"ARGH! bosannya, vin bila kita nak gi bunuh orang tua tu?" farid mengeluh. Dia penat, penat kerana sudah lama mereka berdiam diri memikirkan cara untuk menamatkan riwayat orang tua itu.
"sabar la, aku pun dah lama tak tengok darah ni, tapi sampai bila qas nak diam je pasal ni? Cukuplah anak buah dia yang tak bijak tu intip kita," kata alvin pula, dia juga tidak sabar untuk membunuh orang tua itu.
"korang ni bising betulla, merungut tak tentu pasal, nak memburu, pergi zoo sana! Menyemak la! Aku nak menyapu pun tak tenang," daiyan yang menyapu di dapur itu terus bersuara.
"sibok betul," kata alvin dam farid serentak.
"hah kau, melawan melawan, aku report kat qas, baru la korang tahu langit tu tinggi ke rendah," kata daiyan selamba. Malas mahu melayan dua orang beruk itu .
KRING! KRING!
bunyi telefon itu datang dari arah poket seluar alvin, cepat cepat dia mengeluarkan nya. Nama yang terpampang pada skrin itu membuatkan dia terus mengangkat.
"hello?, dah kenapa c...-"
"hah? Kat mana tu?"
"okay aku gerak sekarang, kau tunggu sekejap,"
Sebaik sahaja panggilan telefon ditamatkan, alvin terus berlari anak menuju ke pintu utama, sempat dia menyelitkan pistol ke belakang seluarnya.
"eh eh kau nak gi mana? siapa call tadi? weh aku nak ikut!" Jerit farid apabila dia melihat alvin yang terburu buru itu.
Alvin berhenti, dia memandang ke belakang "kau duduk je la sini, jaga daiyan. Aku pergi ambik qas dekat kedai makan jap, kereta dia rosak,".
Farid mendengus lemah. Haih nak buat apa je?
"oi, mana alvin?" soal daiyan sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, kelibat alvin tidak kelihatan.
"hah? Dia gi ambik qas sekejap, nanti dia balik la tu, dah la kau nak makan tak, perut aku dah bunyi lagu dangdut ni," kata farid. Tangannya mengusap perut.
"ha aku baru ja panaskan lauk tadi, pergi lah makan, aku kenyang, aku naik atas dulu," dia terus pergi meninggalkan farid keseorangan di bawah.
*****
"haish lambatnya alvin ni," mengeluh qaseh yang berada di hadapan kedai itu. Tangannya disilangkan. Topi yang dipakainya hampir menutup seluruh wajahnya, supaya tiada orang tahu identitinya.
Sesekali dia bermain instagram , memandang sekeliling, bersiul siul. Orang yang memandangnya dengan pelik tidak dihiraukan, sibuk je...
Tanpa dia sedari ada mata yang memerhati dirinya. Lelaki yang hanya memandang qaseh dari tadi menghampirinya. Dia mengambil pisau cukur yang berada di poketnya itu. Perlahan lahan dia mendekati tanpa qaseh sedar.
ZAPP !
"ARGGH!" jerit qaseh kuat. Dengan tindak balas yang dia ada, terus dia menggenggam lenggannya yang tertusuk pisau itu. Ramai orang menyaksikan kejadian itu.
Tanpa sempat lelaki itu melarikan diri dengan membawa beg tangan qaseh... dia sudah dikepung dengan beberapa orang lelaki.
"tepi la setan! Jangan masuk campur boleh tak hah?!" jerkah pencuri itu tadi.
"kau dah buat salah nak suruh aku lepaskan? Tak semudah tu la," kata fattah sinis. Tangan disilangkan.
"kau ni siapa?!" jerit pencuri itu.
"takyah la cakap dengan dia ni fat, bawak dia, aku nak gi kat boss jap," kata luqman. Terus dia menuju ke arah haziq dengan seorang gadis itu.
"weh luq, cepatla bawak dia ni, darah dia banyak keluar ni!" jerit haziq kepada luqman.
"Yeye jom jom, pasal laki tu fat settelkan, pape jumpa kat hospital," kata luqman. Dia terus bergerak menuju ke kereta ford miliknya itu. Haziq juga mencempung tubuh ringan qaseh dan masuk di bahagian belakang.
Kereta itu meluncur laju menuju ke hospital.
Haziq meletakkan kepala qaseh di atas pehanya. Melihat memek muka qaseh itu tahulah bahawa gadis itu menahan kesakitan, dengan matanya yang bewarna hijau.
"en...cik sa...kit," adu qaseh apabila terasa tangannya berdenyut denyut.
"sabar okay?, oi luq cepatla! Kita tengah bawak orang sakit nak gi hospital ni!" laung haziq. Sempat dia memukul bahu luqman yang hanya membawa 110km/j itu...
"okay, nanti minyak kau bayar," kata luqman selamba. Terus dia memandu laju. Haziq hanya membuat muka menyampah.
