bab 4

Romance Series 14712

"You kenal lelaki yang ragut beg you tadi?" Soal Luqman kepada Qaseh.

Qaseh yang tengah membaiki tudung itu memandang."Entah la,sebab saya tak perasan muka dia,dia ada mana sekarang?"

"Ada dekat kitaorang,kalau you nak jumpa dia,tunggu discharge dulu la," kata Luqman,Haziq masih ralit bermain telefon, malas mahu masuk campur.

TOK!TOK!

Tiga manusia yang berada di dalam wad itu terus memandang ke arah pintu tersebut. Kemudian, terlihat wajah Nek ti, Qaseh sudah menarik senyuman hingga ke telinga.

"Nenek!"jerit qaseh kuat,dia ingin menurun dari katil itu tetapi iv drip itu menghalangnya.terus dia duduk semula.

Nek ti yang mendengar qaseh menjerit kuat itu terus menampar perlahan lengan qaseh, haih anak dara ni.

"Dah kenapa sampai masuk hospital ni?" Soal nek ti inginkan kepastian, walaupun dia sudah tahu dari mulut Fattah, tetapi sekarang dia ingin mengetahui dari cucunya sendiri.

"Sabar ya nek,urm Fattah, thanks tau ambikkan nenek saya,"ucap Qaseh kepada Fattah yang hanya bersandar di dinding itu. Luqman dan Haziq hanya menjadi pemerhati.

"My pleasure,".

"Petang tadi ada orang nak ragut beg maira, tapi sebelum dia ragut beg maira, dia dah toreh tangan maira ni," kata Qaseh, dia menunjuk kesan balut itu kepada nek ti. Nek ti hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Tula, nenek dah cakap, jangan keluar sorang sorang, ramai musuh tahu tak?" Kata nek ti, qaseh hanya menggumam, tidak tahu ingin membalas apa.

Haziq yang mendengar perbualan dua perempuan itu terus membisikkan sesuatu dia telinga luqman."mana parents dia?asal dia cakap musuh?siapa dia ni?" Soal Haziq perlahan.

"Mana aku tau, nanti aku suruh fat selidik," kata Luqman, haziq hanya mengangguk.

"Daiyan mana? Tahu tak kamu ni masuk hospital?" Soal Nek ti lagi.

"Takpe la nek, maira taknak susahkan dia, sebab dia dah banyak tolong maira kan," kata terlalu banyak dia meminta tolong kepada daiyan, kini biarlah dia menyelesaikan sendiri.

"Urm,makcik, kami balik dulu ya,"kata Fattah yang hanya berdiam diri.

"Ya, balik la,biar makcik duduk sini jaga maira," kata Nek ti kepada Fattah dan yang yang lain.

Haziq dan Luqman juga turut membontoti Fattah keluar dari bilik itu.

Selepas sahaja kelibat lelaki-lelaki tersebut hilang terus dia memandang Nek Ti."Nenek, dah makan?"

"Dah, sebelum nenek pergi, nenek sempat bawak makanan ni semua, nah makan, nenek baru panaskan," nek ti membuka satu persatu bekal itu. Qaseh pula sudah memegang sudu dan garfu. Tak sabar nak makan!

Dengan lafaz bismillah,qaseh menyuap makanan itu dan terus masuk ke dalam mulutnya. Tak pernah tak sedap.

"Sedapnyaa nenek masak," kata Qaseh dengan mulut yang penuh.

"Hmm...makan elok elok sikit. Jangan gelojoh, kamu tu perempuan,"tegur Nek ti melihat gelagat si cucu yang tidak sabar menghadap rezeki.

Qaseh hanya menghiraukan kata kata nenek kesayangannya itu.

"Eerkk," pantas qaseh menutup mulutnya itu. "Hehe sorry nek,".

Nek ti menjeling."tak padan dengan perempuan ayu la kamu ni, kata nak jadi perempuan melayu terakhir, tapi nek tengok macam terawal je,"ujar nek ti selamba.

Qaseh tergelak. Ada ada je nekti ni ya.

Qaseh memandang nek ti yang sibuk mengemas bekas makanan itu."Nenek nak tidur mana malam ni?" 

"Entah la cu,nenek tidur je mana mana,".

"Nenek tidur sebelah maira okay?, lagipun katil ni besar, kita ni kecil je kan," qaseh bergerak sedikit ke kiri untuk memberikan ruang kepada neneknya untuk baring.

*****

"Mana lelaki tu?"haziq yang baru tiba itu terus menyoal keberadaan lelaki tersebut kepada Fattah yang sedang bermain congkak dengan salah seorang anak buahnya.

"Ada dekat bawah, esok la kau cakap dengan dia,gi rehat dulu," terlihat ada eyebag bawah mata haziq seperti seekor panda.Jelas kelihatan penat.

"Yela, make sure jangan sampai dia mati,aku nak soal dia esok sebelum malaikat maut ambil nyawa dia," terus Haziq menuju ke tingkat atas.

Fattah hanya menggangguk. Beberapa saat kemudian, muncul wajah Luqman dan Syahir yang baru sahaja pulang.

"Ha mana satu Mc flurry aku?" Terlihat Syahir yang memegang dua cup mc flurry.

"Ni,Haziq belanja kau dia kata sebagai tanda terima kasih je," Luqman menghulurkan cup itu kepada Fattah, kemudian dia duduk di sebelahnya. Ingin melihat cara Fattah bermain congkak. Urm, mafia main congkak...

"Berapa round dah ni?" Soal luqman sinis.

"Ni masuk ketiga dah ni,aku asyik menang je,"  ujar Fattah bangga sambil tangannya memasukkan setiap satu guli ke dalam lubang itu.

"Yela tu, tadi first dengan second round bukan aku ke yang menang?" Ujar pihak lawannya itu.

"Ish kau ni,aku baru nak bangga," Fattah mencebik.

"Mana si haziq?"Soal Syahir, sambil matanya melilau memandang setiap sudut rumah.

"Ada dekat atas, rehat, aku tengok muka dia dah macam orang penat cari bini,"ujar Fattah selamba.

Luqman sudah tergelak.

"Mengumpat la lagi!" Laung Haziq dari atas.

"Eh dia dengar, macam mana tu?" Soal Fattah kepada Luqman. Syahir sudah bantai gelak.

"Aku dengar lagi ni,"laungnya lagi.

*****

"Mana qas eh? Biasa malam malam ni dia ada je," farid menyoal kepada alvin yang ralit menonton televisyen, entah apa cerita yang ditengoknya.

"Aku tak tahu la, maybe dia nak rehat la tu,"ujar alvin selamba.penat, penat dengan musuh yang sudah berani menunjukkan diri.

"Kau ni asyik positive thinking je, dalam diri kita ni ad...-" tanpa sempat farid menghuraikan ceramahnya, alvin sudah memotong.

"Takpela, simpan je la ceramah untuk tahun depan, aku tak larat nak dengar bebelan kau, mana daiyan? Batang hidung dia aku tak nampak ni," alvin memandang sekeliling, sesekali dia mengeluh.

"Daiyan jaga kedai Qas, terpaksa la weh, tapi nasib la daiyan tu buat ikhlas,"kata farid, terus kakinya melangkah menuju ke tingkat atas."Hurm, aku tidur dulu lah, esok qas datang la tu, tunggu je,".

Alvin hanya mengangguk perlahan. Dia sudah menganggap Qaseh itu seperti adiknya sendiri. Mana kau pergi ni qas, risau betulla aku ngan kau ni, tak pernah tak buat orang risau la.

Dan, perlahan lahan alvin tertidur di atas sofa itu.

----------
Next
-----------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience