Hari ini ialah hari Isnin,kejadian tempoh hari masih segar dalam ingatan
Arina.Arina melangkah masuk ke dalam kelas."wei Rin!? Asal monyok naa
muka tu?!" Tegur Shahir sambil tersenyum."kau ni ape laa Shahir jangan
laa kacau orang yang tengah tak de mood kang terbang kau kang!!" Ujar
Najmi dengan nada menyakat.
Arina hanya tersenyum hambar mendengar lawak Najmi.Lalu dia melabuhkan
punggungnya di tempat duduknya.Arina menoleh ke sebelah,kosong.'haishh
mana Ericca ni' bisik hati Arina.Tiba-tiba Shahir meluru lalu duduk
ditempat Ericca.
"Weii Icca mana?! Tak datang lagi ke?!"tanya Shahir.Arina memandang
Shahir dengan muka pelik."kau suka dia ke Shahir?!" Tanya Arina."wuishh
bukan dia lah tapi kakak dia"ujar Shahir tanpa ada perasaan malu.
"What?! Kau suka Kak lissa?!,hello kakak dia tu umur 21 tahun kau tu
baru 17 tahun dah menggatal usya kakak icca!!" Usik Arina."elehh biar
lah lagi pun aku dengan kakak dia dah seminggu couple tau!!" Ujar
Shahir bangga.
"What?! Serius kau couple dengan kakak aku?!" Tanya Ericca.Arina dan
Shahir turut terkejut."kau ni cca salam mana?! Terkejut kiteorang!"ujar
Arina.Ericca tersengih.
"Nasib baik tak gugur jantung aku!!"ujar Shahir lagi."weii shahir serius
ke kau dengan kakak aku bercinta?!"tanya Ericca lagi."ya lah adik ipar
ku!!" Ujar Shahir dengan nada menyakat.
"What seriously! Nur Erlissa a.k.a kakak akucouple dengan Shahir
Haikal a.k.a my classmate?! Ujar Ericca dengan nada terkejut.Arina
hanya tertawa melihat aksi terkejut Ericca.
"Selepas rehat semua murid tingkatan 4 dan 5 sila berkumpul di dewan
terbuka!"ujar seorang pengawas.Selepas rehat Arina,Ericca dan Shahir
menuju ke dewan terbuka bersama-sama. "Wei Shahir mana Najmi?!"tanya
Ericca."najmi dah ada kat dalam tengah jaga tempat kita" jawab Shahir.
Dewan semakin riuh dengan suara pelajar-pelajar yang sibuk berbual.Mata
Arina tertangkap pandangan Akmal.Arina hanya membuat tidak tahu lalu
sambung berbual bersama Ericca."wei Rin!! Kenapa dewan ni nampak macam
bersepah dengan barang-barang hiasan!?" Tanya Ericca sambil melihat ke
sekeliling dewan.
"Macam ada majlis je?!" Ujar Najmi.Shahir mengangguk tanda setuju.Guru
betugas sudah berdiri dihadapan dewan dengan memengang mikrofon."siapa
masih berbual saya baling mikrofon ni?!" Ujar Cikgu Sakinah.Dengan serta
merta dewan itu senyap.
Well,siapa tak kenal cikgu Sakinah kalau tak diam memang makan pelempang
lah jawab nya."tujuan saya suruh kamu berkumpul disini bukan nak dengar
kamu berbual!!" Ujar Cikgu Sakinah dengan marah.
'Dah mula dah kutbah dia!' Bisik hati Arina.Mata Arina tertunpu ke arah
Akmal yang sedang leka memetik gitar dari atas pentas dewan.Dia
kelihatan macho.Hati Arina berdebar.'hensem!!' Hanya itu yang terlintas
dihatinya.
"Hari ni saya nak mintak bantuan dari kamu semua untuk menghias dewan ni
dengan cantik sebab hari Khamis ni kita akan sambut hari apa?!" Tanya
Cikgu Sakinah.Tersentak Arina akibat mendengar suara cikgu Sakinah
dengan nada yang tinggi.
Pelajar didalam dewan diam tanda tidak tahu."hari guru lah!" Jawab cikgu
Sakinah.Mereka semua mengangguk tanda faham."cikgu akan pecahkan kepada beberapa kumpulan okayy?!" Ujar cikgu Sakinah."okayy!!"jawab pelajar yang berada didalam dewan.
"Nama yang saya sebut sila ikut cikgu Akmal!" Ujar cikgu Sakinah
lagi.Dengan serta merta Arina tersentak."Shashafiera,Shahir,Roy dan
Arina,segera menuju ke cikgu Akmal sekarang!"ujar Cikgu Sakinah.Arina
tersentak gila sebab satu kumpulan dengan Akmal.
"Kumpulan mereka akan hias pentas."ujar Cikgu Sakinah lagi.Arina menuju
ke arah Akmal dengan malas.Setelah habis membahagikan kumpulan mereka
memulakan tugasan yang telah dibahagikan."haishh bosannya satu kumpulan
dengan shasha ni!" Keluh Shahir.Arina hanya mengangguk tanda setuju
dengan percakapan Shahir tadi.
"Okayy cikgu akan bahagikan kerja biar senang okayy?! Shasha dan Roy
tolong susun bunga-bunga dekat sekeliling dewan,Shahir tolong saya
pasang langsir dekat belakang dewan dan Arina dan saya akan pasang
langsir di bawah pentas" terang Akmal dengan panjang lebar.Lalu mereka
pun memulakan kerja mereka.
Share this novel