13

Romance Series 4882

Aku mendapat cuti sakit selama seminggu. aku mengikut babah pulang ke Sabah. Aku mahu melupakan semuanya buat seketika. Aku mahukan ketenangan. Aku perlukan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan. Aku mahu mencari diri aku dibalik insan bernama ZARUL ANAQI.
"su ada call Zarul?" soal Babah. Aku hanya menggelengkan kepala.
" jangan macam ni.. Su isteri dia.. kena call dia tanya khabar dia" tegur babah.
" kejap lagi Su call dia" jawabku. Aku memandang bukit bukau yang menghijau. Dirasakan satu ketenangan.

" apa nak jadi dengan kamu ni Zarul, isteri hilang macam tak kisah je.. papa tak tahu lah nak cakap apa lagi dengan kamu ni" marah Suhaimi. Ditenung anaknya geram. Zarul tidak mengendahkan leteran ayahnya. Matanya tetap ada skrin tv. Drama melayu itu ditontonnya tenang.
" Aku dengar ayah dan mak mertua kau bercerai baru ni" Ujar Fazrul yang turut berada diruang tamu. Zarul tidak memberi sebarang reaksi
" iya ke.. kesian Su.. kau Zarul tahu tak mertua kau bercerai" nada Suhaimi tinggi seoktaf.
" tak" dia menjawab tenang.
" Astaghfirullah.. suami apa kamu ni, papa tak tahu lah kat mana salahnya kami dalam mendidik kamu.." luah Suhaimi. Dia menggelengkan kepalanya melihat kelakuan anaknya.
" cuba Zarul call Su.. tanya dia dekat mana, sekarang ni dia mesti perlukan seseorang, dia pasti sedang berduka dengan apa yang berlaku, Zarul sebagai suami kena ada dengan dia" nasihat Faridah.
" dah call tapi tak dapat mama.. dia ok la tu.. nanti dia telefon lah bila dia free" balas Zarul
" ZARUL ANAQI" tengking Suhaimi. Suaranya bergema disetiap sudut ruang tamu itu. semua tersentak.
" papa nak kamu bawa balik dia ke sini.. selagi dia tak ada dengan kamu papa tak nak tengok muka kamu dalam rumah ni.. papa nak menantu papa ada disini" ujar Suhaimi tegas.
" nak cari dekat mana.. call pun tak dapat.. kita je yang fikir dia bersedih entah entah dia tengah berseronok.. tak pun ikut jantan lain" ujarnya. Suhaimi yang berang menampar anaknya dengan tidak semena mena. Zarul menyapu pipinya yang terasa perit.
" menantu papa bukan macam kamu.. kamu ingat papa tak tahu apa yang kamu dah buat pada Su.. dengar sini baik baik Zarul Anaqi, menantu papa hanya Suhana Airis, papa tak nak ada menantu lain selain dia.. kalau kamu anggap kami ni masih mama dan papa kamu, bawa Su balik ke sini.. kalau tidak.. pagar rumah ni pun papa haramkan buat kamu" tegas Suhaimi. Semuanya terdiam. Hatinya mula membara.
" celaka kau perempuan.. kau tahu lah nasib kau bila aku jumpa kau" bentak hatinya.

Aku keluar dari klinik apabila selesai memasang alat mencengah kehamilan. Aku mengikut kehendak Anaqi yang tidak mahu aku hamilkan anaknya. Babah menantiku didalam kereta.
" Doktor kata apa" soal babah
" gastrik je babah" tipu ku. Babah memandu kereta. Babah membawaku bersiar siar di sekitar Kundasang. Pemandangan indah dan tenang membelai jiwaku.

" Su ada masalah ke dengan Zarul" soalan babah membuatkan aku tersentak.
" kenapa babah tanya macam tu" soalku semula
" Su tak call Zarul kan" babah memancingku. Alu hanya diam. Pandanganku aku alihkan ke bukit bukau yang kelam kelihatan. Tiada cahaya bulan. Hanya butiran bintang menyinari.
" Su.. babah tak nak masuk campur dalam urusan su dengan Zarul.. tapi apa yang babah tahu Zarul tu ambil berat pasal Su.. " ujar Babah. Aku hanya mendengar bait kata darinya.
" Zarul ada call babah malam yang ibu minta Su layan pelanggan dia.. Marah betul dia.. Babah tahu dia pukul lelaki tu.. sebab dia marah orang sentuh isteri dia.. Dia juga ada tanya babah pasal diri Su.. dia cerita pasal Firman dekat babah.. semua tentang Su babah tahu dan Zarul pun tahu..." ujar Babah
" tapi babah.. itu tak bermaksud dia sayang Su.. depan Su babah.. dia boleh berzina dengan orang lain" ujarku.. aku tidak mahu mengelah dan tidak mahu menyorok keadaan sebenar.
" Babah tahu.. dia ceritakan semuanya.. dia rasa bersalah dengan Su.. babah marah juga dia dan babah bagitahu dia kalau dia tak sayang kan su kalau dia tak boleh terima su dalam hidup dia babah minta dia lepaskan Su.. " aku tersentak. Aku tidak pernah terfikir hingga mahu berpisah. Ya aku akui aku mula sayangkan dia.
" Babah.. Su tak terfikir untuk berpisah" ujarku sebak
" habis tu.. kalau macam ni kehidupan Su dengan dia.. lebih baik berpisah.. seorang dia utara seorang diselatan.. harmoni ke" soal babah. Aku terdiam. Aku melepaskan keluhan berat. Ada benar kata babah.. tapi berat hatiku untuk mengiyakan. Perasaan aku untuk insan bernama Zarul Anaqi amat berbeza. Aku rindukan dia dan aku semahunya bersama dengan dia tapi ada tembok yang memisahkan kami.

