BAB 1

Fanfiction Completed 352

Xlyara merupakan salah satu Negeri yang berlainan dimensi dan antara dimensi termoden yang terdapat di planet bumi. Negeri kami tidak diperintah oleh Raja ataupun sesiapa. Rakyat Xlyara memiliki paras rupa yang sangat menarik berbanding makhluk lain.
Di sini, seorang gadis akan dipilih oleh permata sakti untuk menjadi seorang puteri,lambang Xlyara . Walaupun begitu,seorang puteri tidak dibenarkan memerintah berkahwin seinggan puetri baru dilantik. Dan aku lah puteri yang terpilih itu. Hanya menjadi seperti patung cantik dalam sangkar emas,tidak mampu melakukan apa-apa pun.
Malah,nyawa seorang puteri akan sentiasa terancam,kerana terdapat sesetengah rakyat Xlyara percaya bahawa darah seorang puteri,adalah suci. Sesiapa yang berjaya membunuh puteri Xlyara ,dia akan menjadi sakti dan kebal, tetapi sudah tentu setiap perkara ada baik dan buruknya. Jika darah puteri Xlyara menyimbah tanah Xlyara ,maka kota Xlyara akan musnah dan penghuninya akan lesap dari muka bumi. Justeru fikie saja apa kebaikkannya jika berani-berani mengancam sang puteri?
Kerana itu lah,seorang puteri sentiasa dilindungi. Selama ni aku tak pernah terfikir pun,terdapat rakyat Xlyara akan tergamak menghancurkan dimensi sendiri demi kesaktian yang entah betul atau tidak itu. Tetapi itulah hakikatnya.
Aku memandang kosong makanan dihadapanku ini. Tidak langsung bersentuh.
“Meylia,kau ni kenapa? Kalau kau tak nak ayam tu,aku ambil”. Gadis itu tersengih sengih.
Aku membalas sengihannya. “Ambillah kalau kau tak malu”. Dia mencebik. Inilah sepupuku, Zania. Orangnya sangat cantik,selalu menang pertandingan ratu cantik. Kenapa ea? Sebab aku tak masuk! Kalau aku dibenarkan masuk pertandingan ni,dah lama aku menang.
“Woi,berangan”. Dia menampar bahuku. Aku menjeling geram kepadanya.
“Nia,apasal aku tak boleh keluar dari istana ni. Bosan sangat lah asyik terkurung dekat sini. Nasib baik kau selalu datang teman aku kat sini?”. Aku tersengih. Dia terdiam seketika.
“Hmmm,sebab kau puterilah”. Aku menunjukkan buku limaku padanya, dia hanya mencebik,tak takut.. Apasal lah sepupu aku sorang ni susah sangat nak faham keadaan aku sekarang ni. Aku tak suka dipanggil puteri. Bagi aku untuk menerima jawatan ni amatlah payah. Papa yang memujukku itu pun kerana aku memikirkan nasib Xlyara .
“Nia,kau tak pelik ke,apasal Negara kita ta diperintah oleh Raja?”. Aku mula mencapai seketul ayam.
Dengan suara diperlahankan,bibirnya mula mendekati telingaku. “Mey,ini rahsia tau,atuk pernah cerita kat aku,dulu Negara Xlyara ni diperintah oleh keturunan diraja, tetapi entah dimana silapnya,keturunan raja tu hilang sekelip mata. Tak siapa tahu”. Kepalanya mula menjauhiku.
Aku mencebik. Mungkin cerita rekaan.. fikirku..
“Dulu,,dulu tu bila?”. Aku memperlinya.
Dia memandang aku semacam. “Alah,suatu masa yang sangat lama dulu lah. Mungkin moyang kepada moyang atuk kot”. Dia melawak. Tak kelakar pun..
“Oit,apasal atuk tak cerita kat aku pun?”. Aku sengaja menyoal. Best jugak soal sepupu aku yang lurus dan luhur ni..
“Sebab kau puteri lah”. Sekali lagi dia mengeluarkan ayat tu. Aku mahu mencubit lengannya,pantas dia mengelak dan menyambung ayatnya tadi.” Kalau kau nak tahu, aku pernah tanya atuk,kenapa kau yang jadi puteri? Kan kita sama darah? Lagipun,bukankah aku lagi cantik?”. Aku membeliakkan mata. Dia tersengih.
“Pastu atuk cerita lah pasal Raja tu,dan dia cakap,semuanya takdir,kalau kau nak tahu sebenarnya kau dipilih oleh permata tu untuk menjadi seorang permaisuri,bukannya puteri..”. aku langsung tidak memahami maksud sepupuku ini.
“Permaisuri? Boyfriend pun tak ada,inikah pula suami..”. aku memandang tajam wajah sepupuku itu.
“Hei,kau janganlah pandang macam tu,takut tau tak”. Dia mencubit lenganku perlahan.
Aku mengeluh. Menarik juga cerita rekaan atuk ni.”Hah,apa lagi,sambung lah”. Aku menyergahnya.
“Yelah,yelah..kau tahu,permaisuri mesti ada Rajanya kan? Atuk cakap macam ni, sampai sekarang pihak istana masih belum mengetahui, kenapa permata itu masih berfungsi dan masih memilih gadis-gadis Xlyara ini untuk ditabalkan. Tak silap aku kau puteri yang ke enam dipilih.”
“So,maksud kau,sepatutnya aku menjadi permaisuri kepada Raja lah ye?”. Dia mengangguk. “Mengarut.. dah lah, kalau kau dah siap makan tu,pergi balik,aku nak masuk bilik dah”. Zania mencebik. Sampai hati halau sepupu sendiri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience