BAB 2

Fanfiction Completed 352

Aku melangkah ke katil dan merebahkan badan disitu. Selesanya… aku masih memikirkan cerita-cerita Zania yang disampaikan kepadaku. Tak sangka terasuk juga fikiranku dengan cerita-cerita karut dia tu.. aku mengetuk-ngetuk kepalaku. Tanganku pantas memeluk teddyku. Patung beruangku yang aku namakan Teddy.
“Hurm,nasib baik juga keturunan raja tu hilang,nanti tak pasal-pasal aku kena nikah paksa. Mahunya nangis 24 jam,sehari semalam”. Aku tersenyum sendiri. Rasanya otak ku dah tak betul. Aku menhampiri lukisan disebalik dinding yang tersorok itu. Tak perasan pula terdapat lukisan dia sini.
Tanganku mula memegang lukisan itu. Sangat cantik. Lukisan permandangan sebuah taman. Mungkin salah satu tempat di Xlyara . Tapi yang pasti dilukis penuh penghayatan. Siapa agaknya pelukis lukisan ini.. aku dengan tidak sengaja telah terputarkan bingkai lukisan itu.
Dengan tidak semena-mena di sebelah lukisan itu terdapat sebuah pintu. Aku teragak-agak. Aku melihat lukisan itu kembali. Ia bertukar! Sebuah rumah agam terlukis di atas kanvas lukisan itu tadi. Rasanya ini lah istana yang aku tengah diduduki sekarang!
Aku mula berlari perlahan mencapai pelan istana di dalam laci. Nampaknya bilik rahsia di sebalik pintu ini,tidak terdapat didalam pelan! Hatiku bertekad, untuk mengetahui kebenaran,aku sanggup menaggung Risiko!
Dengan berbekalkan lampu suluh dan teddy bear kesayanganku,perlahan kakiku melangkah menuju pintu itu..
Aku melihat sekeliling. Gelap.. aku meng’on’kan lampu suluh ditangan. Teddy masih ku pegang erat. Aku rasa macam nak sampai ke penghujung lorong dah ni. Sekarang baru rasa macam nak patah balik.. seram..
Dihadapan ku kini sebuah pintu lagi. Pintu ini Nampak macam dilindungi peralatan keselamatan. Apa agaknya didalamnya ya.. aku terlihat sebuat ukiran berbentuk cincin bertahtakan berlian. Aku melihat ke jari manis ku. Cincin berlian permata biru. Nampak sama.
Aku mengeluarkan cincin itu dari jari manis ku dan aku masukkan kedalam ukiran itu. Muat.. pintu terus terbuka,dan aku apa lagi terus meluru masuk ke dalam.. nanti bolehlah aku meluangkan masa di sini. Aku tersenyum sendiri..
Sebuah bilik yang dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih,sebuah meja kecil menarik aku untuk mendekati meja itu. Selembar surat terdapat di atas meja itu. Tangan ku ringan membuka helaian itu. Sebentuk kunci jatuh ke lantai. Aku memungutnya semula.
“Terima kerana berjaya menemui tempat ini,
Tentu anakanda seorang puteri yang telah ditakdirkan untuk
Mencari bakal suamimu,,Hah!”. Tak sampai setengah perenggang pun aku dah terkejut beruk. Apa kaitan plak ni?
“oke..oke sambung.. sebenarnya Beta adalah Raja Xlyara yang terakhir..
Permaisuri beta telah terkorban kerana baginda mempunyai darah suci..
Sebelum dirinya menyembah bumi, darahnya sendiri sempat diracun,
Dengan kebijaksanaannya,maka pembunuhnya tidak memperolah kesaktian,
Tetapi Xlyara telah hancur!
Wanita yang beta cintai juga sudah tiada,
Beta kecewa,kerana itulah Beta tidak sanggup lagi di Xlyara .
Mungkin Beta pengecut..
Tetapi Xlyara tetap setia diingatan Beta..
Beta pasti,tentu Xlyara sudah pulih sekarang..
Beta mohon kepada anakanda,,
Carilah puteramu di
Dimensi manusia..
Beta tidak berlaku adil kepada keturunan Beta..
Bantulah Beta untuk meletakkan semuanya kembali ke asalnya..
Biarlah puteramu mengenali Xlyara ..
Disini beta sediakan kunci untuk ke dimensi manusia..
Mungkin di sekelilingmu terdapat satu alat berbentuk sebuah pintu” aku melihat sekeliling, mataku tertacap pada sebuah alat yang berselerakan dengan wayar dan ia memang berbentuk sebuah pintu! Aku meneruskan bacaan.
“Masukkan kunci itu kedalamnya,,
Dan anakanda akan menjumpai jalan keluar dari Xlyara ..
Moga Takdir akan menyatukan kalian..”. Surat itu berakhir disitu.. aku mengeluh. Jadi,cerita Zania bukan rekaan! Apa patut aku buat? Aku yang menjumpai tempat ini. Aku perlu membantu Raja Xlyara ..
Tetapi macam mana pula dengan aku nanti. Tak nak nikah lagi.. Mama…
Fikiranku bercelaru. Nasib lah. Aku rasa lepas aku bawa balik bakal suami aku tu, aku suruh dia nikah dengan orang lain. Sekarang ni,aku rasa kena tolong raja Xlyara tu!
Oke cuma ayat terakhirnya menganggu fikiranku.. Moga takdir akan menyatukan kalian.. nak satukan siapa ni?? Oh ya macam mana nak cari putera aku ni.. putera aku? Alamak tersalah sebut plak..
Malas lah fikir lagi, dengan fikiran bercelaru,aku mendekati alat dimensi dan menghidupkannya,aku masukkan kunci sebagaimana yang disuruh Raja Xlyara yang terakhir! Kenapa lah raja tu tak tulis nama dia?
Cahaya dari pintu itu menyilaukan aku.. dan selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience