk dan mengambil order,
Alvin menjulingkan natanya ke atas"Yela, aku maafkan, harini je aku baik, esok lusa aku jahat balik,"
"Hah, mana boss kau? Aku nak tengok juga," Kata Luqman teruja. Dia meletakkan kunci keretanya di atas meja.
"Sekejap lagi, dia kata makan dulu, dia nak pergi jumpa musuh dia,"ujar Daiyan tanpa memandang ke arah lelaki lelaki tersebut, ralit bermain telefon.
Air yang dihirup Farid itu terus tersembur terkena muka Syahir."Woi!" Jerit Syahir, habis hilang kemachoannya itu.
"Hehe sorry," Ucap Farid, "oi daiyan, kau cakap boss gi jumpa musuh?"
"Iya la, jumpa musuh biar dia settlekan sendiri dia kata," sudah kenal.perangai qaseh itu.
Luqman yang mendengar itu sudah terkejut."kuat sangat boss kau tu, cuba lawan dengan haziq ni, siapa menang?" Katanya sinis.
"Malas aku," kata Haziq sepatah tanpa memandang yang lain, matanya ralit memandang skrin telefon.
"Fuh panasnya, hai everyone sorry lambat," sapa Qaseh dari belakang, dengan berpakaian jubah hitam, shawl hitam serta kaca mata hitam itu membuatkan yang lain tidak mengecam siapa gadis itu kecuali Daiyan.
"Weh meh duduk sebelah aku," pelawa Daiyan, yang lain masih terkejut.
Qaseh teragak agak mahu duduk di situ, dia tidak kisah duduk di sebelah Daiyan tetapi sebelah kirinya Haziq? Aduhai.
Dengan muka yang menahan malu, dia duduk juga di situ. Handbag yang dipakainya diletakkan di atas meja. Kaca mata masih lagi dipakai. Dia memandang wajah yang berada di sekeliling nya. Dia tersenyum sinis.
"Kau siapa? Jual madu? Maaf aku dah banyak madu kat rumah ni," kata Fattah selamba.
"Haah, ke takda tempat kosong? Tapi kat situ ada meja kosong, gi la duduk sana," kata Luqman pula.
Alvin dan Farid sudah menahan tawa, termasuk daiyan.Haziq yang duduk di sebelahnya sudah gerun, aku yang mafia ni takut jugak...
"Hai," sapa Qaseh. Tangan kanannya dilambai ke arah jejaka jejaka tersebut.
"Eh dia dah kahwin la, aku baru nak try," kata Syahir kepada Fattah berbisik.
"Dah kahwin eh?" Soal Fattah kuat kepada Qaseh, Qaseh pula mengetap gigi, geramnya dengan perangai budak ni.
Dia menahan sabar, "tak la, saja barang kemas,"
Daiyan membisik sesuatu kepada Qaseh, "cepatla, aku dah tak sabar nak tengok muka cuak ni,"
Qaseh hanya tersenyum mendengar. Kaca mata yang dipakainya terus diletakkan di atas meja. Semua yang berada disitu sekali lagi terkejut. "Kau? Qaseh ? Buat apa kat sini?" Soal Luqman.
"Cepatlah qas, aku penatla nak tunggu," keluh Alvin, Farid turut sama.
"Hai, saya Qaseh Humaira, queen mafia Red Devil," kata Qaseh senafas.
"Hah?!" Serentak yang berada di situ terkejut, Alvin dan Farid tergelak melihat muka cuak, buruk, hilang handsome mereka.
Haziq yang berada di sebelahnya juga turut memandang qaseh, "cakap sekali lagi?"
"Saya Qaseh Humaira, Queen mafia Red devil, selamat berkenalan, saya tahu, hanya 20 peratus yang ada dekat negara ni, tak pernah tahu siapa boss Red Devil, kerana dua tahun saya bekerja di overseas, dan sudah seminggu saya berada di sini," kata Qaseh panjang lebar.
Yang lain sudah terangguk angguk mendengarnya.
"Saya tahu ada yang cuba memcari maklumat sebenar saya, tetapi hanya separuh sahaja yang diketahui, Fattah, saya tahu awak yang cuba, dan awak Luqman, saya tahu awak bagitahu dekat Boss awak yang saya kerja dekat kedai baby," kata nya lagi.
"Er, sorry qaseh," kata Fattah..
"Its okay, kalau awak nak tahu, masa saya minta tolong awak untuk jemput nenek saya tu, saya tahu, awak tengah cari alamat rumah nenek saya ikut laptop, apa yang awak tulis, semua saya faham," Qaseh memcari udara, penat bercakap ni..
Yang lain sudah mengangguk dan ada lagi yang tidak percaya tetapi tidak bagi...
"Sedap do mi goreng basah dia ni," Alvin meniup perlahan dan makan.
"Haah weh, sedap, aku nak tapau lagi satu la," kata farid pula. Yang lain sudah memandang tajam ke arah Farid Dan alvin.
"Kau dah tahu senyap," kata Syahir, dia membaling ais kepada Farid. Sempat Farid mengelak dan menjelirkan lidah ke arahnya.
"Apa lagi yang korang nak tahu?" Soal Qaseh.
"Urm, kenapa kau jadi mafia?" Soalan yang keluar dari mulut Syahir itu membuatkan Farid, Alvin dan Daiyan terkejut. Dia memandang Qaseh yang tersenyum itu.
"Cheng," itu sahaja yang keluar dari mulut Dhia. Dan serentak itu membuatkan Haziq memandang muka Qaseh buat kali ke dua.
"Cheng?" Kata Haziq, dia tidak percaya apa yang dikatakan oleh qaseh.
Qaseh hanya menggumam perlahan,"mesti kenal kan,dia bunuh ayah saya depan mata saya masa saya kecik dulu, and sekarang masa untuk balas dendam," kata Qaseh, dia menghirup air sirap itu, hilang dahaganya.
"Kebetulan la qaseh, kitaorang pun buru dia sekarang ni, memang tak dapat kesan," kata Luqman. Yang lain mengangguk setuju.
"Baruni anak buah dia intip kitaorang, and sekarang dia ada dekat basement," kata Farid.
"Yup, dah lemah dah tu, aku nak cungkil maklumat lepastu bunuh dia terus la," kata Alvin pula.
"Kau pandai apa qaseh?" Soal Syahir.
"Saya pandai main sniper, shortgun tu biasa la, hacker pun saya boleh tapi jarang jadi hacker ni," kata Qaseh, tangan disilangkan ke dada.
"Membunuh la ni?" Soal Fattah.
"Tak," Jawab Daiyan bagi pihak qaseh.
"Macam mana pulak tu?" Soalnya lagi.
"Yang membunuh diorang je, saya buat sampai nyawa nyawa ikan, pastu stop la," kata qaseh sinis.
"Daiyan," panggil qaseh. Dia mencuit lengan Daiyan.
"Ada orang intip aku dalam diam, kau tolong aku pakai contact lens ni jap,"Dia memperlahankan suaranya tetapi semua yang berada di situ dapat mendengar. Daiyan mengangguk serious. Dia mengeluarkan contact lens bewarna hijau dan memakainya. Dengan menunduk.
Sementara Farid nampak lelaki yang mengintip Qaseh dari jauh itu, dia memberi isyarat kepada Alvin untuk pergi ke pengintip tersebut. Alvin terus pergi meninggalkan meja itu.
"Apahal tu?" Soal Fattah, melihat masing masing menyibukkan diri.
"Tu ha, kau nampak tak Alvin kejar sapa tu? Ha dia intip Qaseh dari awal lagi," kata Farid sahaja.
"Aku perasan," kata Haziq.
"Yang kau perasan tu dah kenapa tak cakap awal awal?" Geram sahaja Daiyan melihat Haziq itu.
Haziq hanya diam.
"Okay siap," kata Qaseh, dia memandang sekeliling.
"Uish, macam mata ular, seram aku," takut takut Luqman melihatnya.
"Mesti penat kan hidup kena menyorok je ni," kata syahir.
"Dah biasa, aku pun tinggal kat kawasan kampung," kata Qaseh sahaja.
"Boss, ni dia...."
-----------
Next
-----------
Share this novel