Zarul tidak keruan. Hampir seminggu isterinya menghilang. Kerjanya tidak dapat dberi tumpuan. Tempikan makian darinya kedengaran disegenap sudut pejabat. Perubahan dirinya dirasai semua pekerja. Dari seorang yang peramah dan lembut tutur bicara berubah menjadi sinis dan perengus. Wajahnya kini digeruni semua pekerja.
" Sayang.. you kenapa hah terpekik pekik macam ni.. " Tegur Natasya. Zarul hanya diam. Pandangannya dialihkan keluar cermin. Bangunan pencakar langit yang semakin mencanak naik.
" Sayang.. what's wrong with you.. lately ni I tengok you lain macam kenapa.. You menopause ke" soal Natasya. Zarul masih diam.
"sayang you dengar tak ni" nada gadis itu tinggi seoktaf.
"you kalau nak bising macam ni baik you keluar.. semak la" tengkingnya
" Sayang.. berani you tengking I" marah gadis itu. Zarul merenung gadis itu tajam.
" You... urgghhhh" Natasya beredar. Pintu bilik dihempasnya kuat. Zarul menumbuk mejanya berkali kali. Potret yang tergantun di dinding pejabatnya di tatapnya.
" Mana kau menghilang Airis" Bisik hatinya. Hatinya tidak keruan hanya kerana seorang gadis polos.

Aku mengemas bagasi ku. Cutiku sudah sampai le penghujung. Aku akan mula bekerja dan akan mengadap Zarul Anaqi. Malasnya aku. Aku melengah lengahkan masa.
" kemas cepat.. hari dah malam esok nak bangun awal.. flight awal" tegur babah.
" kalau Su tinggal dengan babah boleh" soal ku
" tak payah nak mengada.. suami kamu nak tinggal kat mana" balas babah. Di letakkan pakaian ku yang sudah siap dibasuh ke dalam bagasi ku.
" Su berat hati nak tinggal kan babah sorang diri" ujarku.
" jangan nak bagi alasan babah ya.. suami tu lag penting dari babah tau.. balik.. bincang dengan dia baik baik.. apa apa keputusan Su.. babah ikutkan tapi biar rasional.. jangan ikutkan hati." pesan babah. Aku hanya mengangguk.
" call Zarul suruh dia ambil di airport.. " pinta babah.
" Ya nanti Su telefon" ujarku
" sekarang... " tegas babah. Babah seakan tahu aku sedang mengelak dari bertemu pemuda itu.
" babah kata sekarang" ujar babah lagi. Aku terpaksa akur. Telefonku aku capai lalu aku menelefon pemuda itu.
" jangan jawab jangan jawab" bisik hatiku
" Kau pergi mana hah.. " tengkingnya. Aku kaku.
" mana kau menghilang.. kau tahu tak sebab kau aku kena marah dengan papa.. " rengusnya. Babah masih memandangku.
" Hello.. esok boleh awak amik saya dekat airport.. " ujarku.
" apasal pula aku nak kena ambil kau.. kau yang hilang.. pergi tanpa izin aku.. tiba suruh aku amik kau banyak cantik perangai kau" sinisnya
" Zarul.. babah ni.. Su ada dengan babah.. Su ikut babah balik Sabah.. esok flight dia pukul lapan kamu jemput dia dekat airport" ujar babah tegas.
" hah.. errmmm urmmm.. baik babah" nadanya yang tadi dingin kini kendur. Telefonku babah berikan semula kepadaku.
" Hello" aku gugup.
" kenapa awak tak bagitahu saya awak nak ikut babah.. awak tahh saya risaukan awak separuh mati" jantungku berdegup kencang. Hawa telingaku menebarkan satu perasaan.. rindu.. ya aku rindu dia..
" saya minta maaf" ujarku gugup.
" kita jumpa esok ya sayang.. " ujarnya. Aku tidak pasti dengan perasaanku.. aku merinduinya walaupun aku tersakiti.. Aku mencintainya walau hati aku terluka. Bodohkah aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience