BAB 5

Fanfiction Completed 352

Aku memerhati sekeliling. Satu tempat yang asing. Rasanya ini lah dimensi manusia.. kunci yang diikatku menjadi loket dipengang erat. Sekarang baru rasa nak tanya diri sendiri. Macam mana nak balik ni!!!! Nia tolong aku!!!
Nasib baik ada orang jumpa aku kat sini. Datin Nafsah. Dia suruh aku panggil dia mama. Orangnya cantik dan baik hati. Yang peliknya suaminya,Datuk Rizman. Rambutnya berwarna violet. Sama dengan rambut setiap rakyat Xlyara ! Tidak lah aku rasa terasing sangat.
“Meylia, makan ubat nak,”. Mama mendekati katil ku, aku manghadiahkan senyuman buat wanita ini.
“Terima kasih ma,tapi mama belum cerita,meylia kat mana sekarang?”. Aku menyoalnya. Belum masuk dua hari aku disini,tapi aku sangat sukakan kemesraannya. Aku langsung tidak kekok memanggilnya mama. Waa..aku rindu mama aku!!
“Meylia di rumah mama sayang, kamu berehat dulu ya”. Aku terus berbaring selepas menelan dua buti ubat yang diberikan mama. Wanita itu melangkah keluar.
Pintu ditutupnya rapat. “Hah,macam mana keadaan budak tu Sah?”. Datuk Rizman menegur.
Isterinya tersenyum.”Dah baik dah tu”.
“Awak,dah tekad nak bela budak tu? Macam mana dengan Rul tu. Bahaya sah kalau perempuan dan lelaki yang tak ada kaitan darah duduk satu rumah.”. Datuk Rizman mengingatkan isterinya. Sekarang ni,nasib baik Hazrul tengah pergi kurus seminggu di Johor Bharu.
“Inilah saya nak cakap dengan awak,saya dah berkenan dengan Meylia tu, kita kahwinkan diaorang lah bang”. .pinta Datin Nafsah penuh mengharap.
“Ish,kamu ni,sah. Macam mana kalau Meylia tu dah ada pilihan?”.
“Kalau macam tu,kita suruh Rul, pindah apartmen dia tu, saya suka budak Meylia tu bang”.
“Suka hati awak lah. Kalau tiada halangan,saya tak akan halang”. Datuk Rizman memberi persetujuan. Dia pun merasakan gadis yang dibawa balik isterinya beberapa hari lalu sangat sesuai dengan anaknya. Gadis itu istimewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience