Tanpa aku sedari aku tertidur disebuah pondok ditepi tasik. Mentari semakin menampakkan cahayanya. Aku mula bergerak dari pondok itu dan pulang ke rumah keluargaku. Motor babah berada di garaj ini bererti babah sudah pulang. Aku masuk ke dalam rumah. Suasana sepi. Masih tidur barangkali. Aku mencapai tuala lalu aku masuk ke dalam bilik air. Air pancuran membasahi tubuhku.Terasa segar. Kedengaran bunyi riuh di dapur menandakan ibu sudah bangun. Selesai mandi aku keluar dari bilik air tetapi langkah ku mati disitu apa bila melihat kakakku sedang berasmara dengan teman lelakinya didapur
" woi.. dah takde tempat lain ke korang nak buat kerja hah.. dekat dapur juga korang nak buat kerja.. " marahku namun kata kata ku tidak diendahkan mereka. Aku segera memakai baju ku lalu aku bergerak ke tempat kerja.
Aku memerhati sekitar parkir mencari kelibat motor dan kereta Anaqi. Lega.. jejaka itu masih belum tiba.
" Suhana" aku disergah dari belakang. Aku menoleh. Ermmm mamat handsome ni.. hatiku terpana melihat Daniel berdiri dihadapan ku.
" terkejut lah.. dah la dekat basement.. kalau Su pengsan dekat sini macam mana" soalku. Pemuda itu hanya tertawa. Kami bergandingan naik ke pejabat. Usai menyalin pakaian aku menolak troliku ke studio. Aku ditempatkan disitu. Sambil aku mengemas sambil aku mencuci mata melihat hasil kerja fotografer muda itu.
" Hari ni iklan juga ke" soalku
" ha ah.. tapi barang baby" ujar Daniel. Aku menghampirinya. Aku tertarik dengan hasil kerjanya. Wardrobe yang di buatnya kelihatan menarik minatku.
" kalau dah guna ni.. Daniel simpan or buang" soalku
" ada yang simpan ada yang buang" ujarnya. Aku hanya mengangguk.
" hai morning guys" sapa Natasya. Aku tidak mengendahkan gadis itu. Aku meneruskan kerjaku yang tertangguh.
" Su.. boleh kita bercakap sekejap" pintanya. Aku mengikutnya dari belakang. Aku memandang keluar cermin tingkap. Awan putih berarak mengikut angin. Kemana angin membawanya dia hanya mengikut. Aku... adakah aku seperti awan. Mengikut saja kehendak semua. Kemana, dimana dan bagaimana aku diperlakukan aku hanya perlu pasrah. Terasa hidupku terlalu menyedihkan. Punya teman lelaki tetapi curang. Punya suami tapi dimadukan namun tiada cinta dia hati. Natasya memandang aku ralat. Aku tidak mengendahkannya. Aku hanya dengan awan lalu.
"pasal semalam" ujarnya gugup. Ditarik nafasnya dalam dalam.
"pasal semalam... " ujarnya namun aku tidak berminat untuk mendengarnya
" maaf cik Tasya.. saya tak berminat nak ambil tahu hal orang... itu hal peribadi cik Tasya takde kena mengena dengan saya.. Cuma satu saja pesan saya.. cari lah tempat elok sikit.. dekat situ banyak mata boleh memerhati" pesanku walaupun didalam hatiku aku perit. Hatiku bergelodak mahu menampar gadis dihadapan ku namun ku tahan kerana aku sedar, apapun tindakan ku tiada siapa akan bersama ku. Jariku aku genggam kemas menahan ke marahan.
" tolong rahsiakan" ujar gadis itu
" macam saya kata saya tak berminat untuk tahu dan saya tak ambil tahu.. kalau tersebar sekali pun penyebar itu bukan saya.. tempat yang terbuka dan boleh dilihat sesiapa saja takkan hanya saya yang nampak" ujarku lagi. Mata gadis itu aku pandang tepat.
" pagi pagi buta macam tu siapa nak datang sini.. lagipun hanya kami je yang boleh akses masuk sini malam malam.. aku tak tahu macam mana kau boleh akses masuk dekat sini. " Ujar Anaqi yang menghampiri kami. Mahu saja aku jerit padanya. Sakit hatiku hanya Allah yang tahu. Aku merenungnya tajam. Aku tak tahu mukanya diperbuat dari apa.. tebal betul.. langsung tiada rasa malu dan bersalah.
" saya datang dengan Daniel semalam, dia tertinggal barang" mereka tergamam mendengar aku datang bersama pemuda itu. Wajah Anaqi yang tadi tenang ketika kini sudah tidak tidak tenang lagi.
" kau datang dengan dia.. kau keluar dengan dia" marahnya.
" ha ah.. kenapa.. tak boleh ke saya keluar dengan rakan sekerja saya.. salah ke" soalku padanya. Dari raut wajahnya aku tahu dia bengang. Sakit hati aku tak setanding dengan apa yang kau rasa Anaqi.
" Daniel ada juga semalam.. Sayang.. " Natasya cuak.
" dia ada tapi dia tak turun.. saya sorang je.. saya turun sebab nak ambil kain pengelap.. ada air tumpah... jangan risau dia tak tahu" ujarku. Natasya tampak sedikit lega tapi tidak Anaqi yang merenungku seakan singa kelaparan.
" ada apa apa lagi.. kalau takde saya nak sambung kerja" ujarku
" apa hubungan kau dengan Daniel" soal Anaqi tiba tiba
" buat masa sekarang ni kami kawan.. saya selesa dengan dia.. kami sedang mengenal hati budi masing masing.. untuk hidup hubungan yang lebih itu saya terpulang.. " ujarku
" tapi I tengok you dengan Daniel sepadan kan sayang" ujar Natasya. Anaqi merenungku tajam. Matanya tidak bekerdip walau sesaat
" oh ya ka.. tapi memang ramai yang cakap macam tu.. saya tak bergantung harap tapi andai kami berjodoh mana tahu kan" balas ku tenang.
" sayang.. lunch nanti order tapau je lah.. I nak lunch dekat office.. lagipun I nak tunjuk bilik rahsia dekat you" bicaranya merentap jantungku. Penipu.. kata bilik itu hanya aku dan dia saja.. Zarul Anaqi.. apa salah aku kau layan aku begini. Aku bersoal jawab dengan diri sendiri. Anaqi masih merenungku.
" oh ya bilik tu saya dah kemaskan dah macam Cik Zarul minta.. nak saya tambah apa apa sebab macam kosong.. by the way tilam tu empuk sangat.. so next time kalau dah sangap sangat buat je dekat situ tak payah susah susah dalam kereta" balas ku sebelum beredar. Anaqi melirik tajam padaku
" bilik.. tilam.. bilik apa ni sayang.. tilam apa ni sayang" soal Natasya.
"deko bilik kita.. apartment untuk kita.. katil.. I minta dia tengok katil yang I nak beli untuk kita.. I nak buat surprise" balas Anaqi gugup.
" haa.. sayang.. thank you.. so sweet" rengeknya
" sweet taik.... puihh" bentakku.
Aku naik ke roof top. Aku lepaskan kemarahanku disitu. Aku tempik semahunya
" kenapa kau nak kena cemburu.. kenapa kau nak sakit hati.. dia bukan siapa siapa dengan kau.. dia tak cintakan kau apatah lagi nak sayang kau. kau hanya sex toys dia.. sedarlah Suhana Airis.. jangan mengharap" ku pujuk hatiku sendiri. Tangisanku aku kesat perlahan. Telefonku berdering. Firman menelefonku. Aku biarkan saja. Hatiku tidak mahu diganggu.
" Suhana Airis... buat apa dekat roof top ni.. sorang sorang pula" Soal Daniel yang menghampiriku. Dinyalakan sebatang rokok lalu dihembus asapnya ke udara.
" saja.. tak de mood nak kerja.. " balasku. Dia hanya mengangguk.
" tadi Cik Zarul dan Cik Tasya tanya Daniel pasal Su.. Su datang sini ke semalam" soalnya. Aku terkejut
" Dorang tanya apa dekat Daniel then Daniel jawab apa" soalku cuak. Aku takut ketahuan menipu.
" Dorang tanya Daniel ada datang sini ke semalam.. Daniel diam... tapi bila Cik Tasya tanya datang dengan Su.. Daniel iyakan je.. tapi betul ke Su ada datang" soal Daniel
" ha ah" jawabku perlahan.
" buat apa malam malam dekat sini" soal Daniel. Aku diam. Tiba airmataku bercucuran. Daniel kaget. Peristiwa semalam bermain diingatanku. Daniel memelukku erat.
" hei kenapa ni.. " dia cuak. Aku tidak mampu berkata apa apa. Tanpa aku sedari Anaqi berdiri dipintu roof top sedang memerhatikan aku dan Daniel.
" SUHANA AIRIS" tempiknya. Kami tersentak lalu aku melepaskan pelukan Daniel. Bahang mentari membakar perasaan amarah aku dan Anaqi.
Share this novel