Aku menuruni anak tangga dengan laju takut andainya Anaqi dapat menangkapku. Anaqi memanggil ku berkali kali. Tidak aku endahkan. Pintu kecemasan aku hempas kuat.
" nak ke mana.. " bisik hati ku kalut. Aku toleh kiri dan kanan. Aku masuk ke tandas perempuan. Selamat.. Jantungku berdegup laju. Aku tercungap cungap. Suasana didalam diam yang dari tadi bising dengan pekerja yang baru pulang dari makan tengahari. Aku membuka pintu perlahan lahan. Aku menjengah memerhati takut takut ada pemuda itu disitu.
" ok clear... " aku berjalan menuju ke lif untuk turun ke stor tetapi tanganku ditarik seseorang.
" Anaqi... nanti orang nampak la" ujarku. Aku cuba melepaskan genggaman tanganku.
" ikut aku kalau kau tak nak malu" ugutnya
" kalau saya taknak" uji ku
" aku cium kau dekat sini" ugutnya lagi
" awak ingat saya nak kisah ke.. awak suami saya.. saya isteri awak.. apa masalahnya.. cuma awak kena fikir siapa yang akan terima akibat yang lebih teruk awak atau saya" aku mengingatkan. Matanya seakan mahu tersembul keluar apabila mendengar kata kata ku.
" kau ikut aku" marahnya
" saya tak nak... lepaskan boleh tak" soalku. Tanganku masih digenggam erat. Aku menggigit lengannya. Dia mengerang kesakitan lalu melepaskan tanganku. Aku berlari ke arah lif dan aku bernasib baik kerana ada beberapa orang pekerja disitu. Aku menarik nafas lega.
"Zarul mana" soal Babah.
" dia habis kerja lewat.. Su balik dulu" tipuku. Babah meletakkan pinggan yang berisi mee goreng yang baru dimasaknya lalu dihulurkan kepada ku. Babah lebih banyak berdiam dan tidak seperti sebelumnya.
" Babah.. babah ada masalah ke" soalku. Suapan babah terhenti. Diletakkan garfu ke pinggan.
" babah dan ibu nak bercerai" aku tersedak mee yang memenuhi mulutku. Air sejuk aku teguk laju.
" babah" panggilku. Aku terkejut dengan berita itu.
" babah tahu ibu ada bawa balik jantan lain dalam rumah ni.. babah dah tak tahu nak cakap apa lagi.. dan babah rasa ini jalan terakhir.. babah tak nak di cop sebagai lelaki dayus" ujar Babah. Nadanya sebak. Wajahnya tampak sedih. Babah meraup wajahnya kesat. Dilepaskan keluhan berat.
" ibu tahu" soalku
" ibu tahu.. malam ni babah akan ke kelantan hantar barang, balik dari kelantan kami akan teruskan dengan penceraian" ujar Babah tenang dalam sebak. Akhirnya rumahtangga yang dibina selama ini rebah menyembah bumi angkara nafsu.
" babah.. su nak babah tahu apa pun keputusan yang babah buat, apa pun yang terjadi, babah tetap babah Su, kesayangan su" ujarku.
" terima kasih su" airmatanya berderai pecah satu persatu. Aku mengenggam erar jari jemari babah. Hanya itu yang aku mampu.
Firman menunggu di taman. Aku menyarung selendangku lalu aku berjalan menuju ke taman dihadapan rumahku. Banyak perkara yang ingin aku bertanyakan namun aku harus pendamkan saja. Tiada beza antara aku dan dia. Dua dua mencurangi antara satu sama lain.
" Lamanya.. penat tau tunggu" selorohnya.
" Firman.. " panggilku. Dia menoleh. Wajahnya kehairanan. Jarang aku memanggilnya begitu dan ini adalah kali kedua aku memanggil namanya sebegitu. Kali pertama aku memanggilnya disaat aku menjemputnya pulang dari kampus. Didalam kerumunan manusia. Dan ini kali kedua dan kali terakhir aku akan memanggilnya.
" kenapa panggil macam tu" soalnya
" Su nak kita tamatkan hubungan kita disini." ujarku. Firman tersentak. Aku beriak tenang. Aku harus melepaskan.
" tapi kenapa" soalnya
" Man dah nak kawin kan" dia tercengang. Rahsianya yang selama ini disimpannya dariku bukan rahsia lagi.
" betul kan" soalku
" mana su dengar cerita ni.. siapa yang bagitahu" soalnya
" siapa bagitahu itu tak penting tapi betul kan" aku menekannya. Dia terdiam.
" ok lah.. kita dah tak de apa apa yang nak dibualkan Su balik dulu.. oh ya.. selamat pengantin baru" ucapku.
" Su.. biar Man jelaskan" rayunya
" tak perlu.. Su dah baca semua mesej Man dengan dia.. tak perlu jelaskan apa apa" ujarku
" Su baca mesej man... Su check fon Man" marahnya
" ha ah.. kenapa tak boleh" soalku.
" itu barang peribadi Man" marahnya.
" jadi.." aku menyoalnya semula
" kalau kata Su tak baca mesej Man.. Su takkan tahu yang selama ni Man tipu Su.. Su tak kan tahu yang Man dah bertunang dan nak kawin dah pun... kalau kata Su tak baca.. sampai sekarang Man masih tipu Su.. habis Su.. Su macam mana.. jadi lembu cucuk hidung ke apa" Ujarku. Airmata ku yang dari tadi berdiri dibenteng mata mula mengalir membasahi pipi. Firman terdiam
" ada apa apa lagi yang Man nak cakapkan.. kalau tak ada Su nak balik.. " ujarku. Firman masih membisu.
" Su harap lepas ni tolong jangan cari Su.. jangan ganggu Su.. antara kita tamat disini" ujarki dan beredar meninggalkan Firman yang termangu.
Ak berkurung dibilik. Telefonku aku matikan. Aku mahu sendirian tanpa gangguan. Anaqi? Tiada tanda dia mencari aku. Sejak dari petang tadi hingga bulan menampakkan cahayanya jelas di langit, tiada sepatah bicara aku terima dari dia. Aku benci rasa ini.. kenapa teralu sakit untuk aku telan. Rasa yang menikam jiwa ku terlalu perit untukku terima. Aku memeluk tubuh dikatil. Airmata ku masih lagi mengalir. Pintu bilikku diketuk.
"Siapa" Soalku
" Su.. babah pergi kerja dulu ya" ujar Babah dari luar pintu. Aku bangun lalu membuka pintu dan aku peluk babah erat.
" Babah.. " tangisku mulai membasahi bahunya
" kenapa ni.. siapa buat princess babah sedih huh.. " ujar Babah lembut. Garis tua yang mula kelihatan pada wajah itu membuatkan aku tidak tergamak menambah beban buatnya.
" babah bawa lori elok elok ya" ujarku. Tangan babah aku sambut dan aku salam. Tangan yang membanting tulang empat keratnya membesarkan aku tanpa meminta sebarang balasan. Sebak rasanya apabila satu hari nanti aku dan dia akan berjauhan. Babah memberitahuku bahawa selesai saja penceraian mereka babah akan pulang ke Sabah memandangkan babah berasal dari sana. Dia mahu menghabiskan sisa hidupnya pada tanah sekangkang kera peninggalan arwah nenek. Aku.. tetaplah disini seperti diminta babah. Akur dan patuh suami.
" InsyaAllah.. babah pergi dulu ya. " dipelukku erat. Dicium ubun ubun ku. Terasa hangat. Aku memerhati motor yang dibonceng babah keluar dari kawasan perumahan kami. Dadaku sebak. Aku melangkah masuk semula ke dalam rumah. Ibu bertingkah seperti tiada apa yang terjadi.
" Ibu.. ibu takde rasa bersalah ke dengan babah" soalku
" rasa bersalah.. tak.. nak rasa bersalah buat apa.. apa yang aku dah buat" balas ibu tenang. Cawan yang berisi air ditangannya dihirup perlahan. Aku memerhati ibu geram. Apa yang difikirkan wanita yang melahirkan ku itu sehingga tiada kesal dihatinya
" ibu tak kisah jadi janda" soalku
" apa masalahnya dengan janda.. janji aku dapat duit ok la.. hidup ni perlukan duit.. nak kencing pun serasa seribu seringgit tau" balas ibu. Aku terdiam. Ya, kehidupan kami tidak mewah namun lebih baik berbanding dulu. Cuma ibu dan kakakku menjadi kejutan budaya apabila kami mula berpindah ke kota. Semuanya mahu seperti orang lain. Selera mereka besar. Babah tidak pernah menghalang malah babah memanjakan mereka tapi akhirnya Babah tersakiti. Aku masuk ke bilikku. Aku padam semua lampu dan ku tarik selimut dan aku selubungkan diriku didalamnya. Aku mahu bergelap agar hatiku terang mencari sinar didalamnya. Aku dibuai perasaan sehingga aku ketiduran.
Share this novel