Aku pulang ke rumah seperti biasa. Rumah gelap dan sunyi. Ibu keluar bekerja dan Babah menghantar barang ke Penang. Sunyi. Aku mandi dan merehatkan diriku yang letih.Telefon ku berdetak.
ANA..MAN TUNGGU DEKAT TAMAN
Aku teruja kerana kekasih hatiku sudah pulang. Aku bersiap untuk bertemunya di taman. Seluar track dan t shirt lengan panjang serta selendang aku selempang ke bahu. Dia menantikan di bangku dibawah tiang lampu. Pancaran cahaya lampu neon membuatkan dia tampak kacak di balik samar bayang. Aku berjalan ke arahnya yang sedang berbual ditalian. Aku melambai tangan agar kehadiran aku disedari. Aku diam sementara dia habiskan perbualan. Telefonku berdetak
KAU KAT MANA
Mesej dari Zarul aku baca.Aku tidak membalas.
AKU TANYA KAU KAT MANA TAK RETI BACA KE
Belum sempat aku membalas mesejnya dia membuat panggilan.
"saya dekat rumah..kenapa" jawab ku segera
"kau kat rumah ke kat luar dengan jantan" aku tersentak..mataku melilau ke sekeliling kawasan takut takut dia sedang memerhati.
"dekat taman dekat rumah dengan kawan" balas ku.Aku berterus terang agar tidak berlaku pertelingkahan
"ingat kau tu isteri orang.." nadanya tiba tiba lembut
"memang isteri tapi lebih kepada boneka puas nafsu", balasku. Aku mengulang kembali kata katanya
"kau biadap dengan aku ye.." marahnya
"saya hanya ulang semula apa yang awak cakapkan dan saya tak nak saya lupa siapa saya bagi awak"balasku. Aku mendengar rengusan amarahnya ditalian. Aku tersenyum puas.
"kau share location sekarang..aku ambik kau" suruhnya
"ah tak nak lah..nak buat apa ambil saya..kan saya dah kata saya nak tidur rumah Babah" ujar ku..
"aku kata hantar hantar la.. jangan banyak cakap" talian dimatikan. Permintaannya tidak aku endahkan.
"bila Man balik.."soal ku apabila melihat dia sudah bersedia untuk berbual
"kelmarin...Man sibuk sikit tu yang tak call Su" jelasnya. Aku tersenyum. Telefon ku berdetak.Mesej dari Zarul yang mahukan location rumahku. Aku membiarkan sahaja mesej itu. masuk bertalu talu.
"kenapa tak balas mesej tu..penting agaknya" balas Firman.
"boss dia nak datang rumah..malas la nak layan..dah malam kot nak buat kerja apa memalam buta ni"alasan ku
"balsa je lah..man tahu ada emergency ke" ujarnya. Aku hanya menurut. Lokasi rumah ku kau hantar kepadanya. Aku dan Firman bersembang mesra. Firman bercerita tentang kisahnya di kolej. Dari cara dia bercerita aku dapat rasakan yang dia telah banyak berubah. Dia lebih matang dari sebelumnya. Aku...aku juga berubah..aku bukan lagi kekasihnya yang seperti dijanjikan dahulu tetapi aku sudah bergelar isteri kepada insan lain. Rasa bersalah mula menular di sanubariku.
"Su..Su dengar tak" tegur Firman lembut.
"hah dengar..maaf..Su terfikir tentang kerja" alasan ku. Firman tersenyum kembali.
"Airis.." aku menoleh mencari suara yang amat kau kenali. Lelaki itu menghampiri ku.
"Zarul.."bisik ku perlahan.
"siapa tu" Zarul membuang puntung rokok dibibirnya. Lagaknya yang menghampiri ku seperti Ahlong mahu kutip hutang.
"bos Su.." aku gugup.
"aku call kau tak jawab" ujarnya
"maaf Encik Zarul saya tak dengar..fon saya silent mode" tipu ku.
"bos ada apa datang sini" aku berharap agar dia mengerti bahasaku. Aku tidak mahu dia memberitahu perkara yang sebenar kerana aku belum bersedia dan aku takut akan penerimaan Firman.
"boyfriend kau" soalnya
"saya Firman...teman lelaki Suhana" Firman menghulurkan tangan untuk berjabat namun tidak diendahkan Zarul.
"aku ada perkara nak bincang dengan kau.." jelasnya.
"tapi bro sekarang dah habis waktu kerja..esok esok tak boleh ke" Firman yang kurang senang dengan kelakuan Zarul mula berangin.
"aku boss dia..aku boleh putuskan bila bila dia nak kerja" ujar Zarul bangga. Aku sudah tidak selesa dengan situasi itu. Mereka kelihatan tegang.
"Man..man balik dulu ya..Esok Su call Man ok..Su settle dengan bos Su dulu" alasan ku yang agak valid untuk digunakan.Firman mengangguk dan beredar meninggalkan kami sendirian. Zarul duduk di bangku. Aku berdiri memeluk tubuh. Kami diam.
"dah lama kau couple dengan dia." soalnya. Aku yang dari tadi mendongak langit mengalihkan pandanganku kearahnya.
"dah 7 tahun...kenapa?" soal ku. Zarul mendongak menatap wajahku. Raut wajahnya sugul tidak seperti selalu. Aku mula tertanya tanya.
"kau memang sayang dia" soalnya. Aku mengangguk.
"kau nak bercerai" aku tersentak. Aku tidak menyangka kata kata itu keluar dari mulutnya. Baru empat hari bernikah dia sudah berbicara tentang cerai.
"awak kenapa.. ada masalah ke" aku duduk di sebelahnya. Di dengan tiba tiba menekap mukanya di dadaku. Terasa hangat dek kerana airmatanya yang mengalir.
"awak kenapa ni...ada masalah ke.." bahunya aku tepuk lembut. Dia masih dalam tangisan.
"awak ada apa apa nak kongsi dengan saya" soal ku. Aku hairan dengan sikapnya malam ini.
"aku bersalah dengan kau.." aku tergamam.
"apa maksud awak.." aku memberanikan diri menyoal.
"saya layan awak dengan kasar tapi awak tetap lembut dengan saya..tapi akhirnya orang yang saya sayang tipu saya..curang dengan saya" Siapa...takkan aku kott...dia kata dia takde hati dekat aku tapi..ishh tak mungkin..fikiran ku mula membuat rumusan
"siapa.." soal ku lembut.
"Tasya...dia curang dengan saya" aku terdiam.
"saya call dia..dia kata dia letih tak nak keluar tapi depan mata saya dia dengan jantan lain berpelukan.." ceritanya. Tangisannya semakin reda. Dia bersandar di bangku. Aku menoleh.
"Awak dah siasat siapa lelaki tu..mungkin siblings dia or cousin dia" ujarku
"tak kira siapa dia tapi perlu ke dia menipu..selalunya mesti hubungan istimewa yang dia nak sorokkan sebab tu dia tipu" jelasnya. Aku kematian kata. Kami diam. Aku biarkan dia bermain dengan perasaannya. Perut ku berbunyi.
"kau tak makan lagi?" soalnya lembut.
"belum..saya tak masak..saya sorang..malas la nak masak." seloroh ku.
"jom aku teman kau makan" ajaknya. Aku hanya mengikut. Aku pulang ke rumah dan mengambil dompet ku lalu aku capai helmet ku.Helmet ditangan ku dicapainya lalu disarungkan ke kepalaku.Tingkahnya berbeza. Siang tadinya begitu jijik dia padaku tapi malam ini seperti kucing manja yang mahu dibelai. Ducati itu meluncur laju. Kami berhenti warung yang dipenuhi dengan mat mat motor. Zarul bertemu gengnya. Disapanya pemuda pemuda itu. Ditarik kerusi dibelakangnya lalu diletakkan disebelahnya untuk aku duduk. Aku melabuhkan punggungku. Selesai membuat pesanan aku dia hanya mendengar celoteh mereka.
"Rul...siapa..tak pernah kau bawa awek sebelum ni tiba hari ni kau bawa" soal kawannya.
"kawan aku.." balasnya pendek
"kawan je...lain macam bunyi..spesial la tu" usik mereka dan tawa mereka berderai. Zarul menarik kerusiku agar rapat dengannya.Tangannya diletakkan dipinggangku. Ditepuk tepuk pinggang ku. Aku hanya membiarkan saja. Makanan kami tiba. Aku meniup bihun sup yang ku pesan tapi bergelut dengan selendang ku yang terbang ditiup angin. Dia mengikat selendang ku di belakang. Aku kaget. Perilakunya sedikit mencuri hatiku. Seakan diberi perhatian. Aku makan dengan tenang.
"nak rasa.."nasi goreng yang dipesannya disua ke mulutku. Aku menjamah nasi goreng yang disuapnya.
"sedap...tak makan sayur ke" soal ku
"tak.." aku mengutip semua sayur yang sudah dia kelaskan ketepi
"rugi tak makan sayur...sedappp" ujarku. Dia hanya membiarkan sahaja. Entah kenapa aku seakan selesa dengannya. Mungkin kerana layanannya atau kerana hati aku sudah terbuka untuknya
Share this novel