BAB 8

Fanfiction Completed 352

“Meylia,awak tak nak cerita apa-apa ke?”. Suaranya menghapus sepi di lorong gelap ini.
“Tak nak!”. Aku masih meneruskan langakah.
“Degil betul!”. Aku dengar dia merungut.
“Rul,kita dah sampai”. Aku memberhentikan langkah. Kini sebuah pintu sedang menghadang jalan kami. Aku mengeluarkan cincin dari jari manisku dan aku letakkannya di tempat ukiran. Tidak muat.
“Apa ni,apa yang tak kena?”. Aku melihat ukiran bentuk itu. Tidak sama! Mama macam mana ni,tak boleh balik….
Hazrul mengeluarkan cincin dari jarinya. “Nah,yang ni kot. Nampak sama je”. Dia menghulurkan cincin itu kepadaku. Aku memandang sekilas kepadanya. Terus aku mengambil cincin itu dan aku memasukkan cincin itu kedalam ukiran. Perfect. Dah pintu terbuka,apa lagi,masuk je lah.
Kami memerhati sekeliling. Yeay ada mesin dimensi! Aku terus mendapatkannya.
“Meylia apa ni? Rul tak faham lah”. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Let me explain. Firstly, cincin ni sape punya”. Aku menunjukkan cincin yang dibaginya tadi.
“Tadi kata nak explain,ni tanye soalan plak”. Dia merungut-rungut.
“Jawab je lah”. Aku mencebik.
“Rul punya lah. Cincin tu keturunan papa punya. papa cerita,masa umur 25 tahun,cincin ni kena bagi kepada anak teruna. Dulu papa pun pakai yang ni juga,sekarang Rul 25,so rul lah kena pakai”. Dia menyengih. Aku terangguk-angguk. Aku pun 25 tahun gak.
“Tengok ni”. Aku menunjukkan cincin di jaris manisku. “Sama kan?”. Dia mengangguk.
“Macam dibuat berpasangan”. Dia menambah sambil tersenyum macho.
“Memang pun. Kalau saya cerita ni,jangan cakap saya gila plak”. Riak wajahnya terkejut
Aku menyambung. “Sebenarnya,awak ialah putera Xlyara ,dan saya ialah bakal isteri awak, Puteri Meylia Eriana”. Aku menunggu reaksinya. Tiada reaksi..
“Raja Xlyara yang terakhir,iaitu moyang kepada moyang awak,yang ni saya tak pasti,tapi cousin saya cakap macam tu, bina tempat ni dan mesin dimensi. Itulah yang membawa saya ke sini. Ni kuncinya.” Aku menunjukkan loketku kepadanya.
“Dan dia ada tinggalkan surat kepada sesiapa yang menjumpai bilik rahsia itu,iatu saya dan menyuruh saya mencari putera di dimensi manusia putera,awak lah tu. Tu je kot. Camne boleh terima?”. Naik lelah aku menerangkan kepadanya.
Dia tiba-tiba ketawa. Sakit hatiku melihatnya. “kelakarlah..”. itulah komennya. Malas aku memberi respon. Terus aku menghidupkan mesin dimensi. Kunci aku masukkan kedalam pintu mesin dimensi. Cahaya yang keluar dari mesin itu membuatkannya ternganga.
“Jom”. Bajunya aku tarik supaya dia mengikutiku.
“Wait,this is not a joke?”. Dengan muka poyonya dia bertanya.
“kalau nak tahu. Jomlah ke Xlyara .”. hazrul masih teragak-agak.
“Jangan risau. Boleh balik sini semula punya”. Aku menyengih kepadanya.
“Kalau Rul tak boleh balik,Rul tampar Mey”. Dia memberi amara. Aku menjelirkan lidah,dan kami sama-sama masuk ke dalam cahaya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience