bab 5

Romance Series 14712

"Yeay!, balik yeay yeay balik," Qaseh gembira, dia tidak tahan duduk di sini, satu hari seperti seminggu, haih bagaimana orang lain boleh berminggu minggu duduk di sini? Malahan bertahun pun ada.

"Ish, toksah tunjuk perangai tak elok kat sini," kata nek ti sambil mengemas barang barangnya.

"Jap ea nek,maira nak call daiyan," kata Qaseh, dia mengambil telefonnya di sebelah katil itu, bagaimana dia boleh dapat semula? Sudah pasti fattah yang mengambil telefon ini dari peragut tersebut.

"Hello daiyan..."

"Tolong aku boleh?"

"Ambik aku dekat hospital ni, n...-"

"Nanti aku cerita, yang penting kau datang sini, nanti alamat aku bagi tau bye,"

"Banyak tanya pulak daiyan ni," omel Qaseh sendiri selepas menamatkan panggilan.

****

"Assalamualaikum,sorry qas, nek ti, daiyan lambat jalan jammed," kata Daiyan sebaik sahaja dia tiba di bilik itu.

"Takde lambat la baru ja setengah jam nek ti tunggu, sampai esok pun takpa," perli nek ti,daiyan hanya gelak bagi menghilangkan rasa kekoknya.

"Ha dah jom, jom, daiyan, tolong angkat beg aku eh,"kata Qaseh, dia tahu daiyan kurang selesa bersama dengan nek ti walhal nek ti hanya gurau.

"Kau hutang dengan aku pasal cerita tadi ea qas, aku nak dengar nanti," ujar Daiyan. Mereka melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke arah kereta porche milik daiyan.

*****

"Apa yang kau dapat pasal dia fat?" Soal Haziq setibanya dia menurun ke bawah dengan berpakaian singlet hitam.

Fattah yang menonton televisyen itu terus memandang Haziq dengan muka yang baru bangun, dengan rambut yang serabai, tak reti mandi langsung.

"Aku rasa kau patut tengok pasal dia ni ziq," kata Fattah tidak percaya. Kemudian, haziq mengambil tempat duduk di sebelah Fattah yang memegang laptop itu.

"Apadia ni?"

"Kau baca je la,"

Nama : Qaseh Humaira binti Farouq Nizam
Umur : 23 tahun
Status : belum berkahwin
Selebihnya disembunyikan oleh pihak berkuasa..

Haziq ralit membaca maklumat tersebut."hah? Disembunyikan? Apahal pulak ni? Biasa mesti kau dapat lengkap semua kan fat?"

"Ye biasanya aku dapat semua tapi ni kali yang ke lima aku buat still macam ni," dia juga hairan. Mengapa selebihnya disembunyikan.

"Aku rasa ada something yang kita tak tau," kata haziq dingin.

"Entah la yang penting tu, cuba kau baca yang status tu," kata Fattah dengan usikan.

"Kenapa, mana?" Soal haziq, dia memandang semula laptop itu.
"Kalau dia belum kahwin apa kena mengena dengan aku?" Soal haziq dingin.

"gi la try dia alahai, kau tu dah tua umur pun nak masuk 35 tapi tak kawin lagi ni dah kenapa,"

"Malas aku, aku buzy, aku tak suka perempuan," sambil itu dia menghempaskan badannya di karpet bawah.

"Tapi aku tak rasa yang kalau Si perempuan ni kawin ngan kau, dia tak akan jadi isteri normal," terus dia mengemas barang laptopnya.

Mata dicelikkan memandang Fattah"Maksud kau fat?"

Ya allah, naif sungguh ya boss pagi ni."takde pape la, kau pergi tidur balik," terua Fattah pergi dari situ.

Haziq juga tanpa melengahkan masa pergi ke bawah untuk melihat anak anjing itu.

Lelaki yang diikat kemas itu terus terjaga apabila kedengaran pintu dibuka. Jelas wajah ketakutan teserlah disitu.

"Best tidur macam ni?" Soal Haziq sinis, tangan disilangkan

"Kenapa kau yang kena hukum aku? Bukan dia?" Soal Lelaki itu ketakutan.

Haziq menarik senyuman sinis."Kenapa dia kena hukum kau? Sedangkan dia hanya mangsa dan dia bukan mafia macam aku, aku yang nampak kejadian tu so aku boleh hukum kau,"dia menarik kerusi di sebelah lelaki itu dan melabuhkan punggungnya.

"Bu...kan mafia?"

"Yela, kau kenapa? Cakap kat aku sekarang kenapa kau nak ragut beg dia!" Bentak Haziq. Dia menggenggam kuat rambut lelaki tersebut. Lelaki itu mengerang kesakitan.

"Sebab... dia mafia," kata lelaki itu perlahan.serentak itu Haziq melepaskan tangannya dari menarik rambut lelaki tersebut.

"Apa? Apa kau cakap? Dia mafia? Jangan bodohkan aku la, perempuan? Mafia ? Mustahil la bodoh! Cuba lagi bagi alasan yang munasabah!" Bentak Haziq lagi, lelaki itu sudah ketakutan, dah cakap benda betul, salah lagi. Adoi.

"Hukum la saya ni," kata lelaki itu pasrah.dari kena seksa, lebih baik dia mati saja.

"Kau duduk sini lagi dua hari baru aku lepaskan kau," terus haziq sebelum pergi meninggalkan tempat itu.

****

"Uish seriousla? Kau kena ragut? Sampai macamtu sekali ek? Tapi asal kau tak telefon aku ha?" Daiyan tidak percaya tentang apa yang terjadi kepada qaseh. Terkejut selepas apa yang diceritakan oleh Qaseh. Kini mereka di markas.

Qaseh hanya mengangguk menandakan ya.

"Habistu macam mana kau boleh ada dekat hospital tu?" Soal daiyan.keningnya yang tidak gatal digaru.

"Ada tiga ke empat orang lelaki tah tolong aku, baik je semua macam putera raja hensem banget," kata qaseh teruja. Rasanya seperti dalam mimpi sahaja, semuanya hensem!

"Siapa? Kau kenal?" Soal Daiyan lagi.

"Tak silap aku yang ambikkan nenek tu nama dia fattah, tapi aku tak ingat fattah apa lepastu,luqman dengan haziq"Kata Qaseh panjang lebar.
Daiyan pula sudah terkejut mendengarnya

"Hah? Weh kau tau tak tu geng black devil?" banyak betul yang qaseh tidak tahu sekarang ni.

Qaseh sudah terpinga pinga. Black devil? "Black devil? Nama apa tu? Kumpulan apa? Kumpulan pembentangan? Nama kumpulan kuiz?". Daiyan pula sudah menepuk dahi. Ada ada je Qaseh ni.

"MA FI AA," kata daiyan satu persatu.Qaseh sudah ternganga tidak percaya. Mafia? Baik macam tu?

"macam kita ke weh?" Soal qaseh semula.

"Yep, diorang punya anak buah mesti nak jumpa kau, sebab diorang tu rapat ngan kitaorang, so dia nak tahu siapa boss red devil ni," kata Daiyan. Sempat dia menyisip air starbucks itu.

"Dah antara nama nama yang aku sebut tadi tu, mana satu boss dia?" Soal qaseh lagi.

"Haziq," kata daiyan tenang.

"APA?!" Terkejut Qaseh apabila ada bossnya sekali datang semalam. Fuh, nasib baik diorang tak cam aku. Kalau tak mampus la.

"Yela,kau pun satu, tak pakai contact lens," kata Daiyan sambil matanya memandang anak buah qaseh yang bermain punching bag.

"Bukan aku tak pakai tapi, aku kena la cabut, dalam hospital kot, agak agak la," kata Qaseh. Dia juga memandang anak buahnya bermain dan berlatih itu...

"Urm yela, ni bila kau nak kerja? Penat aku customer kau asyik tanya pasal kau," kata Daiyan dengan menghelas nafas berat.

"Esok aku kerja, kau jangan risau tau," kata Qaseh dengan senyuman.

"Okay,"

"Terima kasih tau daiyan, sebab dari kecik ni sampai la besar panjang ni, kau je selalu dengan aku, aku harap kita tak kan berpisah tau," kata Qaseh, dia terus memeluk tubuh kurus Daiyan itu, daiyan hanya senyum, alhamdullilah kerana dia dikurniakan kawan yang baik seperti dhia.

----------
Next
----------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience