BAB 2

Humor Completed 22462

Arina dan Ericca terus menuju ke tapak perhimpunan dan terus memasuki
barisan 5 Orbit.Ucapan dari guru besar amatlah panjang dan membuatkan
pelajar lain mengantuk.Arina hanya menongkatkan dagu sambil mendengar
ucapan guru besar.

"pelajar sekalian,hari ini sekolah kita ada seorang guru pratikal baru
cikgu Akmal dipersilakan maju untuk memperkenalkan diri "ujar
guru besar itu.Arina terkejut lalu mengangkat muka nya untuk melihat
guru baru itu.Pelajar yang lain pula turut ambil perhatian.

"asalamualaikum semua, nama saya Khairul Akmal,boleh panggil saya cikgu
Mal,saya mengajar mata pelajaran kimia bagi tingkatan 5,umur saya 23
tahun,dulu belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)."ujar
cikgu Mal sambil menghadiahkan senyuman manis kepada pelajar semua.

"erhh Arina tu bukan cikgu yang kau langgar tadi ke?"tanya Ericca sambil
menunding jari ke arah Cikgu Mal.Arina hanya mengangguk malas."hensem
dohh untung sapa yang jadi /gf /dia duh"puji Ericca sambil menolak
lengan Arina."Apa yang untungnya dapat /bf /macam dia dah lah buta tak
nampak jalan"ujar Arina dengan nada geram.

Semua murid yang berada di tapak perhimpunan itu terus menuju ke kelas
masing-masing untuk meneruskan P&P seperti biasa.Arina dengan malasnya
merebahkan punggung nya ke atas kerusi didalam kelas.

Waktu pertama ialah subjek Kimia guru yang mengajar ialah Cikgu
Zakiah.Kedengaran kelas 5 Orbit bingit dengan tepukan gemuruh dari
pelajar perempuan.Arina mengangkat muka rupa-rupa nya cikgu Mal yang
masuk ke kelas mereka.

"selamat pagi cikgu!"ujar ketua kelas 5 Orbit bernama Najmi.Lalu satu
kelas mengikut juga.

"selamat pagi semua duduk"ujar cikgu Mal."hari ini hari pertama saya
mengajar disekolah ini jadi /I want you guys to introduce yourself /mula
dari kamu"ujar Cikgu Mal sambil menunding jari kearah Shasha.

"nama saya Shashafiera,panggil sahaja Shasha,subjek kegemaran saya Fizik
/my favorite teacher is your/"ujar Shasha sambil tersenyum gedik.Pelajar
lelaki yang berada disitu turut meluat."cikgu suruh /intro /nama /and
subjek favorite yang kau over sampai cikgu favorite asal?!!
Boooo~~"ujar kawan sekelas Arina bernama Shahir.

Setibanya giliran Ericca untuk memperkenalkan diri."hai,nama saya Ericca
Sofia panggil sahaja Ricca,favorite subjek ialah matematik"ujar Ericca
lalu terus duduk."hai nama saya Arina Darissa,panggil je saya
Arina,favorite subjek ialah bahasa inggris"ujar Arina lalu terus duduk.

"erhh sekejap!kamu yang saya terlanggar pagi tadi kan sampai dua kali tu
kan?!"tanya cikgu Mal sambil menunding jari ke arah Arina.Arina hanya
mengangguk dan tersenyum.Akmal hanya membalas senyuma Arina dengan ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience