8

Romance Series 4882

Aku bangun dari tidurku. Anaqi masih mendakap ku erat. Aku melepaskan dakapannya. Aku mandi dan bersiap untuk kerja.
"morning sayang..dah bangun"sapanya
"ha ah..cepat siap nanti orang datang" tangannya aku tarik dan mendorongnya masuk ke bilik air. Kedengaran bunyi air pancuran membasahi lantai. Aku memeriksa luka ku.
"mari aku salin kain kasa tu" Dia menarikku dan aku duduk diatas katil. Dia mencuci luka ku cermat. Aku diam.
"ok siap" aku bangun
"terima kasih" ujarku..dia merangkul pinggang ku kemas. Kami saling bertatapan. Bibirku di disambarnya. Aku membalas kucupan itu. Aku seakan ketagih ciumannya. Tangannya mula merayap.
"saya dah lambat..." ujarnya.
"haisshhhh" rungutnya..lalu rangkulannya dilepaskan. Aku keluar dengan berhati hati agar tidak bertembung dengan sesiapa. Aku kalut menekan lif untuk turun ke kawasanku.

"Su hari ni dekat studio ya" ujar penyeliaku. Aku sedikit kecewa kerana aku berharap agar aku ditempatkan dibahagian kreatif..aku seakan merindukan Anaqi..Aku sudah mabuk dengan bayanganku sendiri. Aku menolak troli ku ke studio. Daniel sedang membersihkan peralatannya. Aku menghampirinya.
"Hei.." panggil ku.
"eh Su..hai...wait kenapa dahi" soal nya
" owh..semalam tersadung meja dekat rumah" tipu ku. Daniel mengangguk.
"ada fotoshoot ke " aku cuba untuk tidak canggung.
"ha ah..fashion.. confectionery.." jelasnya. Kali ini aku pula yang mengangguk.
"Su.." panggilnya. Dia mengambil gambarku secara curi.
" heiii...apa ambil gambar Su pula" seloroh ku. Dia memberi ku melihat monitor..dua keping gambar ku diambilnya. Aku tampak lain disitu
" Su ada rupa fotogenik...nak tak jadi model Daniel..untuk medic" ujarnya
"ishh tak nak lah..Su bukan pandai sangat dalam pose pose ni " tolak ku.
"itu Daniel boleh ajarkan" ujarnya. Aku hanya tersenyum. Dia menghulurkan telefonnya kepadaku.
"bagi nombor Su...nanti Daniel call kalau Daniel ada projek" jelasnya. Tanganku laju menaip nombor ku. Kami semakin serasi apatah lagi berbicara tentang seni.

Zarul Anaqi termenung jauh. Meja di mana tempat duduknya Airis di sentuhnya. Terukir senyuman dibibirnya. Dia seakan rindu keletah gadis itu. Terbayang diwajahnya senyuman yang terukir dibibir merah gadis itu. Setiap penjuru pejabatnya seakan terbayang gadis itu. Hilai tawa gadis itu terngiang ngiang di telinganya
"Suhana Airis..arrghhhh kau buat aku gila" tawanya sendiri. Dia bangun dari kerusinya..dia mahu beredar tapi matanya tertangkap sekeping nota dilekatkan di bucu mejanya

TERIMA KASIH ATAS KENANGAN INDAH..TERIMA KASIH SEBAB ANAQI WUJUDKAN SATU RASA YANG SEBENARNYA AIRIS TIDAK BERSEORANGAN..TERIMA KASIH SEBAB SUDI PINJAMKAN BAHU UNTUK AIRIS BERSANDAR. JANGAN LUPA SENYUM..ANAQI NAMPAK HENSEM BILA SENYUM

AirisAnaqi

Dia tersenyum sendiri. Kertas nota itu dilekatkan di dahinya. Dia terbuai seorang diri. Disimpan nota itu didalam poket seluarnya. Dia masuk ke bilik rahsia lalu berdiri dihadapan cermin. Dia melatih untuk mengukir senyuman yang paling manis.
"Airis..." dia tersenyum sendiri. Bantal yang digunakan gadis itu dicium berkali kali.

