BAB 10

Fanfiction Completed 352

“Atuk!”. Aku memeluk atuk. Zania tiba-tiba menolak tubuhku,dia lantas memeluk atuk. Aku mencebik pdanya. Ngada-ngada..
Atuk menghadiahkan senyuman kepada kami. Wajahnya tidak nampak bimbang,tak kan tak takut kot,aku hilang beberapa minggu ni? Zania mengenyit matanya kepadaku. apahal plak ni.. tak puas hati ke. Dia membisik di telingaku.
“Mey,yang tahu kau hilangkan diri tucCuma pihak istana dan aku je. Orang lain tak tahu. Pihak istana suruh rahsiakan”. Aku senyum lega. Nasib baik.. lagi mudahlah kerja aku..
“Hah,kamu berdua ni,kenapa bisik-bisik tu?buat apa kat sini? Nak apa? Yang budak lelaki sorang ni anak sapew? Meylia,apasal keluar istana? Pihak istana tak marah ke?”. Aku buat muka. Dah start dah bebelan atuk tu.. zania sengih kepadaku. hazrul menghulur tangannya kepada atuk.
“Tuk,nama saya Hazrul,atuk boleh panggil Rul. Meylia cakap saya tunang dia”. Amboi berterus terang sungguh budak ni. Atuk memandang aku tajam. Ala relaks lar tuk,tak citer lagi kan ni..
“Tuk,sabar tuk. Mey nak cerita tu”. Zania menyabarkan atuk.
“Meylia,kamu tak boleh berkahwin sebelum puteri baru dilantik”. Muka atuk tegang. Kali pertama aku tengok atuk macam ni. Separuh hatiku lega mengetahui hakikat Hazrul adalah keturunan Raja Xlyara . Kalau tidak, sampai tua aku tak kahwin.
“Tuk,dengar dulu,sebab tu lah,Meylia jumpa atuk. Zania cakap,atuk ada cerita kat dia tentang kewujudan institusi diraja Xlyara ”. Zania terangguk-angguk. Lelaki 60-an itu mengerutkan sedikit keningnya.
“Rul,ialah keturunan diraja Xlyara . Ni buktinya”. Aku menunjukkan surat yang aku jumpa,amanat Raja Xlyara terakhir,cincin kami, dan kunci dimensi manusia. Atuk termenung seketika. Dia mengeluh.
“Tak sangka,apa yang diwarisi oleh keluarga kita benar-benar belaka”. Bibir tuanya mengukir senyuman.
“Mungkin dah sampai masanya. Inilah amanat yang dipegang oleh keluarga kita sejak berzaman lamanya. Abah atuk dulu pernah menyuruh atuk untuk ceritakan kebenaran tentang Xlyara kepada kamu semua dan keturunan kita yang seterusnya. Tak sangka,sudah tiba masanya”. Hazrul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku hanya berpandangan sesama sendiri dengan Zania.
“Tuanku,adakah tuanku berhajat untuk memerintah Xlyara ?”. Atuk berpaling kepada Hazrul.
“Hah?”. Hazrul jelas terkejut. Aku tersenyum-senyum sendiri. Kalua dia jadi raja,so,aku permasuri lah? Oh bahagianya.. zania mencubit pahanku. Aku menjeling kepadanya. Sibuk je..
“Maaf atuk,saya tak boleh terima jawatan tu. Macam mana ibu bapa saya kat sana? Lagipun,saya tak tahu apa-apa tentang Xlyara ”. Hazrul menunduk. Aku terkedu. Jika dia menolak kedudukan itu,maknanya dia menolak aku juga. Sampai hati.. Rasa macam nak angkat kaki je.
“Atuk,boleh tak,saya mahu diisytiharkan kepada seluruh rakyat Xlyara bahawa saya ialah raja mereka,tetapi saya tak mahu memerintah Xlyara . Saya mahu hidup di dimensi manusia. Cuma satu saya minta,tolong lepaskan Meylia untuk saya”. Aku sudah mengangkat muka.
“Tak,Mey tak nak. Atuk,Mey sayangkan Xlyara ,Mey tak sanggup meninggalkan family. Kalau awak tak nak tinggal sini. Lupakan saya. Saya lebih rela tak kahwin dengan awak!”. Aku menjerit padanya,walau hatiku terasa dicucuk sembilu mengungkapkan kata perpisahan padanya. Haiyah budak ni,tadi nak sangat,sekarang tak nak pula.. dia mengeluh. Habis macam mana. Hati kata mahu,dua-dua pun muka tak malu,so tunggu apa lagi..
“Atuk,atuk tak rasa ke,dia orang ni over react sangat”. Zania membisik ke telinga atuk. Pantas jelingan tajam aku hadiahkan kepadanya.
“Rasanya kita kena berbincang dengan seluruh ahli keluarga dan pihak istana. Hazrul,kamu balik dulu ke dunia manusia,dan bawalah ibu-bapa kamu ke Xlyara ”. Hazrul menagguk,dia memandang ke arahku. Yelah,cuma aku je yang ada kunci dimensi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience