Dek kerana aku yang tidur lama siang tadi aku tidak dapat melelapkan mata. Aku termenung didalam bilik itu sendiri.
"cik Zarul..ini makanan yang cik Zarul pesan..Cik Zarul tak balik lagi ke" suara sekuriti yang menghantar makanan yang dipesannya melalui Grab.
"saya tak balik..ada banyak kerja" alasannya
"nak saya bukan lampu pejabat tak" soal lelaki itu lagi
"tak pe saya duduk dalam bilik je.." balasnya.Tidak lama kemudian dia memanggilku.
"jom makan" dia membuka bungkusan makanan dan disua kepadaku. aku duduk di sofa disebelahnya. Tangannya ligat menaip kerjanya yang belum siap. Mee goreng yang dipesannya masih banyak. Aku menyuapkan kedalam mulutnya. Dia tersenyum lalu menyambung kerjanya.
"arghhh dah siap" dia menggeliat bagi meregangkan ototnya yang kejang. Aku masih makan. Dia menutup laptopnya lalu berbaring diribaanku. Aku tersentak. Dipaling kan wajahnya ke perutku.
"tengah makan pun perut berbunyi lagi" tawanya. aku malu.
"awak bangun saya nak kemas ni..kalau tak esok busuk" ujarku. Dia diam masih membatu. Dibelek telefonnya. Aku cuba untuk bangun tapi aku tergelencoh mengakibatkan air yang dipegang tertumpah diatas kertas kerjanya.
"kau buat apa ni" dia mula menyinga.
"maaf maaf..saya tak sengaja" aku mengelap kertas itu dengan tisu tapi dia mendorong ku hingga aku terhantuk ke bucu meja. Kepala ku berdarah. Dia tidak mengendahkan ku.Dia kalut dengan kertas kerjanya. Aku membuang sampah dan ku tahan luka di dahiku dengan tisu. Air yang tumpah aku lap dengan kain. Dia duduk di kerusi kerjanya. Melihat kertas yang basah. Selesai mengemas aku ke mejanya.
"awak saya minta maaf..Saya tak sengaja" ujarku. Dia diam.Tanganku masih menampung darah yang mengalir di dahiku .Meja kaca itu memberi luka yang dalam pada dahi ku.. aku diam dan membantunya mengeringkan kertas itu. Darah di dahiku menitis di tangannya. Dia mendongak.
"dahi kau" ujarnya. aku menginjak ke belakang sedikit tapi dia sempat mencapai tanganku. Aku diam.
"kena meja" soalnya lembut.Tangannya mengalihkan tanganku yang menutup luka dengan tisu. Dia menarik ku ke bilik
"duduk" pintanya. aku duduk di hujung katil. Dia menghampiri ku dengan bekas berisi ubat ubatan. Dia mencuci luka ku dan menutup luka itu dengan kain kasa. Dia yang melutut dihadapan ku memegang jari ku erat
"Aku minta maaf...aku tak sengaja..kau tahu kan kertas kerja tu penting bagi aku" ujarnya
"saya yang patut minta maaf..saya dah tumpahkan air..saya cuai" ujarku.
"kau rehat aku siapkan yang baru" ujarnya
"saya tolong.." aku mengukir senyuman semanis mungkin. Dia menarik kerusi lalu diletakkan di sebelahnya.aku duduk disitu. Aku memerhatinya mencetak semula kertas kerjanya. Satu persatu dicetaknya. Aku hanya perlu menyusun. Dia menggantikan dakwat printernya yang habis aku hanya memerhati. Aku mengelap jarinya yang kotor. Dia menarik ku duduk diribaannya. Aku hairan dengan tingkahnya. Lenganku diletakkan di bahunya. Sesekali dia menggigit lenganku. Aku tertawa kecil. Reaksinya yang bersahaja bergurau membuatkan aku lupa akan ke kasarnya sebentar tadi. Anaqi seakan menarik tali. Selesai dia mencetak semuanya dia menunggu ku menyusun kertas tersebut dan failkan sebaiknya. Dia merangkul pinggang ku lembut dan di meletakkan ku keatas mejanya. Jari jari ku di mainnya lembut. Suasana suram pejabat menyebarkan suasana romantis.
"kenapa kau menangis tadi" soalnya. Aku tidak tahu dimana harus aku mulakan.
" kau tak nak kongsi dengan aku.." soalnya lagi
"Firman..dia nak bertunang dah" ujarku.
"hah ok la tu kau tak payah dah susah hati nak bagitahu dia yang kuat dah kawin" selorohnya
"saya nangis sebab saya rasa saya ni manusia paling bodoh..saya support dia belajar..saya percaya dia tapi...dia tipu saya" ujarku
"tapi kau tipu dia dulu" aku memandangnya hairan. Dia mendepangkan tangannya lalu memeluk ku erat
"kau kan dah ada aku" ujarnya.
"Ish awak ni...dia lagi lama tipu saya..kita kawin baru dua minggu dia..entah lama mana dia tipu saya" Aku diam. Aku menatapnya yang menatapku dari tadi
"kau mesti sayang dia kan" soalnya
"yelah..macam awak sayangkan Natasya" kali ini dia pula terdiam.
"awak dah lama couple dengan dia" soalku
"kami bercinta dari zaman study lagi..kira 6tahun juga..Dia dulu salah sorang hot girl dekat kampus ramai nak adjust dia..tapi dia pilih aku.. kami pernah menang besar couple 3 tahun berturut turut.." dia seakan selesa bila bercerita tentang Natasya padaku. Jarinya membelai hujung rambutku sambil bercerita..jari jemari ku dia usap lembut. Aku membiarkan saja.
"sejauh mana hubungan korang" aku cuba mengorek. Lama dia berdiam. Aku rasa aku terlalu menyibuk dalam hal peribadinya.
" tak pe kita skip soalan" ujarku
"kami hidup dah macam suami isteri" tangan ku yang dipegangnya ku tarik tanpa sengaja. Aku tersentak. Aku tidak menyangka dia sejauh itu dalam berhubungan. Dia mendongak. Mata kami bertentangan.
"maaf..aku nak jujur dengan kau...aku tak nak antara kita ada rahsia." ujarnya. Aku hanya diam
"Sorry..." rayunya
"untuk" soalku
"sebab aku mendua kan kau dalam diam" sejujurnya pengakuan nya menggores hatiku tapi aku harus menerima kenyataan bahawa Natasya adalah segalanya baginya.
"Ish..kan kita dah janji..ini hal peribadi awak saya tak akan masuk campur" aku menahan sebak.
"tapi kau bukanlah orang pertama yang meniduri dia..sebelum aku ada lagi lelaki lain tapi aku tak kenal..dia menerkup mukanya ke paha ku. Aku membelai lembut rambutnya.Aku tahu dia juga sedang menahan perit.
"jadi bilik tu dia pernah masuk lah" soalku
"tak..tak...dia tak pernah masuk.. malah dia tak tahu pun akan kewujudan bilik tu" jawabnya kalut kalut.
"kau orang yang pertama aku bawa masuk"balasnya
"maksudnya awak nak bawa masuk perempuan lain lagi selain saya" uji ku
"tak..tak..kau sorang je..bilik tu hanya untuk kita" dimemelukku erat sambil mendongak memandang ku. Tampak bersalah diwajahnya. Aku hanya tertawa. Kedua pipinya aku tekan
"comelllll" ujarku. Dia menjuihkan bibirnya. Aku tertawa.
"tapi sekarang aku ada kau..aku tahu aku boleh dan akan bahagia dengan kau" ujarnya. Dia bangun dari duduknya dan menatapku. Aku hanyut dalam kucupan lembutnya.
"aduh" aku menekan dahiku yang luka
"sorry" ditiup luka ku. Aku tersenyum..Bahagiakah aku.
"Tarikh lahir kau bila" soalnya
"13 Mac" balasku
"kita kawin 14 Februari...tarikh lahir aku 15 April...eh cantik pula nombor" dicatat tarikh itu didalam notanya.
"umur kau sekarang 25.." ujarnya
"mana tahu umur saya 25" soalku.
"hari tu dengar kadi bagitahu...aku tua alah dua tahun je.." ujarnya.
"pakcik la ni" tawa ku.
"amboi..." dia mencubit cubit lembut lengan dan pinggang ku. Kami tertawa. Terasa dunia ini kami yang punya. Dia memeluk ku erat.
"hobi kau apa." dia duduk kembali.
"saya suka melukis" ujarku
"kau pandai melukis ke" soalnya lagi seakan tidak percaya pada bakat ku
"boleh..meh sini saya lukis potret awak" aku mengambil sekeping kertas dan aku capai pensil lalu aku mulakan lakaran ku.
"siap" lukisan kartun aku tunjukkan kepada nya
"apa ni" soalnya seakan merajuk.aku tertawa
"yelah yelah.." aku mula melukis potret nya. Dia memberi kerjasama yang baik untukku lakar.
"tadaaaa...dah siap" aku menunjukkan potret nya yang telah siap.
"cantiknya..pandai kau lukis..." dahiku dikucup lagi.
"aku nak simpan..nak letak frame..gambar isteri aku lukis" senyumannya manis sekali..belum pernah aku melihat dia tersenyum begitu. Kami berbual hingga larut malam. Sedar tak sedar malam hampir menjengah siang.
"jom tidur..esok nak kerja pula" dia mengendong ku lalu diletakkan dikatil dengan lembut. Aku tidak tahu mahu tidur bagaimana.
"sayang...jom tidur" aku menelan air liur kasar. Dia menarik kau kedakapanya yang tidak berbaju.
"sayang seksi malam ni...tapi abang lepaskan sayang malam ni sebab dahi luka kalau tak dah terkam dah" usiknya. Aku menutup telinga. Bahasa ganti nama yang digunakannya membuatkan bulu roma ku tegak berdiri.Dia tertawa. Lalu dipadam kan lampu.Dakapan hangatnya serta bau tubuhnya membuatkan aku hanyut dibuai mimpi
Share this novel