BAB 3

Fanfiction Completed 352

“Hazrul Hazim!”. Panggilan dari tingkat atas itu membingitkan telinga.
Dia memaniskan wajah yang sedia manis itu. “Ya,ma”. Selembut boleh dia bercakap. Mahunya tidak,melihat wajah mamanya yang macam singa tu pun dah menakutkannya.
“Apa nak jadi dengan kamu ni,muka hensem,perangai punya lah malas. Bila kamu nak kerja dengan papa ni Rul?”. Datin Nafsah cuba berlembut. Dengan anak tunggalnya sorang ni,mana boleh marah-marah sangat. Nanti merajuk pula dia.
“Ma,yang part muka hensem tu,Rul setuju,tapi part yang malas tu,Rul Bangkang sangat-sangat.. Relaks lah Ma,nanti Rul Kerja lah. Rul kan baru habis belajar dekat Australia tu, baru sebulan kot. Bagilah Rul rehat lama sikit”. Matanya tidak lepas mengadap tv..
Datin Nafsah menutup televisyen. “alah ma,”. Suaranya dibuat-buat.
“Sebulan tu dah lama tau. Kamu nak rehat berapa lama,satu tahun,baru nak kerja? Ni lagi satu Kamu tu dah 25 tahun Rul,dah besar panjang,perempuan keliling pinggang,bilalah kamu nak buat salah sorang tu bini Rul Oi… jangan suka sangat main-mainkan anak dara orang”.
Ingat dah sudah bebelan mamanya ini, rupanya belum. “Ma, you know what,anak mama ni kan hensem,Rul tak ngorat diaorang pu ma,dia orang yang ngorat Rul ma”. Datin Nafsah tergeleng-geleng. Tak tahu lagi nak cakap macam mana. Dia terpandangkan suaminya,Datuk Rizman.
“Abangnya,saya tak tahu lagi nak buat macam mana dengan anak awak sorang ni. Degilnya mengalahkan abang dulu”. Datuk Rizman yang baru balik kerja tu,belum sempat duduk pun,dah ditarik isterinya. Hazrul hanya tersengih.
“Kenapa pula ni”. Datuk Rizman bertanya kepada isterinya.
“Ni ha,perangai malas. Saya rasa kan bang,kena kahwinkan dia dulu kot,baru berubah sikit”. Hazrul hanya diam,tak memberi respon. Diam maknanya setuju.. sebenarnya dia tak pernah kisah pun, tentang bakal isterinya. Kalau pilihan orang tua,lebih baik kot.
Dia dah bosan dengan perangai perempuan-perempuan yang mendekatinya hanya kerana harta dan wajahnya yang dianugerahkan sebagai idaman setiap wanita… ni dah lebih ni.. dia melihat wajah papanya. Walau menginjak 50-an,tapi masih berseri-seri. Dulu papa juga sepertinya,idaman setiap wanita,mungkin wajahnya mendapat gen dari papanya kot.. rambutnya juga berwarna violet. Sama dengan rambut papa.
“Hah,Rul,kamu setuju tak?”. Papanya bertanya.
“Rul oke je”. Dia menjawab sepatah.
“Eh kamu ni betul tak Rul? Kenpa tak cakap awal-awal. Kalau macam ni,nanti mama cari”. Datin Nafsah sudah berkira-kira dalam hati. Hazrul tersengih.
“Pa,esok Rul masuk Office”. Hazrul sudah mengangkat punggung menuju ke biliknya. “Anak awak”. Datuk Rizman ketawa. Datin Nafsah mencebik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience