Dia membawa ku ke bukit pemandangan indah. Dari bukit itu kelihatan seluruh kota yang cantik disinari cahaya lampu berwarna warni. Terasa tenang. Aku duduk sambil menjuntai kan kaki ku kebawah. Dia berdiri di motornya.
"elok elok ...nanti jatuh..aku tak bertanggungjawab " selorohnya. Aku tergelak kecil.
"awak selalu ke datang sini" aku memulakan bicara
"selalu dengan geng tadi..dengan Tasya" aku mengangguk.
"kau...pernah datang.." soalnya. Aku menggeleng
" ini kali pertama aku datang" Pandanganku aku lepaskan ke udara. Dia duduk di sebelahku.
"aku minta maaf sebab aku berkasar dengan kau" ujarnya...Aku diam.
"aku tak dapat hadap semua ni sebab terlalu cepat bagi aku..aku tak kenal kau..kita kawin tiba tiba...aku ada Tasya..kau ada...entah siapa nama dia tadi..tapi kita suami isteri yang sah" aku faham perasaannya kerana aku juga begitu.
" jadi awak nak ceraikan saya" dia menoleh ke arahku. Terkejut dengan kata kata ku.
"aku tak bermaksud begitu..aku cuma tak nak ada rasa bersalah dan tak nak menyeksa kau" benarkah kata kata itu lahir dari hatinya. Tuluskah kata kata itu. Aku seakan dibuai kata kata manisnya.
"kalau kau bagi aku ruang dan peluang untuk aku kenal kau..aku akan cuba untuk buka hati aku untuk kau..sayangkan kau.." aku diam. Bagaimana harus aku menjawab kerana hati aku sudah dipenuhi cinta Firman
"awakkan ada Tasya " uji ku
"dia sendiri yang mengajar aku yang curang itu tidak mengenal erti setia dan jujur...keikhlasan yang kau beri dibalas dengan tipu dalam sekelip mata" ujarnya. Aku diam. Jariku dimainnya lembut.
" kita start dari perkenalan dulu..aku takkan paksa kau buat apa yang kau tak suka dan kau jangan buat apa yang aku tak suka.." ujarnya
"habis awak boleh buat la apa yang saya tak suka" balasku
"tak maksud aku...apa yang aku tak suka kau jangan buat..macam tu juga aku..takkan buat apa yang kau tak suka..kau dan aku tak boleh paksa each other .nak buat apa apa mesti ada keserasian.. tak paksa..aku takkan halang kau bebas dan kau pun jangan halang aku untuk bebas.." jelasnya. Aku mengangguk faham
"kita berkawan dulu...cari keserasian..tapi hubungan kita rahsia..boleh..sebab saya tak nak nanti separuh jalan andai kata takde jodoh kita..." belum sempat aku habiskan kata dia memeluk ku erat.
"terima kasih..." ujarnya. Dakapannya terasa hangat dan selesa.
"hanya aku yang boleh panggil kau Airis..orang lain tak boleh " pelukkannya dilepaskan
"kenapa pula tadi kata tak nak paksa" rungutku
"sebab kau istimewa bagi aku..aku tak nak orang lain panggil kau nama tu..nama tu khas untuk aku" entah kenapa aku terasa seolah hati ku berbunga bunga..manissssss sangat..
"kau panggil aku Anaqi..takde siapa panggil aku Anaqi selain kau..boleh.." aku mengangguk dan tersenyum.Terasa seakan kau tidak berpijak dibumi yang nyata.
Dia menghantarku pulang.Helmetku ditanggalnya. Dia yang mengucup dahi ku secara mengejut membuatkan hatiku tidak keruan.
"esok aku datang ambil kau.." ujarnya
"ok.." aku membalas dengan senyuman. Tanganku dipegangnya erat seakan tidak mahu melepaskan. Aku membiarkan saja memandangkan dia halal untuk menyentuh ku. Sedang kami berbual di hadapan pagar..kereta yang dipandu ibu tiba. Disebelahnya ada seorang lelaki yang tidak aku kenali. Aku hanya melirik kepada ibu yang membawa masuk lelaki itu. Anaqi memandang mereka dengan pandangan yang tidak selesa.
"itu..." belum sempat dihabiskan kata katanya aku memintanya pulang.
"awak balik dulu nanti saya ceritakan ya.." kalut ku.
" Hei...hei...kenapa kalut ni" soalnya
"takda apa..esok kita jumpa ya" aku berpaling tapi tanganku di tarik nya lalu dan aku berada didalam dakapannya.
"ada apa apa call aku ok" ujarnya. Aku mengangguk. Kedudukan kami membuatkan dada ku berombak..jantungku berdegup laju. Aku melepaskan pelukannya dan masuk ke dalam rumah. Ibu tiada diruang tamu hanya lelaki itu. Aku terus masuk ke bilik. Pintu bilikku aku kunci dari dalam. Aku duduk memeluk tubuh diatas katil. Telefon ku berdering
"hello..kau ok ke" Anaqi ditalian
"saya ok.." aku gugup.. Aku tidak selesa sekarang apatah lagi lelaki itu memandang ku dengan nafsu buas
"kau nak aku ambil kau bawa keluar ke "soalnya
"takpe saya ok" pintu bilik ku diketuk..telefon ku aku letakkan di katil.aku membuka pintu.
"ada apa ibu" soal ku. Badan ku di dorong ibu hingga aku terjelepok ke lantai.
"sakit ibu....ada apa ni ibu" aku mula menggigil ketakutan. Aku tahu Anaqi masih ditalian. Lelaki tadi masuk ke bilikku dengan hanya berkain tuala. Aku naik ke katil dan mencapai telefon ku.
"awak tolong saya" rasa rintih ku..
"hello..kau kenapa ni" soalnya
"ibu nak kau puas dia..ibu dah tak larat..nanti hasil ibu bagi kau sikit" ujar ibu. seluruh tubuh ku menggigil
"ibu Su anak ibu...kenapa ibu buat Su macam ni..Su isteri orang ibu " jelas ku. setiap butir bicara kami didengarnya.
"laki kau pun tak nak kau.." ibu membiarkan lelaki itu mendekati ku.
"ibu....Anaqi tolonggggg" tempik ku. Aku memeluk tubuhku kemas. Tiba aku mendengar jeritan dari lelaki itu. Anaqi seakan naik hantu
"Airis...awak ok..." dia memeriksaku. Dipeluk ku erat.
"ni siapa" soal lelaki itu
"aku suami dia..kau...baik kau berambus sebelum
aku bunuh kau" tengking Anaqi. Aku ditarik agar berdiri dibelakangnya. Aku benar benar lega dan terasa seakan selamat bersamanya. Ibu juga beredar tanpa sepatah kata.
"jom balik rumah aku..kau tak selamat dekat sini" ujarnya. Dia mengambil baju ku lalu dimasukkan ke dalam beg sandang ku. Tanganku ditarik. Aku hanya mengikut dari belakang. Motornya dipandu laju. Aku masih menangis. Aku tidak menyangka ibu sekejam itu. Kami tiba dirumahnya.Semua orang sudah tidur.
"kau mandi dulu..aku keluar kejap" ujarnya
"awak nak ke mana" soal ku.
"urusan yang belum selesai" dia seakan marah lalu keluar dari bilik. Risau bertandang. Urusan yang belum selesai..apa maksudnya.Aku mandi dan menunggunya hingga aku tidak sedar bahawa aku sudah terlena.
Jam berbunyi menandakan waktu subuh sudah masuk. Aku meraba mencari telefonku tetapi aku merasakan tubuh seseorang tanpa baju. Aku membuka mataku .Anaqi...aku lena didalam dakapannya. Wajahnya aku tatap. Aku seakan terpukau dek wajah itu. Keningnya aku lirik perlahan..matanya dan hidungnya aku lirik lembut. Jantungku berdegup laju
"dia lah yang menyelamatkan aku dari diratah buaya darat" bibirnya ku oles lembut dengan jari. Badan ku ditarik kebelakang dan Anaqi yang terjaga berada diatas ku.Aku kaku.
"aku tahu aku hensem tak payah tenung aku macam tu..kau dah goda nafsu aku" ujarnya. Aku mula menggigil..kata katanya didalam bilik janitor terngiang ngiang di telingaku.
"maaf..saya tak sengaja.." aku cuba bangun tapi dihalangnya.
"saya nak mandi nak solat subuh" ujarku tapi matanya tetap menatap ku.Aku mengambil bantal dan menerkup muka ku.Dia tertawa. Dia bangun dan berbaring disebelah ku. Aku bangun dengan segera lalu mandi dan solat. Aku menyarung kain batik dan t shirt lalu selendang ku aku selempangkan kebelakang. Dia yang selesai bersolat memandangku
"kau nak ke mana" soalnya
"nak masak sarapan"ujarku. Dia membontotiku. Aku yang sedang berperang di dapur ditatapnya yang berada di meja makan.
"awak nak air tak saya buatkan" kau cuba mengalih pandangannya
"boleh juga..nak nescafe" pintanya. aku membancuh air yang dimintanya. Lalu aku hulurkan kepadanya.
"kau macam ni pun cantik "pujinya.Tanganku yang dipegangnya aku tarik. Aku tidak selesa dengan pandangannya serta pujiannya.
"puji isteri sendiri pun tak boleh ke" selorohnya. aku tidak mengendah kata katanya. Aku kembali memasak mee goreng yang didalam kuali. Siap memasak aku hidangkan diatas meja.Mertua ku keduanya sudah bangun
"la susah susahkan Su je masak..Mama pun baru ingat nak masak mee goreng. Aku menarik kerusi dan duduk di sebelahnya. Mee goreng itu aku cedok ke dalam pinggan dan sayurnya aku kelaskan sebelum aku berikan kepada Anaqi. Dia mengangkat ibu jarinya kepada ku. Aku hanya tersenyum. Mertua ku hanya melihat keletahnya
"kan bagus ada isteri..ada orang layankan.." usik ibu mertuaku. aku diam.
Kami ke tempat kerja bersama.Hari ini dia memandu keretanya. Sesekali dia menoleh ke arah ku yang aku sendiri tidak tahu kenapa.
"ada apa apa ke dekat muka saya" soal ku.
"tak...awak cantik hari ni..cantik sangat" ujarnya. Aku berpaling ke tingkap. Aku tahan hatiku dari terus terbuai.
"balik tunggu dekat sini tau" suruhnya.
"baik encik Anaqi "candaku. Dia tidak semena mena merapatkan wajahnya ke wajahku. Aku palingkan pandangan ku ke arah lain. Pipiku di kucup lembut. Aku tersentak.
"kau kena biasa dengan benda benda macam ni.." ujarnya. Aku yang gugup menelan air liur kasar.
"sebab kau terlalu menggoda" bisiknya. Aku memeriksa baju ku...Blouse lengan panjang dan seluar slack serta tudung bawal aku rasakan biasa biasa saja dan tiada apa yang seksi.
"tengok apa..aku kata kau tu..bukan pakaian kau.." ujarnya. Pintu kereta dibukanya dia keluar. Aku yang tersedar dari lamunan terkecoh kocoh keluar. Aku berjalan dihadapannya
"hai Suhana" Daniel yang datang dari parkir motornya menyapa ku. Aku memandang Anaqi yang berada dibelakangku.
"korang datang sekali ke" soalnya
"ha ah Cik Anaqi eh Zarul tumpangkan saya separuh jalan tadi, saya datang naik bas tadi.." bohong ku. Anaqi berjalan laju seakan tidak selesa dengan situasi itu. Pintu lif terbuka. Aku masuk dahulu kemudian Daniel. Anaqi berdiri dihadapan ku. Aku berbual dengan Daniel. Sesekali aku tertawa. Dari refleksi cermin lif aku tahu dia sedang memerhati ku. Kenapa dia harus cemburu jika bagi kami perkahwinan kami hanya sebuah persahabatan halal. Lif terbuka lagi dan kali ini ramai karyawan yang mahu ke pejabat. Sesak. Aku dan Daniel bertetapan. Daniel benar benar dihadapanku. Anaqi seakan marah.Dia yang berdiri dibelakang Daniel menatap ku tajam. Aku sudah tiba di bahagian ku. Aku keluar dari lif dengan penuh debaran akibat situasi tadi. Telefon ku berdetak
AMBOI..DEPAN DEPAN AKU KAU MESRA DENGAN LELAKI LAIN
Aku tertawa kecil. Adakah dia cemburu. Tapi kenapa perlu cemburu. Aku tidak mengendahkan mesejnya.Aku terus ke bilik persalinan. Aku memerhati carta tugasan. Aku ditugaskan di lobi. Aku mengambil barang ku dan aku tolak troli ke lif pekerja.
"Su..hari ni Su dekat Pejabat kreatif ya.." kata penyelia ku.
"tapi bukan Su lobi ke hari ni" soal ku.
"ya tapi pejabat kreatif nak orang yang berpengalaman..staff baru tu akak tukar ke lobi." aku berat hati untuk bersetuju salah satu sebab adalah Anaqi
"tapi cik Tasya nak orang yang pandai bersolek..Su tak suka solek menyolek ni." alasan ku. Itu syarat yang diletakkan oleh Natasya untuk pekerja pembersihan yang akan ditempatkan di pejabat kreatif. Aku tidak tahu kenapa.
"tapi akak..." wanita itu meninggalkan ku terkulat kulat. Aku masuk semula ke bilik persalinan dan ku oles sedikit lipstik dan bedak agar tidak pucat. Hatiku berdebar debar untuk ke pejabat kreatif. Pintu lif terbuka. Dihadapan lif pintu pejabat kreatif. Aku gugup. Belum sempat aku menolak pintu itu..pintu kaca itu ditolak dari dalam. Anaqi dan Tasya sedang berbual dan bergandingan bersama. Apa yang dibualkan mereka tidak aku ketahui. Tapak tangannya digenggamnya sekali lalu. Aku kaget.
Share this novel