****
"aduh mana qas ni, tadi location dia kat sini, sekarang hilang," kata alvin, sekejap dia bergerak ke kiri, sekejap ke kanan. Kemudian matanya tertancap pada jalan yang dipenuhi dengan kesan darah...
"wait wait, risau betul lah aku, mustahil la tu darah si qas," kata alvin sendiri. penat dia bercakap seorang. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mendail nombor daiyan.
"hello?, weh qas ada kat rumah?"
"hah takda?! Aku kat sini pun takda ni, call tak dapat, ke dia dah balik eh?"
"yela bai,"
Terus dia menamatkan panggilan tersebut. Dia hanya mengikut apa yang diperkatakan oleh daiyan. Mungkin qaseh sudah pulang dengan menaiki grab. Jadi dia tidak perlu risau.
Otaknya masih ligat berfikir, darah yang berada di jalan itu.
****
Mata yang lama tertutup itu akhirnya terbuka... qaseh memandang sekeliling, di manakah dia sekarang? Dengan siling bewarna putih
Dia cuba mengangkat tangan kanannya dengan perlahan tetapi tidak boleh.
"auch!" terasa ada yang menyucuk di lengannya membuatkan dia mengaduh kesakitan.
"hey girl, dah bangun," sapa seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam wad qaseh.
Qaseh memandang wajah lelaki itu dengan hairan, siapa ni?
"siapa ni?" soal qaseh bingung.
"nama aku fattah amin,"terus dia menarik kerusi yang berada di sebelah katil tersebut.
"hah? Artis tu ke?" soal qaseh polos.
"tak la, sajeje, nama aku fattah fairuz,"
Qaseh hanya mengganguk, badannya masih lagi terasa penat. Dia memandang fattah yang membelek jam itu.
"urm fattah, boleh call nenek saya?" kata qaseh dengan muka simpati.
kening diangkat,"aku mana ada nombor nenek kau," kata fattah.
"meh sini telefon awak," kata qaseh tanpa segan silu, sungguh pada waktu ini,saat ini, dia ingin nenek berada bersamanya.
Fattah terus menghulurkan iphone 11 pro nya itu.
Tanpa membuang masa qaseh mendail nombor tersebut, seketika kemudian muncul suara nenek yang dirindui nya.
"Assalamualaikum nenekk!"
"laa ni maira la,"
Fattah yang berada di situ terkejut melihat qaseh dengan jeritan qaseh itu .
"nenek, datang hospital boleh?"
"hehe qaseh luka sikit ni, nek boleh datang kan?"
"hurm yeke jap jap," terus qaseh menarik telefon dari telinganya. Dia memandang fattah .
"erm awak, boleh tak ambilkan nenek saya?" kata qaseh teruja.
"hah ambik nenek kau? Kat mana? Asal aku pulak ni?" soal fattah bertalu talu...
"haah ambik nenek saya, ala dekat dekat area perkampungan tu kan, rumah warna coklat," kata qaseh masih lagi dengan teruja.
"urm bagi aku detect location je la," kata fattah selamba. Terus dia mengeluarkan laptop nya dari beg galasnya itu. Qaseh hanya tekun menunggu.
"okay aku pergi ambil, dia sorang je kan?" kata fattah, yela sudah la dia bawa kereta sport lepastu ada dua seat je.
"haah dia sorang je, okay thank you!" kata qaseh teruja. Terus dia mendekatkan semula telefon itu ke telinga.
"nek bersiap, kawan maira nak ambik nenek okay baii!"
Panggilan terus ditamatkan. Dia memberi semula telefon itu kepada fattah yang setia berdiri di sebelah katil qaseh, Qaseh hanya tersengih tidak bersalah.
"japgi, boss aku masuk, ha takdela kau sunyi kan," kata fattah, dia terus keliar dari bilik itu tanpa mendengar jawapan dari qaseh.
Qaseh tertawa riang. Yeay! Nenek nak datang!
***
TOK! TOK!
"hey si gadis yang manis," sapa seseorang dengan lirikan lagu.
Qaseh yang hanya memandang tingkap itu terus berpaling ke arah dua lelaki tersebut. Dia hanya melemparkan senyuman tipis. Asal semua lelaki yang masuk dalam bilik ni semua handsome ni?
Haziq yang hanya pemerhati di belakang luqman terkejut, tadi matanya bewarna hijau, sekarang coklat, confirm dia pakai contact lens tadi.
"hai? Siapa ni?" soal qaseh hairan. Harini sahaja tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya masuk ke wad nya ini .
"ouh hi, lupa dah ke? I luqman, yang tolong u tadi, and he is my boss haziq haikal," kata luqman, dia memberikan senyuman manis kepada qaseh yang masih bingung.
Mereka berdua mengambil tempat duduk di sofa.
"haih, tadi fattah, sekarang luqman and haziq pula," kata qaseh, dia mengurut pelipisnya dengan lembut.
Luqman tertawa kecil, haziq? Masih dengan dingin beku antartikanya itu.
-----------
Next
-----------
Share this novel