"babe.." panggil Natasya. Anaqi menoleh. Entah kenapa perasaannya pada gadis itu tidak semesra dulu..terasa hambar walaupun dia cuba untuk mewujudkan semula kehangatan didalam hubungan mereka..namun gagal. Natasya memeluknya lalu mereka berkucupan. Bibir itu seakan janggal baginya. Dia mula tidak mengerti akan dirinya sendiri. Selalunya setiap inci tubuh gadis itu mahu diselongkarnya tapi kali ini dia ibarat sebatang pokok yang beranting rimbun.
Zarul Anaqi...mula berperang dengan perasaan sendiri.
"jom..I belum breakfast lagi" ajak Natasya. Zarul mengikut gadis itu. Mereka bersama pekerja lain berdiri dihadapan lif.
"cantik...tengok dia simple je..tapi dapat dekat Daniel cantik sangat dia" bicara pekerja wanita sesama mereka.
"tu lah..untung dapat boyfriend fotografer" seloroh mereka
"kita pergi studio dulu sebab hari ni ada shoot fashion" ujar Natasya. Zarul diam. Didalam lif dia cuba mengintai telefon gadis gadis itu. Foto seorang model tapi seakan selalu dilihat wajah itu
"Airis" bisiknya.
"Eh cik Zarul..nak tengok..cantikkan..ni Suhana staff cleaner kita" Zarul mengambil telefon itu dan menatap wajah isterinya yang sudah ditatarias. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya.Terasa panas dengan tiba tiba .
"cantik..tapi dia model untuk apa..ada model tak datang ke" tanya Natasya
"wedding dress...model tak sihat last minute so kami decide nak guna Suhana untuk gantikan model..ini pun cadangan Daniel" Ujar pekerja itu.
Zarul sudah tidak tahan lagi. Hatinya membara.
"Daniel tu boyfriend si Suhana..off course dia ambik awek dia cik Tasya " seloroh gadis itu lagi. Zarul makin tidak keruan.Lif terasa lambat mahu sampai ke tingkat 4.
"oh ya Ka..tak tahu pula saya" ujar Natasya. Pintu lif terbuka. Zarul meluru keluar. Dia sudah tidak dapat menahan marahnya apabila isterinya tidak meminta izinnya terlebih dahulu untuk membuat fotografi itu. Dia menghampiri Daniel. Kelibat yang dicari tidak ada
"babe..kenapa you cemas ni" soal Natasya.
"nothing... I just tak suka tiba tiba tukar model.." alasannya. Tapi hatinya tidak keruan. Airis tidak kelihatan.
"Daniel..model kenapa" soal Natasya..
"last minute cancel shoot..tak sihat katanya..so aku tukar dengan orang lain.
staff kita.." Airis muncul dengan baju pengantin yang lengkap dengan bunga tangan. Baju rona hijau lembut itu tampak cantik di tubuhnya. Zarul Anaqi terpana dengan kecantikan isterinya ditambah pula senyuman itu yang didambanya setiap hari. Matanya tidak berkedip.
"kau memang cantik Airis." pujinya dalam hati. Selesai Suhana bergambar entah kenapa Zarul tidak dapat mengawal tingkahnya..Dia menghampiri isterinya yang masih berdiri di foto spot..dia merangkul pinggang isterinya.
"ok cantik..stay" ujar Daniel lalu mengambil gambar mereka. Zarul tidak jemu memandang isterinya. Suhana mula cuak melihat raut wajah Natasya yang sedikit kelat.

"Awak.." panggilku. Anaqi masih lagi menatapku. Aku melepaskan tangannya lalu menghampiri Daniel untuk memeriksa foto ku.
"saya ke tu" aku juga teruja dengan hasilnya. Anaqi cuba mencelah diantara aku dan Daniel. Aku menginjak sedikit memberinya ruang.
"I love this foto.." gambar aku dan Anaqi bertatapan dan tertawa itu dipuji Natasya.
"aku pun..nanti dah siap edit bagi aku..aku nak tengok." dalam mulutnya berbicara tangannya sempat memegang tanganku.
"tapi saya suka gambar ni" gambar kami bercium bibir tapi ditutup dengan bunga itu menarik minatku kerana kami benar benar bercium cuma di tutup bunga.
"ermmm cantik juga..looks macam korang kiss betul betul" Ujar Natasya. Aku menelan air liur kelat. Anaqi menoleh kearah ku lalu mengejutkan matanya Aku diam. Malu.
"sayang let's go " ajak Natasya. Anaqi yang membongkok bersama ku bangun dan masih sempat dia mencium pipiku. Aku kaku. Pipiku terasa hangat. Dia kerap bermain dengan perasaanku sebegitu.. aku sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya.
"Daniel jangan lupa foto tu bagi aku dulu..aku nak check" tempiknya.
"Ok.." ujar Daniel.

Setelah aku menyalin pakaian, Aisyah menyapaku
"cantik kau tadi..aku ingat Barbie doll mana tadi.." pujinya
"ishh mana ada.." aku malu..itu kali pertama aku fotoshoot sebegitu. Tebal solekannya seakan doh roti canai melekat dimuka.
"aku rasa Daniel tu suka dekat kau la..dia dari tadi tak berhenti pandang kau..lepastu banyak pula gambar candid dia ambik..cantik cantik pula tu kau dalam tu" cerita Aisyah
"Ish mana ada..dia ada awek la..awek dia chinese" ceritaku..itu yang diberitahu Daniel kepadaku. Aisyah terdiam. Aku terbayang reaksi Anaqi tadi..aku cuba membaca perasaannyay ini namun aku gagal.
"Su ni Daniel bagi dekat Su.. cantiknya Su..macam model betul puji penyeliaku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience