BAB 6

Fanfiction Completed 352

Kini dah seminggu aku duduk dekat rumah papa dan mama angkat aku. Aku tengok satu bilik tu,tak ada orang guna pun,teringin lah nak masuk dalam tu, tapi rasa cam tak elok plak.Hurm.. sekarang ni, tengah fikir cara untuk cari putera kesayangan aku tu..
Patut ke,aku terima perlawaan papa untuk bekerja dengan dia di office tu,mungkin dengan cara ni,aku boleh jumpa putera? I need some more time..
Boring plak hari ni. Papa pergi kerja, Mama ada perjumpaan persatuan. Kak melah,entah kemana.. Oh ya rasanya inilah masa sesuai nak masuk bilik tu..senyuman jahat mula terukir di bibirku.
Tanganku mudah memulas tombol pintu. Hatiku terpaku. Besarnya bilik tidur ni. Nampak macam bilik seorang lelaki. Dengan gambar kereta skyline bertampal-tampal di dinding bilik. Siapa agaknya pemilik bilik ni. Mata ku tertancap pada potret seorang lelaki. Seorang lelaki yang manis. Berambut violet! Senyumannya tampak ikhlas. Tapi gambar boleh menipu. Aku mencebik.
Mataku terpaku pula pada sebuah bingkai gambar,rasanya pernah aku melihat gambar permandangan taman seperti ini. Mungkin sebab dah terhantuk ke jalan raya hari tu,jadi pelupa kot..
“Hey,awak siapa?”. Suara yang menyergahku hampir-hampir meluruhkan jantungku. Aku menjeling kepada empunya suara eh macam pernah nampak. Aku memandang potret tadi. Ya memang orang yang sama.
Tanganku ditariknya keluar.
“Woi,apa ni?” aku merentap tanganku kembali.
“Awak ni siapa? Pencuri ea? Apasal awak masuk bilik saya?”. Lelaki itu menyerangku dengan bertubi-tubi pertanyaan. Malas lah aku melayan pertanyaannya. Aku menuju ke tingkat bawah.
“0it,baik awak keluar dari rumah ni! Kalau masa saya turun nanti awak still ada kat sini. saya tampar-tampar muka kau!”. Dia menghempas pintu. Aku memandang tajam pintu yang dihempasnya tadi bagai mahu tembus. Amboi,nak tampar-tampar muka aku plak. Banyak cantik..
“Teringin juga nak makan penampar. Lama dah tak makan teringin plak. Dah lupa macam mana rasa dia.”. Aku melaung kuat. Laju kakiku menuruni tangga. Aku masih terdengar pintu dibuka.
Hazrul mengambil t-shirt lalu disarung ke badannya. Siapa agaknya perempuan tadi tu ea. Maid baru ke? Berani betul dia. Dia tersengih-sengih mengingatkan jawapan gadis itu. Amaranya dijawab dengan cabaran pulak. Kang aku tampar betul-betul,dayus plak.. dia meyembur minyak wangi ke badannya. Malas mandi.
Badannya pun masih terasa letih. Tak sangka tak ada meeting pagi ni. Dia yang pelupa. Sebab tu,balik terus,tak sempat call mama lagi. Dia membetul-betul rambutnya sedikit,now perfect.. senyuman menawan dihadiahkan kepada diri sendiri.
Langkahnya menuju ke ruang makan. Dia membuka saji. Hah! Tak ada makanan pun. Kejamnya.. hatinya merungut. Dia melihat gadis yang pecah masuk ke biliknya tadi di ruang santai. Seronoknya dia. Mentang-mentang mama dan papa tak ada. Seronok je dia tengok tv tu. Dia tak tahu ke,aku ni, majikan dia juga.
“Woi,minah. Awak tak reti-reti ke masak untuk saya?”. Aku mempekakkan telinga. Sukahati je nak suruh aku buat macam macam. Dia ni siapa kat rumah ni? Tapi kalau lah tekaan aku betul,dia ah putera rumah ni kan? Arhh.. ada aku kisah. Sebab aku kan puteri..
“Kang saya tampar awak kan”. Aku berdiri mengadapnya. Terus berubah wajahnya.
“Tamparlah”. Aku membisik kepadanya. Mata kami berpandangan. Tiada bicara. Dia menunduk. Waahh,,aku suka putera aku ini.. aku senyum kepadanya.
“Apa kata awak masak untuk saya”. Dengan suara manja yang dibuat-buat aku memerlinya. Aku senyum sinis. Ish..ini dah lebih ni.
“Pompuan ni..”. belum sempat lelaki itu mahu membalas kata-kataku ,Datin Nafsah sudah di muka pintu.
“Rul,dah balik. Dan kenal-kenal dengan Meylia”. Aku dan dia berpandangan. Apa kaitan pula kita orang ni?
“Hah,anak angkat mama? Perempuan ni?”. Dia mengeluh.
“Sampai hati mama,nak suruh Rul pindah apartmen”. Amboi manjanya dia. Dia memandang ku. Aku sengih kepadanya. Dia menjeling. Main mata nampak.. aku meneguk sedikit air ditanganku.
“Habis tu,tak kan Meylia yang kena duduk apartment tu sorang-sorang Rul?”. Dia mencebik.
“Lainlah kalau korang nak nikah dan duduk apartment tu sama-sama”. Terus tersembur air dimulut ku ini. Aku menjadi tumpuan mata.
“Ops sorry”. Aku termalu sendiri. Mama ni terus terang sungguh. Hazrul memandangku tajam . dia mengangkat kening. Reaksi yang mengecewakan.
“Mama sebenarnya,nak sangat Mey jadi menantu mama. Alang-alang perbincangan kita dah jadi macam ni, mama nak tanya korang setuju tak”. Senyuman mama amat mengharap kepadaku. Aku memandang Hazrul, memohonnya untuk kata tidak.
“Its okay for me,mama”.dia senyum padaku. Sengaja mahu menyusahkan aku.
“Baguslah Rul setuju,Meylia macam mana?”. Aku tahu mama amat berharap aku kata ya. Tapi.. aku perlu balik ke Xlyara suatu hari nanti.
“Maaf,mama. Meylia tak mampu. Mey perlu cari putera”. Aku tak sanggup melihat kekecewaan di wajah mama. Terus aku berlalu ke halaman belakang.
“Meylia,tak apa sayang,lagi pun mama faham Meylia kalau kamu nak cari pilihan hati sendiri atau kamu sudah ada pilihan sendiri”. Datin Nafsah memujukku
“Tak mama,cuma ianya terlalu sukar untuk Mey ceritakan.”. Wanita itu tersenyum.
“Tak apa. Mama tak kisah. Tapi,jika Meylia nak ceritakan apa-apa pada mama,mama sudi dengar”.
“Thanks ma”. Aku memeluknya erat. Dia membalas pelukanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience