BAB 14

Fanfiction Completed 352

Inilah bilik rahsia Raja Xlyara terakhir. Aku telah membawa pihak istana,dan seluruh keluargaku ke sini. Dengan bukti yang kami ada. Pihak istana hanya bolehh menerima kebenarannya. Pengisytiharan Hazrul sebagai putera akan dilakukan serentak dengan pernikahan kami.
Dan aku terpaksa mengalah dengannya. Aku akan tinggal bersamanya di dunia manusia,dengan syarat kami akan sentiasa melawat Xlyara . Mama dan papa merestui keputusanku. Mereka amat memahami.
Hazrul sudah mengambil keputusan,agar biarlah Xlyara tidak diperintah olehnya asal seluruh rakyat Xlyara tahu bahawa mereka mempunya Raja,seperti yang diamanatkan Raja Xlyara terakhir. Dan syarat yang terpenting baginya adalah kewujudan mesin dimensi haruslah dirahsiakan kerana dia bimbang akan ada rakyat Xlyara kan menceroboh ke dimensi-dimensi lain.
Dan akhirnya aku dan Hazrul sudah berjanji untuk sentiasa bersama. Saling melengkapi kerana aku dan dia sudah ditakdirkan untuk bersama dalam fantasi cinta kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience