6

Romance Series 4882

Nombor Firman aku dail.Berdering.
"hello..Man..maaf Su sibuk tadi" tipu ku.
"owh..dah lunch..kalau belum jom lunch sekali..Man ada dekat dengan office Su " aku mengiyakan pelawaannya. Aku menyimpan troliku dan aku keluar menunggu Firman. Tidak lama kemudian Firman tiba. Kami ke warung berdekatan dengan pejabat memandangkan aku hanya rehat empat puluh minit. Firman memesan makanan. Telefonnya yang ditinggalkan di meja berdetik. Aku melihat pautan mesej.

BIE JANGAN LUPA ESOK TRY BAJU TUNANG

Mataku seakan mahu terkeluar. Jantung terasa dipanah petir yang kuat. Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Dalam hatiku terbit rasa menyesal aku sarungkan tudung ketika keluar rehat..biar aku tayang kesan gigitan Anaqi di leherku. Tujuh tahun aku menyara pembelajarannya akhirnya dia berjodoh dengan orang lain dibelakang ku. Selera ku mati.
"Su kenapa tak makan..ni kan favourite Su " Mee rebus kesukaan ku di tolak menghampiri ku. Aku diam. Firman mencuit ku berkali kali.
"Man ada apa apa tak nak bagitahu Su.." soal ku.
"bagitahu apa.." soalnya kembali
"Man ada kawan dengan sapa sapa tak " soalku lagi. Dia menggeleng.
"sorry Man..Su kena masuk awal kejap lagi dorang nak meeting..bilik meeting Su tak kemaskan lagi " aku bangun dan meninggalkan Firman sendiri dalam keadaan tertanya tanya. Airmata ku ke sapu.
" eh Su kenapa ni" sapa Aisyah yang bertembung dengan ku di lobi.
"Firman..nak bertunang.." ujarku.
"hah..kau pasti ke..dia cakap ke" soal Aisyah
"tak..aku terbaca mesej dia" ujarku dalam tangisan.
"kau dah tanya dia" soal Aisyah lagi.
"tak..tapi aku ada berkias aku tak tahu sama ada dia tak faham atau buat buat tak faham" balasku lagi. Aisyah memeluk ku erat. Kami naik ke pejabat ku dan kami bertembung dengan Daniel.
"Su..awak ok" soalnya.
"broken..bf dia ada perempuan lain" cerita Aisyah. Daniel tersentak.
"jom ikut saya..saya bawa awak ke satu tempat untuk release sakit hati awak." pelawanya. Aku dan Aisyah hanya mengikut saja. Kami masuk ke dalam lif dan menuju ke tingkat paling atas. Lif terbuka lagi kali ini Anaqi bersama Natasya yang merangkul mesra tangannya memasuki lif.Dia yang melihat mataku yang bengkak akibat tangisan dan masih ada baki esakan seakan kehairanan. Dia berdiri disebelah ku.
"Suhana kenapa" soal Natasya. Aku masih memeluk Aisyah.
"personal issue Cik Tasya..heart broken" ujar Aisyah. Anaqi terus menatapku. Aku dapat rasakan telapak tanganku di sentuh dan aku menepis sentuhan itu. Dia bertambah hairan. Hatiku yang sedang berduka ditambah dengan dia yang sedang asyik dilamun cinta membuatkan hatiku lagi parah. Tamak kah Aku.

Kami menaiki rooftop yang dimana menjadi tempat pekerja lelaki melepaskan lelah mereka. Smoking Zone bagi mereka. Aku duduk dibangku. Aisyah dan Daniel menyalakan sebatang rokok seorang. Aku hanya melihat mereka.

SU...MAN ADA BUAT SALAH KE..MAN MINTA MAAF

Mesej dari Firman sengaja aku tinggalkan tanpa balasan. Kepala ku cuba membuat teori sendiri. Sudah berapa lama mereka mengenali. Sudah lama mana mereka berhubungan. Airmata yang tadi sudah menghilang kini kembali mengalir. Aku bangun dan berdiri di tembok.
"Su..awak jangan buat kerja gila..sebab jantan seorang awak nak terjun" ujar Daniel.Dia risau kan aku bertindak bodoh.
" firmannnnnnn.....jantan tak gunnnnaaaaaaaa" tempik ku. Lega. Aisyah menepuk tangan. Aku menoleh dan tersenyum. Pintu rooftop dibuka. Anaqi naik ke rooftop. Dia menyertai Daniel dan Aisyah yang sedang merokok. Aku diam dan tidak langsung menoleh. Dia yang berdiri dihadapan ku menatapku. Sisa airmata yang berbaki aku hapus lembut. Daniel yang selesai merokok menghampiri ku dan duduk disebelah ku. Anaqi tidak keruan.
"lama dah ke awak couple dengan mamat tu"soal Daniel
"dah tujuh tahun.."balasku.
"dia kerja apa..bakal tunang dia tu satu tempat kerja dia ke"soal Daniel lagi
"tak..dia study lagi..ini semester akhir..bakal tunang dia tu saya tak pasti..bohonglah kalau saya kata saya tak kecewa or sedih..tapi kalau dia jujur insyaAllah saya akan lebih terbuka..yang saya kesal..sepanjang pengajian dia..saya tanggung..dari yuran sampai lah belanja dia..tiba tiba dia ada orang lain.." airmataku berderai kembali. Daniel menepuk bahuku perlahan. Aku menunduk. Dahiku aku tongkat dengan tanganku. Sesak terasa nafas ini hingga tidak melepasi kerongkong.
"Su..kenapa dengan leher" tudung ku yang kau tanggal kerana sudah masuk ke kawasan kerja menampakkan tanda gigitan Anaqi.
"hah...mana" aku cuak. Aisyah menghampiri ku.
"kau ke mana tadi dengan dia" soal Aisyah tegas. Anaqi menoleh ke arah lain.
"aku pergi dekat warung bawah pokok sena tu lah" ujarku.
"hujan hujan ni kau pergi situ..agas banyak..see habis dah merah" aku mengambil telefonku.Ya Allah leher aku mula menampakkan bintik bintik merah..aku yang alah pada serangga berbulu mula terasa perit kerongkong. Aisyah kalut turun ke bawah untuk mengambil ubatku. Anaqi cuba mendapatkan ku tetapi Daniel lebih pantas bertindak. Dia menggendong ku dibelakangnya dan membawa ku turun kebawah. Anaqi mengekori kami dari belakang.
"babe kenapa dengan Suhana" soal Natasya
"bugs allergy". ujar Anaqi. Dia hanya mampu memandang ku yang dibawa pergi.

"Dah bangun dah pun kau.." Soal Anaqi. Aku bangun. Aku dibilik rahsia itu lagi.
"macam mana saya boleh ada dekat sini" soalku.
"kau tidur sorang sorang dekat dalam bilik persalinan tadi..aku bawa la kau ke sini" balasnya kasar.
"awak..kalau orang nampak macam mana" risau ku.
"orang semua dah balik..tinggal aku je" ujarnya.
"hah dah balik.." aku melihat jam tangan ku..pukul 8 malam. lama aku tidur. aku bangun dan kalut kalut mahu keluar.
"kau nak ke mana" soal Anaqi
"balik la" ujarku.
"tidur sini lah malam ni..aku letih..malas nak drive" ujarnya. Aku menoleh. Anaqi membuka bajunya. Aku lari keluar.kedengaran bunyi pancuran air dari bilik itu.Aku berdiri dihadapan dinding kaca. Kereta kelihatan sayup jauh dari tingkat enam bangunan itu.
"kau pergi mandi..pakai lah baju aku dulu..esok salin uniform terus" suruhnya.aku akur. selesai mandi aku mencari baju yang mahu dipakai..semuanya kemeja..aku sarung kemeja rona ungu lembut dan boxernya. pakaian dalam ku aku basuh dan aku sidai didalam bilik itu. aku diam didalam bilik itu.bilik kecil yang hanya memuatkan katil dan wardrobe simple itu tampak selesa. Natasya pernah menjengah ke sini ? Hatiku mula berteori lagi.
"Airis" panggilnya. Aku segan untuk keluar kerana pakaian ku agak tipis dan singkat.
"Airis kau pekak ke aku panggil" aku tersentak. kasarnya bahasanya.Tidak seperti siang tadi. Aku bangun dan keluar dari bilik itu. Dia yang duduk di kerusi kerjanya memandangku. Pen yang dipegangnya jatuh ke lantai. Aku hentikan langkahku beberapa meter dari mejanya. Dia kembali memandangku setelah mengambil pen dari lantai. Aku berdiri dan memandang luar. Dia mencampakkan sesuatu diatas meja
"aku nak kau makan ni mulai malam ni selama seminggu" ujarnya. Aku menghampiri mejanya. Aku mengambil paket itu.
"ubat apa ni" soal ku
" ubat cegah kehamilan..aku nak kau makan..kau tak nak kau termengandung pula nanti" aku tersentak.
"tapi kenapa..kita kan dah sah jadi suami isteri" soal ku.
"kau lupa..hubungan kita tak lebih dari sahabat..lagipun takde siapa pun tahu kita dah kawin" hatiku seakan dicarik carik..siang tadi dia membuai perasaanku dan malam nya dia...menguris hatiku tanpa rasa bersalah.
"sahabat takkan adakan hubungan seks" balasku.
"kau lupa..kau sextoys aku..perjanjian kita no feeling each other..just Friends" aku seakan mahu rebah namun ku tahan. Aku lupa dia manusia otak seminit..Natasya yang curang dengannya pun boleh dia terima semula inikan aku yang bukan siapa siapa dihatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience