Cincin permata yang tersarung elok di jari manis Qaseh itu dipandang. Selesai juga majlis pernikahan antara dia dan Haziq. Majlis petang tadi juga berjalan dengan lancar.
"Weh, kau dah makan?" Soal Daiyan terus mematikan lamunan Qaseh.
Qaseh terkejut. "Aish buat terkejut je la," Qaseh menjeling, "kejap lagi lah aku makan, kenyang lagi ni,"
Daiyan menangguk, "aku pergi dulu la ya Qaseh, selamat pengantin baru, member aku kahwin dah," ucap Daiyan gembira. Sempat mereka berpelukan sebelum pergi.
Kemudian, qaseh duduk semula, memandang ke arah khemah yang dipenuhi jejaka jejaka tampan itu, dan dia memandang Haziq yang seronok berbual dengan rakannya.
Terus dia teringat tentang nenek kesayangannya itu. Mana eh? Dia terus bangun mencari nekti, Sehingga di belakang rumah, terlihat Nekti sudah menjadi ahli makcik bawang sedunia, siap bertepuk tampar lagi...
seriousla ?
Kemudian dia berpatah balik semula dimana tempatnya duduk, cukup untuk tahu nekti okay di belakang rumah sana.
Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung , sudah ada yang memanggilnya.siapa lagi kalau bukan, Farid.
"Kau nak apa?"
Farid yang duduk bertentangan itu berdehem seketika" lah, aku nak ucap congrats la, tak boleh?"
Qaseh menjeling,"okay thank you, ha jangan lupa settelkan budak yang tikam aku tu," Qaseh mengingatkan Farid, kerana Farid merupakan orang yang pelupa...
"Ye ye aku ingat, okay la qas, aku nak gerak ni ada hal sekejap," Terus Farid pergi meninggalkan Qaseh. Qaseh hanya senyum. Tetamu pula sudah mula beransur pulang. Yang tinggal hanya Rakan Haziq dan Alvin.
Terus dia bangun dan masuk ke dalam rumah, badannya sudah melekit dengan peluh, tiba masanya untuk dia mandi.
*****
Selesai sahaja solat isya, Qaseh memakai tudung sarung dan melangkah keluar rumah, masih ada lagi orang yang belum pulang. Berap ramai nenek jemput ni?
Terus dia menyarung selipar, menuju ke kawasan di mana ada makcik makcik yang sedang membasuh pinggan mangkuk. Dia mengambil tempat di situ. "Makcik, pergi la balik, biar saya uruskan ya, mesti makcik dah penat,"
Makcik yang sedang membasuh pinggan itu terus memandang wajah Qaseh, dia tersenyum sekilas."boleh juga ya cu, makcik pun dah berapa jam asyik duduk, terima kasih," ucap makcik itu. Qaseh mengangguk dan terus mengambil alih kerja makcik yang tergendala sebentar tadi, kain batik yang dipakainya dinaikkkan sedikit supaya air tidak terkena kainnya.
"Wah wah, rajin, bagus bagus," Haziq yang baharu sahaja tiba itu terus duduk di kerusi batu yang berada di hadapan Qaseh.
"Lagi bagus kalau awak tolong saya ni, dah solat?" Soalnya tanpa memandang Haziq, tanganya masih lincah membasuh cawan itu.
Haziq mengangguk. Kemudian dia memandang kiri kanan," mana nenek ?"
Terus terhenti kerja Qaseh, dia mengangkat muka memandang Haziq."haah la mana eh,sekejap saya cari," terus Qaseh meninggalkan kerja itu dan mencari nekti. Risau.
Sudah hampir setengah jam, tmasih lagi tidak jumpa Nek ti, Qaseh sudah mula takut. Tidak mungkin kena.. tak tak bukan...
Terus dia masuk ke dalam rumah. Pakaiannya ditukar. Pistol juga diletakkan di belakang. Kunci keretanya juga diambil, terus dia keluar..
Belum sempat dia masuk ke dalam kereta, ada yang menyapa." Nak pergi mana ?" Soal Haziq.
Qaseh terlupa bahawa dia sudah ada suami,"ya allah, sorry sorry, jom keluar, saya nak cari nenek," dia keluar semula daripada kereta.
Haziq memandang Qaseh atas bawah, seketika kemudian, baru dia faham, "okay naik dengan aku, tunggu jap aku siap," terus dia meninggalkan Qaseh yang berada pada pintu kereta Myvi itu.
"Jom," ajak Haziq, dia sudah melangkah menuju ke keretanya.Qaseh sempat untuk menelefon Daiyan untuk jagakan rumahnya.
"Dekat mana?" Soal Haziq, keretanya meluncur laju ke jalan raya.
Qaseh sudah cemas, segera dia menelefon Alvin...
"Hello, Alvin, tolong detect dekat mana nenek aku berada, dia hilang, aku sure ada orang culik dia,"
Dan terus Qaseh menamatkan panggilan,dia memandang Haziq yang fokus di hadapan."Alvin dah bagi location dekat telefon awak, tengoklah," ujarnya. Haziq mengangguk dan terus melihat location tersebut.
Qaseh kembali memandang ke hadapan. Akhirnya, Air mata nya mengalir perlahan, takut. Jika nenek nya tiada, bermakna keluarga nya juga sudah tiada.
******
"Are you sure dekat sini?" Soal Qaseh, dia memandang bangunan usang yang berada di hadapannya, tidak ada sebarang cahaya.
"Aku detect nenek kau kat sinilah," ujar Alvin, dia juga hadir untuk membantu Qaseh dan Haziq. Farid juga mengangguk tanda setuju.
"Sekejap aku hack cctv," tangan Fattah lincah menaip sesuatu pada laptopnya.
"Sunyi," ujar Haziq, hanya kedengaran bunyi cengkerik sahaja.
"Penatla," keluh Qaseh, sudahla harini merupakan hari bahagia mereka tetapi, lain pula yang jadi.
"Siap!" Terus mereka semua memandang Fattah.
"Jom," terus Fattah menarik tangan Qaseh, qaseh hanya mengikut, Farid dan Alvin pula sudah berada di hujung bagunan, fattah pula Masih berada di dalam kereta. Tugasnya hanya memberi arahan.
"Qaseh follow aku, jangan pergi mana mana," kata Haziq, Qaseh mengangguk.
"Alvin, kau pergi naik atas, ada tiga orang je," Kata Fattah melalui earpiece.
"Farid belakang kau, ada yang cuba nak tembak, sorok dulu," Farid mengangguk faham. Terus dia menyorok di sebalik dinding, bunyi seperti orang berjalan amat memudahkan kerjanya. Dengan kiraan...
Satu
Dua
tiga...
Shoot!
"Yeah," Farid menarik nafas lega.
"Haziq, depan kau ada sorang pandai pandai lah kau handle dengan qaseh," Haziq membuat rolled eyes.
"Qaseh, boleh kan? Go," arah Haziq.
Qaseh mengangguk dan berjalan melepasi Haziq, dia menyorok di bawah tangga, sebaik sahaja ada musuh yang turun dari tangga itu, dia terus menembak kaki tersebut. Terua lelaki itu terjatuh, kesakitan
"Heh padan muka," ujar qaseh selamba. Beberapa saat kemudian, dia terdengar seperti suara orang menjerit, dan suara itu, suara...
Nenek!
"Haziq? Haziq!" Puas Qaseh mencari Haziq, tadi rasanya dekat sahaja, tiba tiba hilang.
"Oi, jangan jerit, Haziq ada dekat nenek kau, pergi dekat tingkat dua," kata Fattah, ada ke patut Qaseh menjerit?... ini mesti kes dah lama tak memburu.
Qaseh tergelak kecil. Terus kakinya melangkah ke arah bunyi tersebut, bunyi ketakutan atau? Penyeksaan?.
Dari jauh sudah dengar bunyi Haziq sedang bergelut dengan musuhnya sendiri. Qaseh mempercepatkan langkahnya, dengan lafaz bismilah, dia menendang pintu sehingga pecah. Nasib sahaja dia memakai slack.
"Nenek?" Terkejut Qaseh apabila melihat Neneknya yang terbaring lemah. Air mata Qaseh juga sudah mengalir laju.
"Cu, nenek okay, pergi selamatkan suami kamu tu," ujar Nek ti. Qaseh mengangguk,"nenek duduk sini sekejap ya," Terus dia masuk ke dalam bilik yang berada di hadapannya itu, amat sukar melihat musuhnya itu.
Terus dia mengacukan pistolnya ke arah musuhnya itu, perlu berhati hati, jika tersilap langkah, suaminya yang makan peluru.
Bang!
Qaseh terkejut, siapakah yang menembak? Dan yang pastinya, musuh itu sudah mati.
"Mati pun, susah sangat," ujar Alvin yang baharu sahaja tiba, dia masuk ke bilik itu melalui tingkap.
"Ugh, thanks Alvin," ucap Haziq lemah. Dia pusing ke belakang, jelas wajah isterinya kepenatan juga.
Qaseh menerpa ke arah Haziq,"jom, hantar nenek ke hospital," Dia tidak ingin kehilangan Nekti nya, Haziq mengangguk.
"Nanti aku bawa lelaki ni pergi markas kita, aku nak siasat dia ni siapa," ujar Alvin. Terus mereka pergi dari situ.
Share this novel